Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday, 5 January 2009

Selamat Kembali ke Sekolah!


Salam Sejarah buat semua. Syukur Alhamdulillah, tanggal 5 Januari '09 merupakan hari yang sangat penting kepada warga sekolah seluruh negara (kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah yang mula bersekolah pada 4 Januari) kerana inilah masanya pesta kembali ke sekolah bermula.

Tidak terkecuali di bumi Al-Amin, di mana kemasukan dan orentasi pelajar tingkatan 1 membuka lembaran dengan para ibu bapa yang kelihatan begitu sibuk menguruskan persedian terbaik untuk anak masing-masing.

Sesungguhnya dunia persekolahan adalah satu tempoh yang cukup indah dan penuh kenangan suka duka. Maka seharusnya tempoh tersebut dimanfaatkan dengan sewajarnya demi mencipta sejarah kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Bagi anak-anak Al-Amin..iltizam kukuh-kukuh di hati bahawa kehadiran kita ke sekolah bermatlamat untuk merealisasikan misi sekolah ke arah melahirkan satu generasi soleh dan musleh.

Semoga Allah Swt merahmati niat kita dan menjadikan kita para hambaNya yang mukhlisin lagi muttaqin di sisiNya. Ameen

Saturday, 3 January 2009

Eksplorasi Tamadun Warisan Islam

Salam Sejarah buat semua pengunjung sejarah2u yang dihormati.

Pada kali ini sejarah2u ingin mengajak anda semua untuk satu sesi eksplorasi maya tamadun warisan Islam yang bersifat interaktif dan menyeronokkan.

Jika anda telah bersedia, sila klik di sini. Selamat bereksplorasi buat anda semua.

Tuesday, 30 December 2008

Watak Kucing dalam Kehidupan Masyarakat Mesir Purba


Agama dan kepercayaan sangat sebati dengan kehidupan orang Mesir purba. Mereka mempercayai bahawa seluruh alam dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau matinya sesuatu kehidupan di alam semesta.

Dewa-dewi dianggap mendatangkan kebahagiaan kepada orang Mesir purba. Oleh sebab itulah mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing.


Orang Mesir purba telah menubuhkan satu kumpulan agama yang bertuhankan kucing yang dikenali sebagai Bast.

Kepentingan watak seekor kucing dalam kehidupan orang Mesir purba dijelaskan oleh Herodotus, seorang sejarawan Greek. Beliau menyatakan bahawa apabila kucing peliharaan mereka mati, mereka sekeluarga akan berkabung dan mencukur bulu kening bagi menandakan kesedihan mereka.

Komentar: Kucing juga merupakan binatang kesayangan Rasulullah Saw. Kasih Rasulullah Saw kepada kucing menyebabkan para sahabat juga menyayangi kucing sehingga seorang sahabat besar Nabi Muhammad Saw terkenal dengan jolokan Abu Hurairah yang bermaksud 'bapa kucing'.

Sunday, 28 December 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430H


Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa Akhir Tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H daripada Sejarah2u buat semua pengunjung yang dirahmati Allah Swt. Hijrah menuju Allah dan RasulNya. Ameen

Thursday, 25 December 2008

Tahukah Anda? - Terusan Suez


Salam Sejarah buat semua...

Dalam pembelajaran teks Sejarah peringkat Menengah, khususnya dalam silibus tingkatan 4 dan 5, kita telah didedahkan tentang usaha penjelajahan dan penjajahan oleh Imperialis Barat pasca era Renaissance. Kemajuan pengangkutan dan perhubungan menjadi antara 'kunci terpenting' yang mendorong kepada usaha-usaha tersebut.

Tahukah anda bahawa pembinaan Terusan Suez telah menjadi pemangkin kepada pelaksanaan dasar Imperialisme Barat ke Timur? Justeru, marilah sama-sama kita mengamati sejarah pembinaan Terusan Suez yang peranannya cukup relevan dan signifikan hinggalah ke hari ini.

Terusan Suez, 1869

Ia dibina oleh Perancis dengan pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Sebaik dibuka, terusan ini dikendalikan oleh syarikat awam yang kebanyakan sahamnya dimiliki oleh Khedif, Gabenor Mesir dan pedagang Perancis yang berpengaruh.

British sangat berminat menguasai Terusan Suez kerana ia menjadi laluan utama sebilangan besar kapal dagangnya serta jalan singkat ke India, Asia Tenggara, China dan Australia.

Pada tahun 1875, akibat banyak berhutang dan hampir muflis telah menyebabkan Khedif terpaksa menjual sahamnya dalam Kompeni Terusan Suez. Kesempatan ini diambil oleh Disraeli, Perdana Menteri British ketika itu untuk membeli 45 peratus jumlah saham dalam kompeni tersebut yang bernilai 4 juta paun sterling (modal besar pada masa itu).

Dengan bantuan pinjaman daripada Rothschilds, iaitu sebuah firma bank antarabangsa yang terkenal, Disraeli mempunyai cukup wang tunai untuk membeli saham tersebut, seterusnya menguasai kompeni dan terusan Suez.

Berikutan dengan ini, Mesir juga telah jatuh ke tangan British dan kemaraan imperialisme Barat tidak dapat dibendung lagi pada kurun ke-19.

Musafir Qurban 2: Empangan Beris


Salam ukhuwwah dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Sejarah2u yang penulis kasihi dan dirahmati Allah Swt.

Syukur kerana sekali lagi kita dipertemukan dalam posting Musafir Qurban ke2 dan terakhir ini. Diharap semangat berkorban yang diinspirasikan oleh Allah Swt melalui kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ini menjadikan kita lebih beriman dan bertaqwa di sisiNya. InsyaAllah.


Sambungan dari kisah yang lalu, penulis ingin mengajak kalian ke kampung ayah penulis di Sik iaitu Kampung Telaga Batu. Seronoknya ialah ia kini terletak betul-betul di pinggir empangan Beris yang siap dibina pada tahun 2003. Apalagi, sebaik selesai proses sembelihan dan sempat menikmati sup daging lembu segar, penulis dan keluarga berkesempatan bersantai di kaki bukit empangan Beris.

Jika dulu sekitar kampung penulis dikelilingi pokok getah dan hutan, kini ia diliputi panorama luas empangan buatan manusia yang berfungsi untuk membekalkan air bersih buat kawasan selatan Kedah dan Pulau Pinang. Pemandangan dari atas bukit menghadap empangan begitu memukau lagi mempersonakan penulis. Subhanallah hanya kepadaNya. Maka di sini penulis ingin berkongsi sedikit fakta tambahan berkenaan sejarah pembinaan empangan Beris :-)

1) Terletak di daerah Sik, Kedah. Berhampiran dengan Tasik Pedu.
2) Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara
Sungai Beris dan Sungai Muda.
3) Ketika Tasik Beris dalam proses pembinaan lebih seribu kubur telah dipindahkan pada tahun 2002.

4) Kampung yang telibat ialah Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang (Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar), Kampung Ternas dan sebahagian Kampung Telaga Batu.

5) Penduduk-penduduk kampung tersebut sekarang ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan Jeniang


Sekian sahaja untuk catatan perjalanan kali ini. Sehingga bertemu kembali dengan izin Allah Swt dalam catatan perjalanan Musafir Qurban pada tahun Hijrah 1430 kelak.

Salam pengorbanan fillah...

Tuesday, 16 December 2008

Konvensyen Majlis Guru Islah (MGI) ke-4


Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dirahmati Allah Swt.

Pada 13 Disember (Sabtu) tempohari, penulis telah dijemput untuk menyampaikan satu slot perkongsian pengalaman yang bertajuk, "Aplikasi Blog dalam P&P". Konvensyen diadakan di dewan Kejuruteraan UIAM. Seramai hampir 70 guru-guru MGI dari seluruh negara berkampung di UIAM sehingga lewat petang hari tersebut.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak urusetia Majlis Guru Islah (MGI) yang sudi menjemput penulis untuk berkongsi serba sedikit ilmu dengan rakan-rakan guru MGI yang lain. Diharap perkongsian pintar ini akan terus diadakan serta menjadikan pihak seketariat MGI terus unggul dalam menjulang profesionalisme para guru selaras dengan tema konvensyen kali ini iaitu, "GURU: KERJAYA CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG".