Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 25 January 2010

Rakyat Tak Tahu Sejarah Adalah Rakyat Kasar: Rais

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membantu sekolah untuk mempertingkatkan pembelajaran subjek sejarah bagi memupuk gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar.

"Subjek sejarah adalah penting kerana rakyat yang tidak tahu sejarah adalah rakyat yang kasar," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika merasmikan Ikrar Gemilang Sekolah Menengah Perempuan St George di sini Selasa.

Beliau berkata subjek sejarah penting untuk memupuk gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar menerusi kegiatan mengenali sejarah kebudayaan, kesenian dan warisan.

Rais berkata bantuan kementerian akan disalurkan menerusi pelbagai aktiviti sekolah termasuk aktiviti kebudayaan, kesenian dan muzium.

Katanya sekolah-sekolah digalak mempergiatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang cintakan seni pelbagai kaum.

"Gagasan 1Malaysia memang bermula dari sekolah kerana di situlah bermulanya pergaulan masyarakat pelbagai kaum dan saling kenal mengenali budaya dan warisan satu sama lain," katanya.

Rais berkata, 1Malaysia bukanlah soal politik, ia adalah soal kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.

Sumber: BERNAMA

No comments: