Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Thursday 13 August 2009

Konfrontasi Indonesia - Malaysia

Konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia telah tercetus pada 20 Januari 1963 apabila Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengumumkan dasar tersebut dari segi ekonomi dan kemasyarakatan. Tercetusnya konfrontasi adalah berikutan tindakan Persekutuan Tanah Melayu yang ingin membentuk Persekutuan Malaysia.

Di peringkat awal, Indonesia sememangnya tidak membantah terhadap gagasan ini. Namun begitu, apabila Parti Komunis Indonesia (PKI) mula campur tangan dengan mengadakan pelbagai kecaman dari semasa ke semasa terhadap idea rancangan ini, akhirnya pemerintah Indonesia di bawah Soekarno turut berubah sikap dengan melancarkan penentangan bersenjata melalui slogan ‘Ganyang Malaysia’.

Ia telah menganggap bahawa pembentukan gagasan ini adalah berunsur penjajahan bentuk baru oleh Barat atau neo-kolonialisme. Walau bagaimanapun, ramai sejarawan dan sarjana berpendapat bahawa tindakan Indonesia sebenarnya adalah satu dasar yang dicipta oleh Soekarno semata-mata bagi mengabui mata rakyat Indonesia agar tidak bangkit memberontak terhadap pemerintahannya.

Konfrontasi berakhir apabila Soekarno digulingkan pada tahun 1966 oleh Jeneral Soeharto. Perjanjian damai antara Malaysia dan Indonesia telah ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 antara Tun Abdul Razak Hussein dan Adam Malik.

No comments: