Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Wednesday 24 October 2007

LU01T5

No. Siri: LU01T5 /
Latihan Ulangkaji Sejarah SPM 01

1) Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan di Mesopotamia?

A. Penguasaan Parsi
B. Perluasan tamadun Indus
C. Rampasan kuasa golongan pendeta
D. Kemusnahan taman Tergantung Babylon

2) Mengapakah Kod Undang-undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia?

A. Menggalakkan mobiliti sosial
B. Merekodkan urusan pentadbiran
C. Mengukuhkan organisasi masyarakat
D. Mencatatkan harta golongan bangsawan

3) Apakah persamaan antara sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia?

A. Raja sebagai ketua kerajaan
B. Rakyat terlibat dalam pemerintahan
C. Dewan Negara meluluskan belanjawan
D. Dewan Rakyat menentukan ketua negara

4) Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada Zaman Rom (280 – 337 S.M.)?

A. penulisan kitab Bible
B. pengaruh agama lain kurang
C. pengiktirafan oleh Constantine
D. perkembangan teknologi pencetakan

5) Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?

A. Kekayaan hasil laut
B. Peningkatan hasil pertanian
C. Perubahan dasar pemerintahan
D. Kedudukan Oc-Eo yang strategik

6) Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

A. Mengawal kaabah
B. Menguasai telaga zamzam
C. Merebut hak pungutan cukai
D. Mengamalkan semangat kesukuan

7) Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, ramai golongan hamba yang memeluk Islam?

A. Bersedia mati syahid
B. Mendapat hak yang sama
C. Mendapat keizinan tuannya
D. Berpeluang menjadi pemimpin

8) Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam?

I. Meluaskan wilayah
II. Menguasai ekonomi
III. Menjaga harta benda
IV. Mempertahankan diri

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

9) Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad Saw?

I. Mengaku menjadi nabi
II. Menjadi ketua kafilah
III. Memerangi pemberontakan
IV. Mengingkari pembayaran zakat

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

10) Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui

A. bahasa istana
B. amalan protokol
C. adat kebesaran diraja
D. alat perkahwinan diraja


11) Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik Gereja Katolik semasa Gerakan Reformation?

A. Kefahaman agama bercanggah
B. Perpecahan di kalangan pengikut
C. Pembaharuan ditentang pengikutnya
D. Kepincangan amalan penguasa gereja

12) Apakah sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian di Britain pada abad ke-18?

I. Menyediakan sumber modal
II. Menyediakan bahan makanan
III. Menyediakan keperluan alat ganti
IV. Menyediakan sistem pengangkutan

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

13) Mengapakah struktur kegiatan ekonomi peribumi di Tanah Melayu diubah oleh British?

A. Menggalakkan pertumbuhan bandar
B. Memenuhi keperluan industri di Britain
C. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
D. Meningkatkan taraf hidup penduduk

14) Mengapakah pengusaha Eropah dan Cina menguasai pertanian komersil di Tanah Melayu pada abad ke-19?

I. Tempoh pajakan yang lama
II. Memiliki modal yang banyak
III. Pekerja mahir mudah diperoleh
IV. Mendapat konsesi tanah yang luas

A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

15) Apakah kesan penggunaan kapal korek dalam kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke-20?

A. Lombong orang Cina terpaksa ditutup
B. Pembesar Melayu menydiakan modal
C. Kuala Lumpur sebagai pusat pengeluaran
D. Syarikat Eropah menjadi pengeluar utama

16) Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan

I. pengasingan sosial dan budaya
II. perbezaan pendidikan dan pekerjaan
III. pertambahan keperluan bahan mentah
IV. peningkatan taraf hidup penduduk

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

17) Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di Asia Tenggara?

I. Perjuangan secara militan
II. Membentuk organisasi politik
III. Mengutamakan isu kebudayaan
IV. Golongan intelek menjadi pemimpin

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

18) Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831?

A. Menggunakan askar upahan
B. Mempunyai tentera terlatih
C. Membina kubu pertahanan yang kukuh
D. Mendapat sokongan pembesar tempatan

19) Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara?

A. Kuasa raja dipulihkan
B. Kerajaan republik dibentuk
C. Semangat kebangsaan meningkat
D. Wujud pelbagai aliran parti politik

20) Masyarakat tamadun awal mempunyai organisasi sosial yang terbentuk berteraskan..

I. Agama
II. Budaya
III. Pekerjaan
IV. Keturunan

A. I dan II C. I dan IV
B. I dan III D. II dan III

21) Antara berikut, yang manakah membuktikan kuasa raja di Mesopotamia tidak terhad kepada hal-hal sekular sahaja?

I. Raja melantik paderi
II. Raja menentukan pentadbiran rumah ibadat
III. Raja mengawasi system tulisan
IV. Raja menguasai hasil sewa tanah yang dimiliki rumah ibadat

A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV


22) Apakah fungsi tembok dalam pernyataan di atas?

A. Membahagikan kawasan
B. Memantapkan pertahanan
C. Memudahkan pentadbiran
D. Menstrukturkan masyarakat

23) Apakah alasan yang digunakan oleh pemerintah Mesir Purba untuk membina piramid?

Menunjukkan kegemilangan kerajaan
Melambangkan kekayaan negara
Membuktikan ketinggian teknologi
Mendapatkan kebahagiaan selepas mati

(* Sungai Nil * Sungai Hwang Ho24)

24) Apakah sumbangan sungai di atas kepada ketamadunan manusia?

Pelabuhan entreport
Pusat tamadun awal
Penubuhan bandar terancang
Pusat keagamaan masyarakat purba


[ Di Bandar Anyang, istana, rumah golongan bangsawan, dan rumah ibadat dikelilingi oleh tembok termasuklah bandarnya]

25) Apakah fungsi tembok dalam pernyataan di atas?

A. Membahagikan kawasan
B. Memantapkan pertahanan
C. Memudahkan pentadbiran
D. Menstrukturkan masyarakat

ii/smiaa/LU01T5

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ada jawapan untuk soalan objektif tersebut? Sila balas balik dengan secepat mungkin. TQ

Unknown said...

Ada jawapan untuk soalan objektif tersebut? Sila balas balik dengan secepat mungkin. TQ

Unknown said...

Ada jawapan untuk soalan objektif tersebut?