"..Salam Ukhuwwah fillah. Selamat datang ke gerbang Salam Sejarah2u. Anda adalah dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan pandangan demi memartabatkan kegemilangan Ummah untuk generasi masa hadapan.." - Isharuddin Ismail - "Ingat Sejarah..., Ingat SEJARAH2U". :-)
Thursday, 27 March 2008
Ibnu Rushd
Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.
Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.
Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusy dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.
Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.
Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.
Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.
Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.
Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.
Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua.
Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.
Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.
Pemikirannya memungkinkan masyarakat di sana keluar daripada zaman kegelapan menuju era kemajuan industri yang pesat. Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rusyd.
Ibnu Rusyd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rusyd begitu terpengaru dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.
Pembaharuan ini dapat dilihat juga dalam bidang perubatan apabila Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.
Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.
Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.
Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.
Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya
Thursday, 20 March 2008
12 Rabi` ul-Awwal: Tangisan Ummu Aiman
Sejurus selepas kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.
Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi SAW, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.
“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda SAW?”, Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.
Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”
Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi SAW pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.
Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!
- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
12 Rabi’ ul-Awwal 1429H
56000 Kuala Lumpur
Monday, 17 March 2008
Obor Hemah
Salam Sejarah buat semua. Keputusan SPM 2007 yang lalu telah sama2 kita ketahui. Ada cerita suka dan duka yang melatari peristiwa 'keramat' tanggal 12 Mac tempohari. Sebaik keputusan rasmi diperolehi, Ust telah dihujani dgn panggilan telefon dan SMS, tak kurang juga ucapan melalui emel yg mengucapkan penghargaan di atas jasa2 yg pernah ditabur. Sebagai guru, saat itu bisa saja membuat Ust terharu malah kadang2 sebak apatah lagi dikhabarkan berita gembira bahawa anak2 didik kita berjaya menggapai kecemerlangan yg diidam-idamkan selama ini.
Dalam banyak2 ucapan tersebut Ust begitu tertarik hati dgn kiriman puisi karya SN A. Samad Said pada April 1988 yg bertajuk 'Obor Hemah' yg dikirim oleh bekas anak murid Ust melalui emel. Di sini, Ust suka utk berkongsi bait-bait dalam puisi tersebut untuk tatapan semua:-
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah,
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru...atap ganti ketika pondok bocor,
kitab SEJARAh dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia..sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru...minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkannya asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
Dalam banyak2 ucapan tersebut Ust begitu tertarik hati dgn kiriman puisi karya SN A. Samad Said pada April 1988 yg bertajuk 'Obor Hemah' yg dikirim oleh bekas anak murid Ust melalui emel. Di sini, Ust suka utk berkongsi bait-bait dalam puisi tersebut untuk tatapan semua:-
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah,
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru...atap ganti ketika pondok bocor,
kitab SEJARAh dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia..sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru...minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkannya asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
Wednesday, 12 March 2008
Monday, 10 March 2008
SEJARAH tercipta...
Mencipta SEJARAH -- sebuah parti, iaitu parti KeADILan (PKR) yang hayatnya nyawa-nyawa ikan berikutan jumlah kerusi parlimennya hanya satu pada pilihan raya lepas, kali ini akan mengetuai segerombolan jumlah MP (member parliment) pembangkang di Parlimen.
PRU 12 yang diadakan kelmarin juga menyaksikan PKR mendapat 31 kerusi manakala DAP 28kerusi dan PAS 23 kerusi. Situasi ini merupakan suatu SEJARAH bagi pembangkang yang telah dapat menafikan jumlah 2/3 kerusi BN pertama kali sejak kemerdekaan negara pada 50 tahun yang lalu.
Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah sekali lagi mencipta SEJARAH kerana berjaya menawan lima buah negeri iaitu di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang berjaya mengekalkan pemerintahan kerajaan PAS.
Terkini, diberitakan bahawa PAS akan menjadi menteri besar di tiga buah negeri iaitu Perak (YB Mohd Nizar b Jamaluddin), Kedah (YB Ust Azizan Abd Razak) dan Kelantan (YB TG Nik Abd Aziz Nik Mat). Manakala YB Lim Guan Eng dari DAP menjadi ketua menteri di Pulau Pinang dan YB Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR menjadi menteri besar di Selangor. Dengan kemenangan besar Barisan Alternatif dalm PRU ke12 ini diharap akan dapat merealisasikan SEJARAH persaudaraan negara bangsa Malaysia yg sejati selaras dengan aspirasi kuasa rakyat yang utuh dan jitu.
Tahniah! buat seluruh rakyat Malaysia yang terlibat mengundi dalam PRU12.
"Negara Anda, Tanggungjawab Anda"
Monday, 3 March 2008
Tahukah Anda?
Untuk menafikan kegemilangan dan sumbangan besar para cendekiawan Islam terhadap dunia, Barat telah menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama.Antaranya, Ibnu Sina kepada Avicenna, Al-Biruni (Alberuni), Al-Battani (Albetagnius), Ibnu Haitham (Alhazen), Al-Kindi (Alkindus), Ar-Razi (Razes) dan Ibnu Rushd (Averroes).