Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 30 July 2012

Skor A Siri 2/12

1) Jelaskan peranan Bahasa Sanskrit di Asia Tenggara.
F1 - meningkatkan pencapaian intelek masyarakat
F2 - Batu Bersurat Kutei menjelaskan keturunan raja
F3 - Batu Bersurat Sungai Mas berkaitan dengan agama Buddha
F4 - Inskripsi di Palembang berkaitan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka
F5 - Batu Bersurat di Lembah Bujang menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat
F6 - Peranan bahasa sanskrit dalam sastera
F7 - menjadi bahasa ilmu
F8 - alat komunikasi kerajaan di Asia Tenggara
F9 - bahasa dalam kitab Hindu dan Buddha


2) Nyatakan pengaruh India dalam kesusasteraan di Asia Tenggara
F1 - Epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
F2 - Cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabrata terdedah melalui sasteranya, penceritaan lisan, dan teater seperti wayang kulit.
F3 - daripada Mahabrata seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya dan Hikayat Sang Samba
F4 - Dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutamosa, Arjunwiwaha, dan Kunjarkarna.
F5 - Daripada epik Ramayana pula lahir Hikayat Seri Rama

Skor A Siri 1/12

1) Jelaskan langkah-langkah kepada pembentukan Malaysia
F1 - lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak
F2 - menerangkan tujuan penubuhan
F3 - mengadakan rundingan antara pegawai British, Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura
F4 - Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
F5 - berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
F6 - mengumpulkan pandangan penduduk
F7 - menubuhkan Suruhanjaya Cobbold (1962)
F8 - dipengerusikan oleh Lord Cobbold
F9 - bertujuan meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
F10 - satu per tiga menyokong tanpa syarat
F11 - satu per tiga inginkan kemerdekaan dahulu
F12 - menentukan tarikh penubuhan Malaysia
F13 - bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
F14 - penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
F15 - membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
F16 - penubuhan Suruhanjaya PBB
F17 - meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
F18 - majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
F19 - Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963


2) Apakah inti pati Perjanjian Malaysia 1963?
F1 - hal ehwal luar adalah kuasa persekutuan
F2 - Islam menjadi agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
F3 - agama lain bebas diamalkan
F4 - bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F5 - bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
F6 - taraf bumiputra yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu
F7 - Singapura memperoleh 15 kerusi perwakilan parlimen 

Sunday 29 July 2012

Kita dan Sejarah


Faktor-Faktor Pembentukan Dasar Luar Malaysia

Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

FAKTOR SEJARAH

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

FAKTOR EKONOMI

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

FAKTOR POLITIK

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

FAKTOR GEOGRAFI

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

FAKTOR DEMOGRAFI

Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.

Tuesday 24 July 2012

Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Imperialisme bermaksud penguasaan dan penaklukan oleh sesebuah negara atau kuasa yang kuat ke atas sesebuah negara lain yang lemah dan meletakkan pemerintahan dan masyarakat tersebut secara paksa di bawah pemerintahan asing. Takrifan ini menunjukkan bahawa dalam kegiatan imperialisme terdapat unsur penonjolan sifat keunggulan oleh satu-satu bangsa terhadap bangsa-bangsa lain; (Wan Abdul Rahman Latif et al.:1996:285).

Imperialisme kuasa-kuasa Barat mengamalkan dasar mengeksploitasi negara-negara yang lemah. Kegiatan ini lebih giat dilaksanakan selepas berlakunya revolusi perindustrian. Akibat revolusi ini, ekonomi negara yang dijajah tidak dirombak atau disusun semula bagi memenuhi kehendak ekonomi negara penjajah. Kuasa-kuasa Barat hanya mementingkan hasil bumi yang terdapat di negara itu seperti emas, perak, teh, rempah dan lain-lain. Keadaannya berbeza pula selepas berlangsungnya revolusi perindustrian. Kuasa-kuasa Barat lebih berminat untuk mengubah struktur ekonomi dan pentadbiran negara yang dijajah. Struktur ekonomi dirombak bagi membolehkan mereka mendapat bahan-bahan mentah secara berterusan dalam kuantiti yang banyak untuk keperluan perindustrian mereka.

Corak imperialisme merupakan corak paksaan ke atas masyarakat Asia Tenggara dengan menggunakan tipu muslihat perdagangan dengan memberikan lingkungan pengaruh sehingga pemerintah tempatan tidak dapat menahan desakan dan tekanan kuasa Barat sehingga akhirnya terpaksa menerima kehadiran kuasa tersebut dan dipaksa menerima perlindungan daripada negara-negara Barat. Tekanan dan desakan kuasa Barat untuk melaksanakan dasar Imperialisme sejajar dengan hasrat mereka sebagai sebuah kuasa yang kuat bagi memberi perlindungan dan keselamatan kepada kuasa yang lemah. Kerakusan dan ketamakan kuasa Barat dalam melaksanakan dasar imperialisme di Asia Tenggara dapat dilihat dengan penguasaan mereka ke atas negara seperti:

a) British - Tanah Melayu, Sarawak, Burma, Borneo (U)
b) Sepanyol - Filipina
c) Belanda - Indonesia
d) Perancis - Vietnam, Kemboja dan Laos
e) Amerika Syarikat - Filipina
Kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menonjolkan imej mereka sebagai kuasa besar dan ini menyebabkan mereka cuba menguasai sebanyak mungkin tanah jajahan; (Mahdi Shuid dan Mohamad Fauzi Yunus.:2001:160).

Penjajahan oleh lima kuasa besar Eropah ke atas negara Asia Tenggara pada abad ke-19 memperlihatkan kepentingan negara tersebut pada pandangan kuasa-kuasa Eropah. Kedatangan kuasa Barat tidak hanya semata-mata untuk berdagang dan pola imperialisme di Asia Tenggara menampakkan usaha dilakukan untuk membahagikan kawasan lingkungan pengaruh antara mereka supaya tidak wujud persaingan sesama mereka yang boleh mencetuskan peperangan. Perancangan yang teliti yang dibuat oleh Kuasa Eropah yang dilakukan di Asia Tenggara membolehkan mereka meluaskan pengaruh dalam lingkungan yang ditentukan tanpa merasa bimbang akan diganggu oleh kuasa lain. Keadaan ini membolehkan mereka mengeksploitasi sumber-sumber yang ada dalam kawasan masing-masing untuk kepentingan negara asal mereka sehingga mengabaikan kepentingan penduduk peribumi.

Cengkaman dan pemerasan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah terhadap kuasa-kuasa Eropah berlaku begitu lama, seolah-olah mereka berjaya menidakkan sebarang penentangan oleh masyarakat peribumi terhadap dasar imperialisme yang dilakukan. Imperialisme kuasa Barat yang berlangsung beratus-ratus tahun di Asia Tenggara telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap senario politik, ekonomi, sosial, masyarakat peribumi Asia Tenggara. Kesan imperialisme yang dicorakkan oleh kuasa Eropah telah cuba diperbetulkan oleh pemerintah sekarang dalam usaha membina satu keperibadian bangsa dan maruah diri telah terjejas selama beratus tahun angkara kuasa Eropah yang tidak diundang.

Kronologi Revolusi Perindustrian


Tahun Peristiwa
1698 Thomas Saveri telah membangunkan enjim stim untuk mengeluarkan air dari lombong.
1709 Abraham Darby menjumpai besi dan arang batu.
1712 Thomas Newcomen memperbaiki enjin Savery.
1733 John Kay mencipta Flting Shuttle, sejenis alat menganyam.
1742 Kilang pertama di Birmingham dan Northhampton telah dibuka.
1759 Terusan air telah dibina untuk membawa arang batu terus ke tengah Manchester.
1764 James Hargreaves telah mencipta alat menganyam Spinning Jenny.
1769 James Watt telah mencipta enjin stim yang lebih cangih. Richard Arkwright pula telah mencipta alat memintal benang menggunakan kuasa air. Josiah Wedgwood telah membina tempat pembuatan barang-barang tembikar di Staffordshire.
1779 Samuel Crompton telah mencipta alat menenun. Jambatan besi yang pertama juga telah dibina pada tahun ini.
1799 Enjin stim telah digunakan secara meluas dalam mesin membuat kertas, tepung dan kain.
1808 Richard Trevithick telah mempertontonkan lokomotif stimnya di London.
1811 Pemberontakan Luddite telah bermula; menentang penggunaan mesin-mesin baru.
1815 Humphrey Davy telah mencipta lampu keselamatan yang memberitahu pelombong tentang kebocoran gas.
1825 Jalan keretapi dari Stockton ke Dalington telah dibuka kepada orang ramai.
1842 Akta yang melarang wanita dan kanak-kanak bekerja dilombong telah diisytiharkan.

Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan telah dilahirkan pada tahun 1480 di Sabrosa, utara Portugal. Beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang pelayar kerana pernah menjadi kelasi kapal di Kepulauan Maluku, Indonesia. Rancangannya untuk mengembara telah ditolak oleh Raja Manoel, Raja Portugal namun usulnya telah diterima oleh Raja Sepanyol. Pada tahun 1519, beliau telah bertolak dengan lima buah anak kapal iaitu Trinidad, San Antonio, Conception, Victoria dan Santiago.

Beliau telah menghadapi masalah dengan ketua-ketua kapalnya namun telah dapat diselesaikan dengan menghukum gantung terhadap salah seorang daripada ketua kapal tersebut. Perjalanannya yang sukar telah mengakibatkan satu kapalnya telah karam di lautan. Beliau telah sampai ke sebuah selat yang kini mengambil sempena nama beliau, Selat Magellan. Sepanjang 16 minggu di Lautan Atlantik, anak-anak kapalnya telah kekurangan makanan sehingga mereka sanggup minum air yang busuk, makan biskut lama, tikus dan kulit yang direbus kerana kelaparan. Ramai juga kelasi beliau yang mati akibat penyakit skurvi, penyakit berjangkit dan kekurangan vitamin C; (Anita Ganeri.:1999:6-15).

Namun, mereka telah tiba ke Pulau Guam dan mendapat bekalan makanan dari sana. Mereka telah meneruskan perjalanan mereka ke Mactan, Filipina. Akibat persengketaan di sana, Magellan telah dibunuh oleh penduduk tempatan di Zebu, Filipina pada April 1521. Tanpa membuang masa, Sebastian del Cano dengan anak kapalnya, Victoria telah kembali ke Sepanyol dengan hanya 18 orang anak kapal bersamanya. Namun, mereka mencatat sejarah sebagai orang yang berjaya mengelilingi dunia; (Mahdi Shid & Saliza Saad.:2002:234-238).

Gerakan Reformation di Eropah

Reformation berasal daripada perkataan "reform" yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru. Gerakan ini berlaku di Eropah Barat pada kurun ke-16. Gerakan ini membawa perubahan yang besar dalam agama Kristian.

Gerakan ini bermula dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik sejak ke-10 Masihi lagi. Namun, penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam terhadap Gereja Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Usaha ini membawa kepada kekayaan pihak Gereja dengan menyelitkan unsur rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku. Ramai rakyat yang telah mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang bertentangan dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan keagamaan. Selain itu, pihak Gereja turut melakukan banyak penyelewengan terutamanya dalam penjualan sijil Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah.

Gerakan Reformation bermula di Jerman. Kejayaan gerakan ini telah dibantu oleh mesin cetak yang telah dicipta oleh Johann Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan kitab Bible dengan harga yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab Bible dengan lengkap. Martin Luther, seorang profesor teknologi daripada Universiti Wittenburg di Jerman mula menentang amalan Indulgence; (Sulaiman Noordin.:1999:59). Beliau percaya bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya.

Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences iaitu penjualan surat pengampunan dosa yang dilakukan oleh pihak Gereja oleh penganut Kristian yang ingin bertaubat daripada melakukan perkara yang mungkar. Pendirian Luther ini telah mengancam kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini di kenali sebagai mazhab Protestan. Protestan berasal daripada perkataan "protesting" iaitu membantah. Tindakan Luther menandakan bermulanya Zaman Reformation yang didapati berterusan sehingga pertengahan abad ke-16. Mazhab baru ini telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.

Di Switzerland, pemimpin ajaran ialah Huldreich Zwingli. Selepas beliau meninggal dunia, ia diteruskan oleh John Calvin, pelajar undang-undang di Switzerland. Beliau berpendapat bahawa sesorang Kristian hendaklah mengenal TuhanNya. Untuk mengetahui TuhanNya, mereka hendaklah merujuk kepada kitab Bible sebagai rujukan. Manusia juga dikehendaki mengamalkan cara hidup berdisiplin dan menolak sebarang kegiatan yang memberikan keseronokan semata-mata. John Calvin juga tidak mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan. Ajarannya telah mendapat sambutan yang hanyat daripada rakyat ketika itu; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:97-98).

Di dalam perkembangan ajaran Protestan, masih ada penganut yang masih mahu mempertahankan Gereja Katolik. Oleh itu, satu Counter Reformation telah dibuka. Counter Reformation ini bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru".

Zaman Renaissance

Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani di Eropah. Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975:

"Di Italy Renaissance bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin.:1999:43).

Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17.

Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan Columbus mengelilingi dunia untuk membuktikan bumi ini berbetuk bulat dan bukan berbentuk rata. Zaman ini juga merupakan zaman penghidupan semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia sezaman. Mereka telah berjaya mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-aspek baru yang dikemukakan oleh mereka sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh dibuktikan, yang selaras dengan semula jadi dan yang dapat difahami oleh pengetahuan manusia; (Wan Abdul Rahman Latif et. Al.:1996:184-185).

Selain itu, perkembangan intelektal dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat sejak kurun ke-12 lagi apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur.

Zaman Gelap Eropah

Zaman gelap merupakan zaman kemunduran Eropah setelah kejatuhan Rom Barat pada tahun 476 Masihi. Zaman ini berlangsung lebih kurang 1000 tahun iaitu dari abad ke-5 Masihi hingga abad ke-15 Masihi. Zaman gelap ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu peringkat awal pada tahun 476-1050 M, peringkat kemuncak iaitu pada tahun 1050-1300 M dan peringkat akhir yang berlansung selama 150 tahun iaitu bermula pada tahun 1300 sehingga pada tahun 1450 Masihi.

Eropah pada masa itu telah dilanda nasib yang malang dari segala aspek. Selain itu, Zaman Gelap juga dicirikan oleh perpecahan politik, kemerosostan ekonomi dan konkongan agama Kristian secara belebihan kepada masyarakatnya. Pada masa yang sama juga mereka telah diserang oleh orang gasar (Barbarian) dan dilanda pelbagai penyakit (Jayaudin Jamaudin.:2002:39).

Zaman Gelap ini juga telah mengakibatkan perpecahan Rom akibat serangan oleh orang-orang gasar. Ini mengakibatkan kejatuhan Rom Barat ke tangan orang gasar sementara Rom Timur (Byzantium) masih berdiri teguh sebagai satu empayar yang kuat. Perpecahan empayar ini bermula ketika pemerintahan Diocletian (284-305M) yang membahagikan empayarnya kepada dua iaitu Rom Barat dan Rom Timur (Ferguson dan Bruun.:1960:112).

Zaman Gelap ini merupakan permulaan kepada satu zaman yang di kenali sebagai Zaman Pertengahan.  Zaman Pertengahan ini merupakan asas kepada satu anjakan paradigma kepada bangsa Eropah sehingga ke hari ini. Pada akhir Zaman Pertengahan ini munculnya Zaman Rennaissance pada tahun 1350-1600 M.

Friday 13 July 2012

Soalan Gerak Gempur JPN Kelantan 2012


(A) Soalan Topikal Kertas 1, Ting 4 & Ting 5 :

(B) Soalan Topikal Kertas 2, Ting 4 & Ting 5 :
[Set 1 - Skema] [Set 2 Skema] [Set 3 Skema] [Set 4 Skema][Set 5 Skema]

Tuesday 10 July 2012

Aminuddin Baki Dalam Kenangan


The White Man's Burden


"The White Man's Burden" is a poem by the English poet Rudyard Kipling. It was originally published in the popular magazine McClure's in 1899, with the subtitle The United States and the Philippine Islands. Although Kipling's poem mixed exhortation to empire with somber warnings of the costs involved, imperialists within the United States understood the phrase "white man's burden" as a characterization for imperialism that justified the policy as a noble enterprise.
The poem was originally written for Queen Victoria's Diamond Jubilee, but exchanged for "Recessional"; Kipling changed the text of "Burden" to reflect the subject of American colonization of the Philippines, recently won from Spain in the Spanish-American War. The poem consists of seven stanzas, following a regular rhyme scheme.
 At face value it appears to be a rhetorical command to white men to colonise and rule other nations for the benefit of those people (both the people and the duty may be seen as representing the "burden" of the title). Because of its theme and title, it has become emblematic both of Eurocentricracism and of Western aspirations to dominate the developing world. A century after its publication, the poem still rouses strong emotions, and can be analyzed from a variety of perspectives.

The Terms of The Treaty of Versailles


Sunday 1 July 2012

Patriotisme Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa


 Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang warganegara.
    Semangat patriotisme yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.
Era awal selepas kemerdekaan mempamerkan semangat sayangkan negara yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, rakyat berbilang kaum telah mempelajari mata pelajaran sejarah dan sivik bagi memupuk dan menyuburkan semangat cintakan tanah air.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan. Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai perdagangan. Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am.Tan Sri Dato' DR

Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Bin Salleh


  Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh dilahirkan di Kampung Bagan Pulau Betong, Mukim Balik Pulau, Pulau Pinang pada hari Ahad, 24 Jun 1934 dan dibesarkan di Kedah sejak berumur kira-kira lima tahun. Pendidikan awal yang diterimanya ialah di Sekolah Melayu Seberang Perak Laki-laki (sehingga darjah IV) dan Sekolah Melayu Sungai Korok Lama (sehingga darjah VI) - kedua-duanya itu di Alor Setar.
  Pendidikan lanjutan beliau ialah menerusi kelas khas sebelah petang di Sultan Abdul Hamid College yang diadakan untuk sebilangan Guru Melayu. Ini diikuti dengan pengambilan peperiksaan LCE (akhir 1956). Beliau kemudiannya belajar dengan sendiri untuk peperiksaan FMCE (akhir 1957) dan HSC (akhir 1959). Beliau masuk ke Universiti Malaya (1961-1964) dengan Biasiswa Kerajaan Persekutuan dan memperolehi Ijazah BA (Hons) dan kemudiannya mengikuti Program Bed secara sambilan (1966-68). Beliau melanjutkan pelajaran ke Standford University (1969-1972) menerusi Fellowship UM-Asia Foundation dan memperolehi PhD dalam Pendidikan dan Sosiologi.
  Pendidikan profesional beliau bermula dengan Program Sijil Perguruan di Sultan Idris Training College (1951-1954). Pendidikan profesional yang kedua diperolehinya dengan mengikuti Program Sijil Pengajaran Bahasa di Maktab Bahasa dalam tahun 1985. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Guru Pelatih di Sekolah Melayu Gunong, Kota Setar, Kedah dalam tahun 1950. Setelah tamat pengajian di SITC, beliau mengajar di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar 1954-1956. Beliau ditukarkan ke Sultan Abdul Hamid College, sebagai Guru Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1957. Tempoh khidmatnya di situ dimanfaatkannya untuk menyediakan diri untuk mengambil peperiksaan FMCE pada akhir tahun tersebut. Setelah tamat pengajian di Maktab Bahasa, beliau kembali bertugas di SAHC hingga ke pertengahan tahun. Selepas itu beliau memegang jawatan Penolong Pensyarah di Day Training Centre, Alor Setar sehingga menyambung pelajaran ke Universiti Malaya pada pertengahan 1961.
  Setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran dalam Perkhidmatan Pelajaran Persekutuan dan ditugaskan sebagai Pensyarah di Maktab Bahasa. Mulai 1966, beliau memulakan khidmat sebagai tenaga akademik di Universiti Malaya sehingga 1978. Semasa dalam perkhidmatan di Universiti Malaya, beliau memegang jawatan Penolong Pensyarah, Pensyarah, Profesor Madya dan akhirnya Profesor. Dari segi pentadbiran pula, beliau pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Pendidikan dan kemudiannya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.
  Kemudian, beliau dipinjamkan ke ITM sebagai Pengarah (1978-1980). Selepas itu, beliau dipinjamkan pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Naib Canselor (1980-1984). Bila Universiti Utara Malaysia ditubuhkan, beliau dilantik menjadi Naib Canselor yang pertama (1984-1989). Selepas persaraan di UUM, beliau berkhidmat sebagai Penasihat
  Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga kira-kira tahun 1990. Beliau pernah menulis buku-buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan masih berterusan hingga sekarang.
  Pada masa ini, beliau masih meneruskan kegiatan kemasyarakatan dalam beberapa buah pertubuhan sosial dan semenjak bersara, beliau ikut serta dalam sebilangan kecil badan korporat swasta. Sebagai Presiden, beliau terus menerajui Persatuan Suluh Budiman (sejak 1973) dan Persatuan Pendidikan Malaysia (sejak 1975).
  Penganugerahan negara yang diterima beliau ialah Johan Mangku Negara (JMN), 1975, Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) 1978, dan Panglima Setia Mahkota (PSM), 1982. Penganugerahan akademik yang diterima beliau ialah Honorary Fellow ABE (UK), 1983, HonLLB (Brock) 1986, Distinguished Fellow ISIS (Malaysia) 1990, Hon DLitt (Kebangsaan) 1997, dan gelaran Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia), 1997.

Ma'ahad Al-Ehya AsSyariff, Gunung Semanggol


Gunung Semanggol, namanya tidak asing lagi bagi mereka yang menatapi sejarah pendidikan Islam tanah air. Sebut sahaja nama Gunung Semanggol kita tentu tidak akan lupa pada sekolah agama yang terkemuka suatu masa dahulu iaitu Ma'ahad Al-Ehya Asshariff. Di Gunung Semanggol ini jugalah tempat bertunasnya sebuah gerakan Islam, Hizbul Muslimin yang digeruni oleh Inggeris ketika itu. Seperti Gunung Semanggol yang tidak dapat dipisahkan dengan Ma'ahad Al-Ehya Asshariff, begitulah juga hubungan sekolah ini dengan seorang tokoh pejuang Islam, iaitu As-Sheikh Abu Bakar Al-Baqir yang menjadi tunggak masyarakat dan perkembangan pelajaran Islam di Gunung Semanggol.
Rentetan Sejarah perkembangan pelajaran agama di sini bermula sejak tahun 1918 lagi dengan adanya pondok Ar-Rahmaniah pimpinan Tuan Haji Abd. Rahman Mahmud. Keperluan terhadap tempat belajar semakin dirasakan apabila pelajar-pelajar lepasan sekolah rendah tidak mempunyai tempat untuk meneruskan pelajaran. Di atas kesedaran tentang masalah ini di samping usaha-usaha menyebarkan ilmu secara lebih teratur dalam menyebarkan risalah Islam, maka masyarakat Gunung Semanggol telah berpadu tenaga mewujudkan sebuah sekolah agama.
Di atas tumpahan keringat masyarakat, terbangunlah sebuah sekolah pada 1 Muharram 1353 bersamaan 15 April 1934 yang diberi nama Madrasah Al-Ehya Asshariff. Di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Madrasah ini telah maju setapak demi setapak. Dengan terdirinya Madrasah ini juga, pondok Ar-Rahmaniah telah dibubarkan oleh Tuan Guru Haji Abd. Rahman yang turut sama memerah tenaga membangunkan Madrasah Al-Ehya Asshariff pimpinan menantunya Ustaz Abu Bakar al-Baqir itu. Pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim, Tuan Haji Abd. Manaf dan lain-lain turut berkorban harta serta masa untuk menjayakan madrasah ini.
Di bawah mudir pertamanya, iaitu Ustaz Abu Bakar, Madrasah Al-Ehya Asshariff telah berkembang pesat dengan pelajar-pelajarnya semakin bertambah berbanding dengan hanya 144 orang pada waktu pembukaannya dalam tahun 1934 dahulu. Untuk menguruskan pertambahan pelajar ini, jawatankuasa pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Allahyarham Tuan Haji Abd. Rahman, Allahyarham Tuan Haji Abdul Manaf dan Allahyarham Ustaz Yahya Abdullah. Pada tahun 1936 dengan permuafakatan masyarakat setempat dan para pelajar sendiri, mereka telah bergotong royong membina sebuah bangunan bagi kelas-kelas tambahan. Sebuah bangunan sekolah kayu dibina dalam tahun 1940 hasil daripada sumbangan derma orang ramai. Pada tahun ini juga Madrasah Al-Ehya ini telah ditukar namanya kepada Ma'ahad Al-Ehya Asshariff.
Perkembangan pesat sekolah agama rakyat ini tentu sekali memerlukan sumber kewangan untuk perbelanjaannya. Untuk itu, sebuah badan ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan Maahad ini, iaitu Persatuan Al-Ehya Asshariff yang didaftarkan pada 22 Febuari 1940 dibawah fasal 19, Undang-undang Kompeni Bab 58 dengan nombor pendaftaran 1016-A serta keahliannya terbuka kepada setiap Muslimin.
