"..Salam Ukhuwwah fillah. Selamat datang ke gerbang Salam Sejarah2u. Anda adalah dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan pandangan demi memartabatkan kegemilangan Ummah untuk generasi masa hadapan.." - Isharuddin Ismail - "Ingat Sejarah..., Ingat SEJARAH2U". :-)
Thursday, 29 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Bengkel Sejarah PMR 2012
Pada 24 Mac lalu, hari sabtu telah diadakan satu bengkel akademik iaitu subjek Sejarah PMR bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Kelab kelas Tingkatan 3 (KKT3) mulai jam 8.30 pagi sehingga jam 12 tengahari. Bengkel ini telah disampaikan oleh Cikgu Zohaidie.
Lebih menariknya lagi, bengkel ini telah dilangsungkan di bangunan baru sekolah yang baru sahaja siap pembinaannya (nota: seperti dalam gambar)
Selamat maju jaya dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, wakil ibu bapa serta guru yang telah turut hadir ke bengkel setengah hari ini. InsyaAllah, 'A' dalam tangan.
Salam Sejarah!

Salam Tahniah!
Tanggal 21 Mac lalu merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan dengan penuh debaran, iaitu hari pengumuman keputusan SPM 2011.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat-Nya di atas kejayaan anak-anak yang telah selamat menerima keputusan masing-masing. Adatlah ada yang gembira dan tidak kurang juga yang bersedih hati. Nasihatku, redho-lah dengan segala ketentuan dari-Nya..liku-liku kehidupan ini masih panjang untuk ditempuhi.
Apa-apa pun diucapkan salam tahniah kepada semua, khususnya para guru dan ibu bapa yang sentiasa menyokong perjuangan anak-anak pelajar berjaya menuai kecemerlangan. Mohon terus kekalkan tempo kecemerlangan tersebut sampai bila-bila.