Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday 30 August 2009

10 Ramadan 1393H/6 Oktober 1973M : Pembebasan Sinai & Serangan Ke Atas Israel

Selepas kekalahan Mesir dalam perang dengan Israel pada 1967 dan semenanjung Sinai dirampas oleh Israel, Anwar Sadat yang menggantikan Jamal Abdel Nasser dengan terang-terangan menyatakan pada 1972 bahawa Mesir komited untuk menyerang Israel dan telah bersedia untuk mengorbankan sejuta tentera Mesir.

Dalam temuramah dengan Newsweek pada 1973 sekali lagi Sadat mengancam Israel. Israel berasa terancam dan bersedia pada peringkat maksimum serta yakin jika serangan berlaku mereka akan dapat menangkisnya.

Perancangan dilakukan secara sulit dan Israel diserang secara mengejut oleh tentera Mesir. Peperangan itu berakhir dengan kejayaan Mesir merampas kembali semenanjung Sinai.

Ada sumber Barat menyatakan kemenangan ialah di pihak Israel kerana kekutan militari Israel yang lebih baik daripada Mesir dan sekutunya (Syria & Iraq).

Selain itu, peperangan itu juga dipanggil Perang Yom Kippur, Perang Ramadan atau Perang Oktober.

2 comments:

A lady said...

Hm..Beratus-ratus kereta kebal meletup di sepanjang bandar kerana kejayaan orang arab yang berani mempertahankan tanah air mereka, walaupun sinai itu sebenarnya tidak ada apa-apa pun melainkan pasir. itu sudah cukup untuk kita contohi, betapa seinci tanah air tak boleh diberikan sesuka hati kepada orang lain kerana itu hak umat islam dan rakyat tanah air itu sendiri. kita patut berterima kasih kepada kepimpinan anwar sadat.walaupun ramai tentera kita terkorban terutama dari mesir dan syria, tetapi, akhirnya sinai berjaya kembali ke tangan tanah arab. salam sejarah. p/s:tak berkebolehan untuk menjadi silent commenter.apapun terima kasih ust kerna bikin ana jadi cinta sama sejarah.

Sejarah2u said...

Pembacaan ust ia merupakan satu peperangan antara yang hebat dalam sejarah dunia.

Betul tu, cintakan tanah air merujuk kepada keimanan yang tinggi. Jika tidak, mana mungkin Rasulullah Saw menangis tika melihat seorang pelukis yang melukis lakaran gambar kota Makkah ketika baginda dan umat Islam masih berada di bumi Madinah.

p/s: tiada yang mustahil jika ada kemahuan kuat untuk menjadi yang terbaik. Dengan usaha yang tekad, kesungguhan daya juang dan keikhlasan menulis, ust yakin enti boleh menjadi seorang silent commenter yang baik. Terus berjuang Pencinta Ilmu.. :)