Hasil kerjasama orang ramai dan para dermawan persatuan ini dapat mengumpul sejumlah harta bagi membiayai perjalanan Ma'ahad Al-Ehya Assahariff. Di antara sumbangan yang diterima oleh persatuan ini ialah tanah, dusun dan lain-lain harta yang diwakafkan oleh para dermawan seperti Y.A.M Che Teh, Tengku Permaisuri Perak, Allahyarham Tuan Haji Abd. Manaf, Penghulu Gunung Semanggol, Tuan Haji Awang serta dermawan-dermawan yang lain.
Seperti kata pepatah, muafakat membawa berkat, begitulah dengan Ma'ahad ini. Hasil dari permuafakatan masyarakat sekitarnya yang kuat mendokong cita-cita Islam, mereka telah berjaya memajukan institusi pendidikan Islam ini walaupun tidak mendapat bantuan pemerintah. Pada tahun 1941, Ma'ahad ini mempunyai lebih 400 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar wanita. Sebanyak 270 buah pondok asrama disediakan oleh jawatankuasa pentadbiran sekolah ini dan pada tahun yang sama juga institusi pendidikan agama ini mempunyai harta kira-kira 50 ekar kebun dan sawah.
Apabila meletus Perang Dunia Kedua, perjalanan Ma'ahad Al-Ehya Asshariff terbantut seketika, hanya sebilangan kecil para pelajar meneruskan pelajaran dalam suasana perang itu. Walau bagaimanapun selepas Perang Dunia Kedua tamat, Ma'ahad ini telah pulih dan semakin aktif menyebarkan pendidikan Islam.
Di antara tahun 1948 - 1952 Ma'ahad bagaikan anak yatim kehilangan ibu bila mana mudirnya Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan dan dipenjarakan oleh Pentadbiran Inggeris kerana keterlibatan beliau dalam Hizbul Muslimin, sebuah parti politik Islam yang memperjuang cita-cita kaum muslimin dalam menegakkan Daulah Islamiah di negara ini.
Setelah dibebaskan pada tahun 1952, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh memajukan semula Ma'ahad ini. Malah di atas usaha gigihnya harta kepunyaan Persatuan Al-Ehya Asshariff yang menjaga kepentingan Ma'ahad telah bertambah dengan pembinaan dua buah kilang padi dan mewujudkan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar Gunung Semanggol. Ia juga dapat menanam modal dalam beberapa buah syarikat.
Selepas merdeka, Ma'ahad Al-Ehya Asshariff semakin berkembang maju dan pihak pemerintah juga telah mula memberi perhatian dengan bantuan dua buah asrama baru yang telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1959. Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIP) juga menghulurkan bantuan RM 500 sebulan pada Ma'ahad, sementara Kementerian Pelajaran memperuntukan sebanyak RM 5,300.00 setahun membantu sekolah agama ini. Pada tahun 1960 pelajar-pelajar Ma'ahad meningkat ke angka 722 orang, dan dalam tahun 1964 apabila peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mula-mula diperkenalkan di sekolah ini, kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini amat cemerlang sekali.
Pada masa ini Ma'ahad Al-Ehya Asshariff tetap meneruskan cita-cita perjuangannya ke arah melahirkan insan yang berilmu dan bertaqwa di samping berusaha menyebarkan risalah Islam kepada generasi muda agar mereka lebih memahami tuntutan fikrah Islamiah dan menghayati tasawwur Islam sebagai `Ad-Din' yang syumul seperti mana perjuangan yang telah didokong oleh bekas tokoh-tokoh pengajar Ma'ahad ini seperti Allahyarham Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan lain-lain lagi.
 Sumber: Arkib Negara Malaysia
  

