| Arahan: Tandakan ( / ) atau ( X ) pada pernyataan-pernyataan di bawah. Selamat menjawab 1) menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu adalah satu ciri perkembangan imperialisme ( ) 2) Perancis dan Jerman silih berganti menjajah Filipina ( ) 3) Asia Tenggara strategik kerana terletak di petempatan yang padat ( ) 4) keperluan bahan mentah dan pasaran baru untuk Revolusi Perindustrian di Eropah menjadi pemangkin kepada imperialisme Barat ( ) 5) keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan, menjadi sebab utama kuasa Barat bersaing sesama mereka ( ) 6) Sebarkan tamadun dan agama’ adalah slogan Barat menghalalkan dasar imperialismenya ( ) 7) Pengenalan system birokrasi Barat menggantikan sistem beraja tempatan adalah sebahagian dasar imperialisme Barat ( ) 8) Barangay yang diketuai golongan Datu adalah sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Burma ( ) 9) Raja dibantu oleh Hllutaw dan Wui adalah amalan sistem pemerintahan beraja semasa Dinasti Konbaung di Burma ( ) 10) Empat Pembesar Pusat merupakan sistem pentadbiran kerajaan Melaka yang menjadi ikutan kebanyakkan negeri Melayu sebelum kedatangan Portugis ( ) 11) Sistem Majlis Mesyuarat tertinggi dan Kabinet Menteri diperkenalkan sebagai usaha pemodenan Siam di bawah pemerintahan Raja Mongkut ( ) 12) Kerjasama Jepun dan China menewaskan Rusia turut mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara ( ) 13) Membangunkan bidang pendidikan adalah perjuangan utama nasionalisme, Raden Adjeng Kartini dan Pertubuhan Muhammadiyah ( ) 14) ‘Isu kasut’ telah mempercepatkan gerakan nasionalisme tahap pertama di Vietnam ( ) 15) Gerakan nasionalisme bermatlamat menentang kuasa raja berkuasa mutlak dan monopoli pedagang Cina ( ) 16) Pilihanraya Hong Lim menyaksikan Barisan Sosialis yang berfahaman Komunis tewas kepada parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew ( ) 17) Clandestine Communist Organization (CCO) berhasrat menjadikan Sarawak sebagai sebuah negara Republik Komunis ( ) 18) Sukarno melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan slogan ‘Ganyang Malaysia ( ) 19) Tuntutan terhadap Sabah merupakan sebab Presiden Macapagal menentang gagasan pembentukan Malaysia ( ) 20) Donald Stephen ialah pemimpin parti USNO ( ) |
Menu Ekspres:
Tuesday, 5 August 2008
Set Soalan Pengukuhan 3/08
Set Soalan Pengukuhan 2/08: Esei
Sila jawab soalan di bawah dengan fakta, huraian dan contoh yang munasabah.Skema jawapan akan ditampal pada hari Isnin depan (11/8/08). Anda dialu-alukan menghantar jawapan anda untuk semakan guru. Selamat menjawab. |
Sunday, 3 August 2008
Mengingati Peristiwa Berdarah Muslim Bosnia

Dia seperti beribu-ribu wanita Muslim lain, dipaksa keluar dari bandar itu selepas ia dikuasai pihak Serb pada 11 Julai 1995. Sejak itu, dia tidak pernah melihat ahli keluarganya.
