Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday 3 September 2016

Latih Tubi Intensif 1/16

Muka surat 19 - 22

1  (a)  Jelaskan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba.
[ 6 markah ]
F1     -  Pemerintah tertinggi iaitu raja digelar Firaun.
F2     -  Firaun menjadi ketua pemerintah
F3     -  Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan
F4     -  Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis
F5     -  Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan
dan menguruskan pengagihan bekalan makanan
F6     -  Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah
F7     -  Rahib menguruskan hal keagamaan
F8     -  Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan


(b)  Jelaskan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba.
[ 4 markah ]

F1     -  Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
F2     -  Kanak-kanak diberi pendidikan sejak daripada umur yang rendah
F3     -  Institusi pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
F4     -  Pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
F5     -  Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih untuk menguruskan tanaman/mengawal banjir/membina bangunan/membina piramid
F6     -  Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains
F7     -  Melahirkan pengamal perubatan

(c)  Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada tamadun manusia.
[ 10 markah ]

F1     -  Senibina piramid
H1a   -  Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep
H1b   -  Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
H1c   -  Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan
F2     -  Penciptaan kertas daripada pokok papyrus
H2a   -  Memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata
H2b   -  Penyimpanan rekod khazanah bangsa
H2c   -  Menggunakan tulisan yang cantik halus dan penuh seni pada makam dan batu
H2d   -  Tinggalan dalam bentuk rekod dan tertulis dengan tulisan hieroglif
F3     -  Mewujudkan sistem pendidikan
H3a   -  Sistem pendidikan untuk kanak-kanak keluarga atasan
H3b   -  Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
H3c   -  Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
H3d   -  Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
H3e   -  Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih
F4     -  Kemajuan perubatan
H4a   -  Melahirkan pengamal perubatan
H4b   -  Pengamal perubatan mendapat status yang tinggi kerana berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat
H4c   -  Proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan
H4d   -  Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
H4e   -  Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar dalam bidang ilmu
F5     -  Pengawalan air daripada Sungai Nil
H5a   -  Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, astronomi digunakan dalam mengawal banjir yang berlaku sekali setahun
H5b   -  Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
H5c   -  Pemerintahan Firaun Senuusret III telah membina tembok pengairan bagi menebusguna kawasan padang pasir
H5d   -  Beliau juga membina terusan untuk mengairkan tanah
F6     -  Pengetahuan astronomi dan matematik
H6a   -  Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun

No comments: