Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 11 January 2010

Perselisihan Galileo Galilei

Galileo Galilei (1564-1642) telah lahir pada 15 Februari 1564 di Pisa, Itali. Beliau merupakan anak sulung daripada tujuh beradik. Bapanya merupakan seorang pemuzik dan peniaga kapas.

Beliau bercita-cita menjadi seorang rahib, namun akhirnya terpaksa mengambil bidang perubatan di Universiti Pisa atas kehendak ayahnya.

Galileo telah memanjangkan idea yang dibawa oleh Nicholas Copernicus (1473-1543) bahawa matahari merupakan pusat alam.

Ini bertentangan dengan pihak gereja Katolik yang percaya bahawa bumi adalah sebagai pusat alam.

Pertentangan pendapat ini telah menyebabkan Galileo dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.

No comments: