Thursday, 21 March 2013

SPM 2012: Salam Tahniah dari Sejarah2u

Sejarah2u mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang telah memperolehi keputusan cemerlang yang diumumkan hari ini (21 Mac).

Semoga dengan keputusan yang cemerlang ini akan menjadi pemangkin untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Sejarah2u juga turut mendoakan agar semua calon-calon SPM 2012 ini berjaya memperolehi tempat di universiti-universiti tempatan dan luar negeri.

Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa kerana peluang masih ada dan terbuka pada masa hadapan.

Seramai 15,793 calon SPM memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 15,079 calon pada 2011 dengan peningkatan sebanyak 0.13 peratus.

Namun begitu, pencapaian keseluruhan calon turun sebanyak 0.04 mata berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata berbanding 5.04 mata tahun sebelumnya.

Calon yang memperolehi gred cemerlang pada tahun 2012 meningkat berbanding pada tahun 2011.

Monday, 18 March 2013

Keputusan SPM diumum Khamis (21 Mac 2013) ini


KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini, dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.
  
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos.
  
Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
  
"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.
  
Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.
    
Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lepas dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara. - Bernama

Ore Bridge

The remnant of the Ore Bridge which was used by the Japanese to transport iron ore on board ships headed for Japan during the World War II. It was recorded that the bridge was built by the British and then used by the Japanese during their occupation of Malaya.

Tumpat, Kelantan, October 28th, 2012
© 2012 Dashuki Mohd

Friday, 15 March 2013

Pray For Gaza

Adakah wujud senario seperti ini di kelas dan sekolah anak-anak kita di Malaysia ? Pray for Gaza..

Keputusan Peperiksaan STPM 2012

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac).

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada pada 12 tengah hari, hari yang sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini. - Bernama

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

"Tidak menjadi salah untuk sesuatu terusan mempunyai sampan yang banyak asalkan kesemua sampan menuju haluan yang sama" - Confucius