Tuesday, 8 November 2016

Rakyat Amerika Mengundi Presiden Baru Pada Hari Ini

Rakyat Amerika hari ini keluar mengundi untuk menentukan siapakah presiden baru mereka mulai tahun depan dengan memilih antara yang bermasalah dengan e-mail atau dengan female.
Hillary Clinton dikatakan berhadapan dengan masalah e-mail yang disiasat oleh FBI manakala Donald Trump pula berhadapn dengan skandal dengan pelbagai perempuan (female).
Namun kajian yang dibuat menjelang pembuangan undi itu, Hillary Clinton dari Demokrat mempunyai kira-kira 90 peratus peluang untuk menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
Menurut projek akhir Reuters/Ipsos States of the Nation, bekas setiausaha negara itu mendahului Trump dengan kira-kira 42 hingga 45 peratus dalam undi popular.
"Clinton berada di landasan yang betul untuk memenangi 303 undi dalam sistem kumpulan pengundi berbanding Trump yang hanya menguasai 235 undi.
"Dengan itu, Clinton dapat memenuhi keperluan mendapatkan 270 undi untuk menang, menurut dapatan kajian itu," menurut kajian itu, lapor Reuters.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Presiden Barack Obama memberi amaran bahawa kemajuan yang dimikmati oleh negara tersebut selama lapan tahun yang lalu akan menjadi sia-sia terkebelakang jika Trump menang hari ini, lapor Press Trust of India (PTI).
Obama dan Clinton adalah dari parti yang sama iaitu Demokrat.

Sunday, 6 November 2016

Pengiktirafan Buat Tokoh Syeikh Abu Bakar Al~Baqir Gunung Semanggol

Salam tahniah buat keluarga Almarhum Tuan Guru Syeikh Abu Bakar Al~Baqir Gunung Semanggol di atas penganugerah Darjah Kebesaran Perak sempena Keputeraan Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah baru-baru ini.

Satu pengiktirafan atas jasa Almarhum dalam perjuangan kemerdekaan dan memartabatkan institusi ilmu serta penghayatannya.

Friday, 4 November 2016

Belajar Daripada SEJARAH Untuk Elak Ulangi Kesilapan Lalu

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar semua pihak sentiasa belajar daripada sejarah bagi mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.
Baginda bertitah sejarah bukannya ramalan tetapi ia catatan peristiwa yang telah berlaku secara faktual, satu rekod yang tepat, konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan rujukan, teladan serta panduan.
"Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan sikap tidak belajar daripada sejarah, adalah sebesar-besar pengajaran sejarah," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 baginda di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda Raja Azlan Muzaffar Shah yang juga Raja Kechil Besar serta Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Antara yang hadir sama ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta para exco kerajaan negeri.
Sultan Nazrin yang dimahsyurkan sebagai Sultan Perak pada 2014 bertitah kebijaksanaan seseorang sultan dan raja menitahkan hukum serta melaksanakan keadilan dipengaruhi oleh maklumat sebenar yang sampai kepada pendengaran baginda.
"Beta amat hargai kata panduan dan kata pedoman yang disembah maklumkan oleh ahli-ahli Dewan Negara, para ulama dan para umarak.
"Beta hargai lafaz taat setia yang dizahirkan Raja Muda, demikian juga ikrar taat setia yang dipersembahkan oleh Menteri Besar, beta amat insaf akan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas beta," titah Sultan Nazrin.
Titah Sultan Nazrin kesempurnaan dalam menyempurnakan amanah sebagai Sultan Perak bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat, tetapi merupakan ujian besar daripada Allah, yang akan dinilai pada hari kebangkitan kelak.
"Semoga dalam memenuhi amanah, ketika bersemayam di atas takhta kerajaan ini beta dijauhkan daripada hanyut dengan kata-kata pujian yang boleh melalikan hingga mengakibatkan beta terkabur penglihatan," titah baginda.
Dikenali sebagai sultan berjiwa rakyat, Sultan Nazrin menzahirkan penghargaan terhadap persepakatan yang baginda peroleh daripada semua pihak termasuk kerabat diraja Perak, polis dan tentera yang membantu dalam melaksanakan tanggungjawab.
"Masing-masing telah menyempurnakan amanah untuk membantu supaya negeri ini terus dapat dibangunkan dalam suasana aman dan warga berada dalam sejahtera.
"Demikian jua penghargaan beta kepada pihak swasta, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, pertubuhan-pertubuhan belia, badan-badan sukan, serta warga keseluruhannya yang telah memperlengkapkan usaha-usaha pembangunan yang dirintis oleh kerajaan beta," titah baginda.
Pada istiadat hari ini, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat negeri kepada 33 daripada keseluruhan 333 penerima, manakala bakinya akan menerima darjah kebesaran masing-masing pada istiadat 12 Nov depan.

Tips Menjawab Soalan KBAT


Bila calon diminta menjelaskan cadangan atau peranan, perlu dilihat pelbagai aspek ;

1. Peranan kerajaan
2. Peranan sekolah
3. Peranan ibu bapa

Tapi pastikan murid jangan menulis jawapan yang umum.

Contoh 1. Ibu bapa mendidik anaknya sejak kecil....umum dalam apa
Conth 2. Sekolah pula perlu mengadakan ceramah...umum kaitkan balik dgn soalan.
Contoh 3. Kerajaan perlu adakan kempen...umum kempen apa...agar apa.

Kalau peranan kerajaan perlu berhati-hati..jangan sebut benda yang ada untuk cadangan...
Sila guna perkataan seperti kerajaan perlu perluaskan lagi...perbanyakkan lagi dsb.

Cg Mahendan Tholasy

KOLEKSI E-LATIHAN SOALAN-SOALAN SEJARAH KERTAS 1. Cikgu Roslina Winda Majimin

KOLEKSI E-LATIHAN SOALAN-SOALAN SEJARAH KERTAS 1

SPM 2009-2016 (U)

2009 https://goo.gl/forms/9rLMqUDzsvcb3QJd2                    
2010 https://goo.gl/forms/ZDnk8Z28RyeL3E2e2                                   
2011 https://goo.gl/forms/sQ52aHh9mpWUzMax2
2012 https://goo.gl/forms/cap8iH9wtJfOi2fe2                                      
2013 https://goo.gl/forms/pJUfmPiFVz9w6TSp2                        
2014 https://goo.gl/forms/8stlXOFF4mZJF4Ff2                              
2014 (U) https://goo.gl/forms/OSYzm4COAFJSfofm2                              
2015 https://goo.gl/forms/PoUCI8sFU338oA5k2                                    
2015 (U) https://goo.gl/forms/JInZnVivZ3woY1Vw1                                    
2016 (U) https://goo.gl/forms/QdKXGiIzPldvYsk13

SEJARAH SPM:K1 - 2009
SOALAN SPM SEBENAR

Menjawab Soalan KBAT Mengikut Formula KEMPUNAN Cikgu Jamil Rosli

Perkongsian teknik menjwb soalan KBAT bg pelajar lemah dan sederhana menggunakan formula KEMPUNAN:

 1. KE=Kempen kesedaran - Contoh kempen cintai ... - Agar timbul rasa syg pd ....

 2. M=Peranan Media massa -Menayangkan ttg .... -Contohnya TV3 menayangkan filem/ dokumentari/ iklan/ forum dll tentang....

 3. P=Peranan sistem pendidikan -Menerapkan dlm sukatan matapelajaran tertentu ttg.... -Contohnya m/p Sivik dan kewarganegaraan

 4. UNAN=Undang2 dikuatkuasa -Contohnya mengenakn denda pd pesalah -agar kesalahan yg sama tidak berulang

 5. UNAN=Undang2 digubal -Contohnya Undang2 .... -Agar dpt membendung sgl salah laku. *Untuk Formula KEMPUNAN ni ambil setakat Kempen kesedaran, media massa dan pendidikan pun dah cukup.

*Formula KEMPUNAN ni digunakan bg persoalan ttg

Cara/langkah/tindakan/cadangan/lakukan/usaha dan bermula dgn perkataan bagaimanakah. Contoh soalan: SPM 2013 Nyatakan langkah2 utk memelihara sesebuah monumen.

Jawapan ikut formula KEMPUNAN

langkah2 utk memelihara sesebuah monumen ialah dgn mengadakan kempen kesedaran, Contohnya kempen cintai monumen, agar timbul rasa syg pd monumen.

Selain itu, peranan media massa, menayangkan ttg langkah2 utk memelihara sesebuah monumen. Contohnya TV3 menayangkan iklan ttg langkah2 utk memelihara sesebuah monumen. Seterusnya, peranan sistem pendidikan. Menerapkan dlm sukatan mata pelajaran tertentu ttg langkah2 utk memelihara sesebuah monumen. Contohnya mata pelajaran Sivik dan kewarganegaraan.

CUBA MINTA PELAJAR BUAT

SOALAN PERCUBAAN PERLIS 2016

Cadangkan langkah2 yg boleh diambil utk membetulkan tanggapan masyarakat dunia ttg agama Islam yg sebenarnya.

 PERCUBAAN Kedah 2016 Cadangkan langkah2 utk mengatasi masalah kesesakan jln raya di bandar2 utana di Malaysia. (cuba minta pelajar buat guna Formula KEMPUNAN.) 

Selamat mencuba๐Ÿ˜๐Ÿ˜ƒ

Nota: Bagi Formula KEMPUNAN yg penting pelajar dpt tahu dan ingat: 1. Bila cinta akan timbul rasa syg (Contohnya kempen cintai monumen agar timbul rasa syg pd monumen) 2. Peranan media massa iaitu menayangkan 3. Peranan sistem pendidikan iaitu menerapkan.

SEMOGA BERMANFAAT. ๐Ÿ˜ƒ