Ikrar Kemenangan
| IKRAR KEMENANGAN SPM SEJARAH 2008M Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kami berikrar… Sesungguhnya kami, hanya menuntut ilmu keranaMu, Demi mengharapkan redhoMu, Mengharapkan ehsan dan keberkatan dariMu. Sesungguhnya kami, berazam untuk menggapai kecemerlangan, Tidak akan berundur, tetapi.. akan terus mara berjuang.. Sesungguhnya kami, tidak akan pulang… Melainkan, membawa ‘A1’ dalam genggaman… Sesungguhnya SEJARAH, adalah sangaattt senang, ‘A’… tidak menjadi masalah buat kami… Kami akan tersenyum dan terus tersenyum memburunya.. Sesungguhnya kami, tidak akan malas dan lemah, Akan tetapi, terus kuat dan gagah perkasa. Sesungguhnya kami, tidak akan mudah merasa puas Akan tetapi, akan terus gigih berusaha, dan berusaha tanpa jemu. Ya ALLAH! Bantulah perkenankan kemenangan kami.. Kerana kejayaan ini ..adalah demi ummah, dan Izzah agamaMu. Ya ALLAH! Jadilah saksi ikrar kami.. Kerana hanya kepadaMu, kami berserah diri. Takbir 1x |
(Nota: Ikrar ini akan dibaca oleh penghulu Pui Sejarah SPM '08, saudara Aizat sebelum dan selepas kelas untuk mendorong motivasi murid mecapai kejayaan)
Tuesday, 22 July 2008
Set Soalan Pengukuhan 1/08
| Arahan: Anda sangat digalakkan untuk menjawab soalan-soalan di bawah tanpa merujuk buku teks. Jawapan bagi soalan di bawah akan ditampal di tingkap bilik guru pada hari Isnin (28/7/08) untuk semakan anda. Selamat menjawab. 1) Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan di Mesopotamia? A. Penguasaan Parsi B. Perluasan tamadun Indus C. Rampasan kuasa golongan pendeta D. Kemusnahan taman Tergantung Babylon 2) Mengapakah Kod Undang-undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia? A. Menggalakkan mobiliti sosial B. Merekodkan urusan pentadbiran C. Mengukuhkan organisasi masyarakat D. Mencatatkan harta golongan bangsawan 3) Apakah persamaan antara sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia? A. Raja sebagai ketua kerajaan B. Rakyat terlibat dalam pemerintahan C. Dewan Negara meluluskan belanjawan D. Dewan Rakyat menentukan ketua negara 4) Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada Zaman Rom (280 – 337 S.M.)? A. penulisan kitab Bible B. pengaruh agama lain kurang C. pengiktirafan oleh Constantine D. perkembangan teknologi pencetakan 5) Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim? A. Kekayaan hasil laut B. Peningkatan hasil pertanian C. Perubahan dasar pemerintahan D. Kedudukan Oc-Eo yang strategik 6) Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah? A. Mengawal kaabah B. Menguasai telaga zamzam C. Merebut hak pungutan cukai D. Mengamalkan semangat kesukuan 7) Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, ramai golongan hamba yang memeluk Islam? A. Bersedia mati syahid B. Mendapat hak yang sama C. Mendapat keizinan tuannya D. Berpeluang menjadi pemimpin 8) Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam? I. Meluaskan wilayah II. Menguasai ekonomi III. Menjaga harta benda IV. Mempertahankan diri A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 9) Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad Saw? I. Mengaku menjadi nabi II. Menjadi ketua kafilah III. Memerangi pemberontakan IV. Mengingkari pembayaran zakat A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 10) Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui A. bahasa istana B. amalan protokol C. adat kebesaran diraja D. alat perkahwinan diraja |
Saturday, 19 July 2008
Berita PUI 1

Tuesday, 15 July 2008
Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI) 2008
Begitu pantas rasanya masa berlalu meninggalkan kita. Kini, kehadiran PUI semakin menghambat kita utk mencongak persediaan dan bekalan yang ada, samada kita benar2 cukup bersedia atau sekadar 'cukup makan' sahaja.
Justeru, tika waktu dan saat ini suka dipesan agar segala persediaan yg perlu wajar diberi perhatian. Ini kerana sesuatu peperiksaan yg bakal dihadapi sering dianalogikan umpama hakikat sebuah peperangan di mana disiplin diri, strategi berkesan dan semangat berjuang (jihad) kental tanpa mudah menyerah kalah bakal menjadi aset utama bagi menggapai misi kemenangan.
Terlintas kenangan kejayaan sebahagian anak2 didik lalu...mereka adalah murid2 yg cekal, sabar, gigih, kuat hubungan dgn Allah Swt serta sentiasa berusaha mendapatkan restu dan redho ibu bapa dan guru2 mereka. Buat anak2 didik kini, contohilah resepi kejayaan mereka dan jadikanlah mereka yg telah berjaya sbg sumber inspirasi krn kalian juga berpotensi besar mencipta Sejarah pada tahun 2008 ini. InsyaAllahYakinlah! bahawa kalian sudah tidak punya cukup masa lagi utk bersantai girang krn masa itu adalah kehidupan. Yakinlah! bahawa kalianlah penentu kejayaan masa depan diri dan ummah. Yakinlah! hanya dgn disiplin yg tinggi, strategi yg ampuh, dan kesungguhan berjuang demi kecemerlangan fillah, kalian pasti berjaya.
Akhirnya, marilah sama2 kita berdoa agar segala apa yg telah dirancang dan bakal kita tempuhi bermula drpd proses PUI sehinggalah hampir ke tarikh peperiksaan sebenar akan dikira sebagai 'amal soleh di sisi Allah s.w.t jua. Amiin....
