Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday, 11 November 2007

Studi Kertas 2.07

Salam Sejarah A1 buat semua...

Satu lagi kaedah ulangkaji berjadual untuk studi kertas 2 boleh didapati di pautan 'gerak gempur Spm'..mudah dibaca, difahami dan diharap dapat membantu para calon untuk studi kertas 2 dengan lebih santai dan penuh penghayatan. Mengandungi 4 siri dari 01 hingga ke 04 untuk topik-topik terpilih sahaja.

Sehingga bertemu kembali dalam lembaran yang akan datang. Selamat menekuni ilmu buat semua. Salam sejarah...:-)

Bisik-Bisik Pantai Timur: Analisis Mutakhir 1

Salam Sejarah buat anak-anak didik yang dirahmati Allah.
Macam mana menjawab Sejarah kertas 1 tadi? Ust doakan antum semua berjaya menjawab 40 soalan senang tersebut dengan penuh ketenangan dan keyakinan diri yang tinggi. InsyaAllah.

Lepas kertas 1, besok pula akan menjengah kertas 2 (struktur & esei)..dan pastinya lebih senang. Bagaimana dengan persediaan antum? Ok ke kO? Ust gurau saja..:-)

Dalam analisis mutakhir 1 ini, ust turunkan beberapa 'hint' untuk membantu antum menyediakan persediaan terakhir sebelum 'bertempur' esok. Semua petunjuk ini hasil perkongsian pintar (smart partnership) dengan rakan-rakan guru pakar dari pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Diharap dapat diambil manfaat bersama.

Tingkatan 4
Bab 1: Tamadun Mesir/Indus/Hwang Ho
Bab 2: Sistem pentadbiran demokrasi/republik - kaitan dengan Malaysia
Bab 3: Agraria/Maritim/Pengaruh Hindu-Buddha
Bab 5: Konsep perang dalam Islam/Perjanjian Hudaibiyah/Fathul Makkah
Bab 6: Kerajaan Umaiyah/Abbasiyah/Turki Uthmaniyah
Bab 7: Teori-teori dan cara kedatangan Islam di A.Tenggara
Bab 8: Kesan Islam terhadap sistem pentadbiran/ ekonomi dan perdagangan/percukaian
Bab 9: Zaman Gelap/Renaissance/Reformation/Revolusi Pertanian/Revolusi Perindustrian
Bab 10: Pembentukan masyarakat majmuk

Tingkatan 5
Bab 1: Nasionalisme Tahap Pertama/Sistem birokrasi barat
Bab 2: Penentangan pemimpin tempatan/faktor-faktor pemangkin/peranan akhbar, majalah/gerakan Islah/pendudukan Jepun
Bab3: Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka/ Undang-undang Tubuh Negeri/Demokrasi di N9
Bab 5: Pakatan murni/Perikatan/perjanjian PTM
Bab 6: Faktor-faktor pembentukan Malaysia/Perjanjian Malaysia
Bab 7: Perlembagaan (gubal, pinda, ketertinggian)/ lambang-lambang negara
Bab 8: Dasar pendidikan kebangsaan/Akta bahasa/Wawasan 2020
Bab 9: Faktor-faktor dan penggubalan dasar luar/PBB/ASEAN dll

Selamat terus berjuang buat semua. Semoga pertolongan Allah buat hamba-hambaNya yang sentiasa bertawakkal dan berserah kepadaNya. Amin

GuRu SeJaRaH '07

Friday, 9 November 2007

Kecemerlangan Kini di Depan Mata!!

Salam Sejarah buat anak2 didik yang dikasihi,

Tinggal hanya beberapa hari lagi Spm bakal menziarahi kalian. Di hati ini sentiasa berdebar memikir dan terkenangkan persediaan kalian menempuh badai gelora 'tetamu' yang sentiasa menggamit perasaan kalian sejak sekian lama ini.

Di hati ini terdetik kerisauan..adakah kalian bersedia menggunakan segala bekalan 'senjata' yang telah diberikan untuk sekian lama. Terdetik juga di hati..akan adakah yang 'gugur percuma' sebelum benar2 berjuang.

Pesanan sang guru dari hulu sg pusu ini adalah kalian terus dan terusan berjuang penuh disiplin dan istiqamah hingga saat terakhir. Rendahkanlah diri bermunajat kepada Allah Swt, mohon pertolonganNya agar dibuka pintu hikmat, izin menguasai ilmuNya yg ibarat setitis air lautan ini.

Akhiru kalam, salam sejarah dengan penuh ketulusan hati buat anak2 didik semua. Semoga pertolongan Allah Swt sentiasa bersama kalian dalam menggapai A1 buat Sejarah kelak. Tekad betul2 dalam diri bahawa tiada ruang kompromi selain A1 kerna kecemerlangan kini hanya di depan mata kalian. Hanya kepada Allah Swt jua kita bertawakkal dan berserah diri.

min al faqiru ilaAllah,
GuRu SeJaRaH '07

Thursday, 8 November 2007

Pautan E-Tuisyen

Salam Buat semua,
Blog ini telah memuatkan laman e-tuisyen Sejarah Spm yang disediakan jawapan dan ulasan untuk semakan anda.
Selamat menjawab dengan jayanya..demi kegemilangan Ummah. InsyaAllah

Salam Sejarah!

Wednesday, 7 November 2007

Mutiara Hikmah


“ BILA ANDA DALAM KESEORANGAN, AWASI FIKIRAN ANDA.


BILA ANDA BERSAMA KELUARGA, AWASI KEMARAHAN ANDA,


BILA ANDA DALAM KALANGAN ORANG RAMAI, AWASI LIDAH ANDA “.

(Imam al-Ghazali)

Tuesday, 6 November 2007

Fail Gerak Gempur

Salam Sejarah buat anak2 didik yang dikasihi Allah Swt

Untuk makluman, ust telah mengirim fail gerak gempur sejarah Spm untuk ulangkaji tambahan kalian. Boleh periksa dalam emel atau boleh juga dirujuk dalam blog ust. InsyaAllah, akan ada lagi set2 soalan baru untuk terus membantu kalian memantapkan lagi persediaan sebelum menduduki peperiksaan yang sebenar. Harap kalian terus berjuang hingga ke saat yang terakhir.

Pesanan ust agar kalian jangan mudah terpedaya dengan musuh malas dan cuai kerana gerbang kejayaan sedang kalian tujui dan mahligai kegemilangan hanya berada di depan mata. Mara dan terus mara!!

Sunday, 4 November 2007

Kelas Gerak Gempur

Salam Sejarah buat anak-anak didik yang dirahmati Allah,

Kelas gerak gempur untuk murid yang sederhana pencapaiannya akan diadakan selama 3 hari mulai Jumaat (2/11), Isnin (5/11) dan Selasa (6/11). Ia meliputi bimbingan intensif untuk meningkatkan pencapaian dalam 3 aspek utama iaitu objektif, struktur dan esei.

Semoga kalian terus tabah dan sabar mendepani cabaran Ilmu demi segunung kecemerlangan di kemudian hari demi ummah tercinta. Amin