Suruhanjaya Reid


Sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gebenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).

Suruhanjaya ini telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131 memorandum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956. 

Antara perkara penting yang dibincangkan oleh Suruhanjaya ini ialah pembentukan sebuah Kerajaan Pusat, kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pelantikan seorang Ketua Negara berpelembagaan dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu. 

Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.
 
Ahli-ahli Suruhanjaya Reid di Majlis Makan yang diadakan oleh Dato’ Tan Cheng Lock di No. 111, Heeren Street, Melaka pada 17 Ogos 1956.

Sepanyol belasah Itali untuk kejuaraan Euro 2012

Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol telah menewaskan Itali dengan membelasah  skuad 'The Azzuri' itu 4-0 dalam perlawanan akhir Euro 2012, di Stadium Olimpik Kyiv, Ukraine,  awal pagi tadi (2/7/12 - 2.45 pagi waktu Malaysia)

Gol pertama skuad bimbingan Vicente Del Bosque dijaringkan pemain tengah David Silva pada minit ke-14.

Gol itu berpunca daripada sepakan lintang daripada rakannya Cesc Fabregas di sebelah kiri pintu gol Itali, yantg kemudiannya ditanduk oleh Silva menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon.

Gol kedua pula hadir pada minit ke-41 hasil jaringan pemain bek kiri Sepanyol Jordi Alba yang menerima hantaran 'throughpass' dari Xavi Hernandez sebelum Jordi yang membuat larian melepasi dua pertahanan Itali menyepak masuk ke gawang.

Sementara gol ketiga 'La Roja' pula dijaringkan oleh penyerang gantian Fernando Torres pada minit ke-84 selepas menerima hantaran daripada rakannya Xavi Hernandez.

Pemain gantian Juan Mata turut menempa nama sebagai wira Sepanyol apabila menjaringkan gol keempat, empat minit kemudian selepas menerima hantaran Torres yang terlepas daripada perangkap offside.

Sementara itu, bagi skuad 'The Azzuri' pula, mereka turut melancarkan serangan dan gerakan ke arah gol, tetapi disekat pertahanan lawan atau percubaan mereka dinafikan oleh penjaga gol Iker Casillas.

Penyerang berbisa mereka, Mario Balotelli juga tidak dapat bergerak bebas apabila pergerakkannya sentiasa dibayangi permain pertahanan tinggi lampai Gerrard Pique.

Itali juga dirundung malang, apabila bermain 10 orang apabila pemain gantian ketiga mereka - Thiago Motta mengalami kecederaan pada minit ke-60 menyebabkan semua pemain Itali terpaksa bekerja keras untuk mengekang asakan dan serangan Sepanyol selepas itu.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2008.