Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Monday, 9 May 2011

Fosil Usia 250 Juta Tahun Ditemui

LIPIS - Selepas penemuan fosil di Mentakab dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, yang menjadi berita penting kepada negara, satu lagi kejayaan besar dicapai apabila penyelidik menjumpai fosil cangkerang dianggarkan berusia 250 juta tahun di Lipis.

Penyelidik Sarjana Sains dari LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui di Taman Emas, Lipis, pada satu singkapan batuan yang merupakan tapak cadangan pembinaan perumahan di atas permatang bukit.

Menurutnya, fosil cangkerang itu ditemui dalam pelapisan batu pasir dari jenis cangkerang dwikatup berkulit keras yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

Ahmad Rosli, yang juga Pegawai Kajibumi dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, berkata spesies cangkerang dwikatup tersebut termasuklah Costatoria, Noeschizodus dan Entolium.

“Kawasan Kuala Lipis memang mempunyai banyak kawasan berfosil. Dari kawasan inilah rekod fosil terawal didokumentasikan di Malaysia oleh ahli paleontologi dari British, iaitu Newton pada tahun 1900,” katanya.

Menurutnya, fosil menyimpan banyak rahsia alam dan mempunyai nilai saintifik tinggi dan ia dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau.

“Saya menyarankan tapak penemuan batuan fosil terbabit dapat dipulihara untuk penyelidikan saintifik tempatan dan luar negara menjalankan kajian di kawasan terbabit seperti meletakkan fosil berkenaan di Muzium Warisan Sejarah Lipis.

“Selain itu, tapak berkenaan juga perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat belajar sesuatu tentang kehidupan lampau yang sudah lama wujud,” katanya

Sumber: Sinar Harian, Isnin, 9/5/11

Sunday, 8 May 2011

Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Merawat

Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dikasihi lagi dihormati.

Semenjak akhir-akhir kebelakangan ini, cuaca dan peralihan musim yang berlaku menyebabkan agak kerap dan berleluasanya kes demam, batuk dan selsema serta pelbagai jangkitan lain.

Penulis dan keluarga juga tidak terkecuali 'diserang virus' pada minggu lepas sehingga terpaksa diberi sijil sakit (MC) oleh doktor untuk berehat dan bagi mengelakkan jangkitan kepada insan lain sebagai langkah pencegahan.

Pesan dan nasihat penulis, agar murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan pertengahan penggal pada bulan Mei ini berwaspada dengan menjaga kesihatan semaksimum mungkin, di samping mengambil langkah pencegahan sebaik mungkin demi menghindari kesan penyakit yang memudharatkan ini.

Namun begitu, sebagai seorang Muslim dan insan, seharusnya kita bersyukur dengan segala ketentuan Allah Swt dan dapat menghadapi segala ujian mala petaka penyakit dengan penuh sabar dan redho agar kita menjadi insan yang bertaqwa di sisi-Nya. InsyaAllah

Maka, sebelum terkena, hendaklah dibudayakan dalam kehidupan kita bersama prinsip 'Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Merawat'.

Singapura: PAP Kekal Kuasa, Pembangkang Cipta Sejarah

SINGAPURA: Parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan kuasanya tetapi perhatian tertumpu kepada parti pembangkang apabila mencatat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya umum Singapura.

Walaupun bersaing sengit, PAP yang dipimpin Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kembali memegang tampuk kuasa dalam pilihan raya umum ke-14 dengan memenangi 81 daripada 87 kerusi Parlimen termasuk lima kerusi yang dimenangi tanpa bertanding bagi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Tanjong Pagar.

Ini menunjukkan penurunan berbanding 82 daripada 84 kerusi semasa pilihan raya umum pada 2006.

Undi PAP turun kepada 60 peratus berbanding 67 peratus pada pilihan raya umum lalu.

Anggota veteran Parti Pekerja (WP), Low Thia Khiang memenangi satu GRC buat kali pertama dengan merampas lima kerusi di kawasan GRC Aljunied yang menjadi tumpuan.

WP juga memenangi satu Kawasan Pilihan Raya Keanggotaan Tunggal (SMC) - Hougang.
PAP mendapat 1 GRC dan 11 SMC. Dengan kekalahan lima anggota GRC Aljunied membawa kepada terkeluarnya Menteri Luarnya, George Yeo, anggota pasukan PAP yang bertanding di kawasan itu.
Menteri Kewangan Kedua, Lim Hwee Hua, Menteri Kanan Zainul Abidin Rasheed, Cynthia Phua dan muka baru, Ong Ye Kung, adalah di antara pasukan PAP yang tewas.

Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung PAP, bukan tandingan bagi pembangkang apabila beliau mengekalkan populariti di GRC Ang Mo Kio dengan memenangi majoriti besar ke atas Parti Reformasi (RP).

Lee meraih 69.33 peratus undi manakala RP cuma mendapat 30.67 peratus.

Bercakap kepada pemberita selepas kejayaannya itu, Lee yang masih mendapat tempat di hati rakyat Singapura berkata:

"Kita telah berusaha sedaya upaya untuk berkhidmat kepada pengundi lebih daripada lima tahun kebelakangan ini. Mereka yakin dengan kami.

"Selepas pilihan raya ini, kita akan melihat keputusan itu dan menyemaknya. Ini adalah perjalanan yang jauh dan kami tidak akan berhenti daripada bekerja lebih kuat."

Semalam, rakyat Singapura keluar mengundi dalam keadaan lancar.

Sebaik pengundian ditutup 8 malam, jumlah mereka yang mengundi berjumlah 2.058 juta iaitu 93.06 peratus daripada 2.21 juta pemilih berdaftar.

PAP memerintah Singapura sejak 1959. - BERNAMA

Wednesday, 4 May 2011

History of the CIA

Foreign intelligence has been important to the United States since the days of George Washington, but it’s only been since World War II that such efforts have been coordinated on a government-wide level.

Even before Pearl Harbor, President Franklin D. Roosevelt was concerned about America’s deficient intelligence efforts.

He was particularly concerned about the need for the State Department and War Department to cooperate better and adopt a more strategic view of operations.

With that goal in mind, Roosevelt asked New York attorney and World War I hero William J. Donovan to draft a plan for a new intelligence service.

For more stories about CIA, please click here..

Kota Margherita

Fort Margherita is situated across the Sarawak river near Astana, the official residence of the yang DiPertua Negeri Sarawak.

Fort Margherita named after Ranee Margaret Brooke; wife of Charles Brooke was built in 1878 and completed 2 years later just in time to defend Kuching against the pirate attacks.

The fort was built by Charles Brooke according to the style of an English Tudor castle and commanded a breathtaking and strategic position along the Sarawak river.

Fort Margherita was very suitable as a place for defence against the enemies. The two rooms in the front portion of the fort was used as a control room.

Constant vigilance of the fort was carried every hour throughout the day. The height of the stonewall around the fort which was about 5 meters high prevented the enemies from attacking the fort.

Therefore by the late 19th century, Kuching was a peaceful and prosperous town. Nevertheless the Brookes maintained a constant vigilance of the fort. The first army battalion to occupy the fort after the it was completed was the Sarawak Ranger.

However, during the Second World War, the fort was occupied by the Japanese and it was nearly destroyed. After the war the fort became a training center for police telephone operators.

Later this fort became the Mess for the Sarawak Police Officers In 1971 the fort was renovated and became the Police Museum. The artifacts kept in the Museum included weapons, bullets, cloths, cooking utensils, furniture and other equipments used by the police while they were carrying out their duties in the fort.

Reference: Malaysia National Library

Penubuhan Malaysia 16 September 1963

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri.

Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang.

Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia.

Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961.

Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.

Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Tuesday, 3 May 2011

Kemala Dinobat Sasterawan Negara ke-11

PUTRAJAYA: Penyair Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah dinobatkan sebagai penerima Augerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan penganugerahan berprestij itu kepada Ahmad Kamal atau nama penanya, Kemala di sini pada Selasa berkata, karya-karya tokoh tu bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

"Karya-karyanya terutama puisi bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara.

"Sekretariat Anugerah Sastera Negara telah menerima sebanyak 14 pencalonan iaitu lima pencalonan baru sehingga tarikh tutup pencalonan pada 31 Mei tahun lalu.

"Sembilan calon daripada pencalonan terdahulu juga telah dipertimbangkan oleh panel penilai. Panel Penilai Anugerah Sastera Negara Ke-11 dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Anugerah Sastera Negara Ke-11, di sini.

Anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Malaysia dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Sasterawan Negara itu akan menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kemala dilahirkan di Gombak, Selangor mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang luas, mula menulis sejak di sekolah rendah lagi dan kini merupakan Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia.

Katanya, tokoh berkenaan telah menghasilkan sebanyak 11 buah buku kumpulan puisi, antologi puisi (25), buku kajian sastera (10), buku kumpulan (4), drama (4), buku cerita kanak-kanak (3) dan lebih 50 esei serta kritikan sastera.

Tambah beliau, karya-karyanya terutama puisi telah diterjemahkan dalam banyak bahasa China, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

"Gaya, sebutan dan rentak suara pembacaannya menjadi ikon dan ikutan generasi muda. Tokoh ini juga aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya.

Tambah Muhyiddin, tokoh itu mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah S.E.A Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

"Tokoh ini telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986)," ujarnya.

Sumber: mStar Online