Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Tuesday, 22 July 2008

Set Soalan Pengukuhan 1/08

Arahan: Anda sangat digalakkan untuk menjawab soalan-soalan di bawah tanpa merujuk buku teks. Jawapan bagi soalan di bawah akan ditampal di tingkap bilik guru pada hari Isnin (28/7/08) untuk semakan anda. Selamat menjawab.

1) Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan di Mesopotamia?

A. Penguasaan Parsi
B. Perluasan tamadun Indus
C. Rampasan kuasa golongan pendeta
D. Kemusnahan taman Tergantung Babylon

2) Mengapakah Kod Undang-undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia?

A. Menggalakkan mobiliti sosial
B. Merekodkan urusan pentadbiran
C. Mengukuhkan organisasi masyarakat
D. Mencatatkan harta golongan bangsawan

3) Apakah persamaan antara sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia?

A. Raja sebagai ketua kerajaan
B. Rakyat terlibat dalam pemerintahan
C. Dewan Negara meluluskan belanjawan
D. Dewan Rakyat menentukan ketua negara

4) Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada Zaman Rom (280 – 337 S.M.)?

A. penulisan kitab Bible
B. pengaruh agama lain kurang
C. pengiktirafan oleh Constantine
D. perkembangan teknologi pencetakan

5) Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?

A. Kekayaan hasil laut
B. Peningkatan hasil pertanian
C. Perubahan dasar pemerintahan
D. Kedudukan Oc-Eo yang strategik

6) Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

A. Mengawal kaabah
B. Menguasai telaga zamzam
C. Merebut hak pungutan cukai
D. Mengamalkan semangat kesukuan

7) Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, ramai golongan hamba yang memeluk Islam?

A. Bersedia mati syahid
B. Mendapat hak yang sama
C. Mendapat keizinan tuannya
D. Berpeluang menjadi pemimpin

8) Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam?

I. Meluaskan wilayah
II. Menguasai ekonomi
III. Menjaga harta benda
IV. Mempertahankan diri

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

9) Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad Saw?

I. Mengaku menjadi nabi
II. Menjadi ketua kafilah
III. Memerangi pemberontakan
IV. Mengingkari pembayaran zakat

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

10) Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui

A. bahasa istana
B. amalan protokol
C. adat kebesaran diraja
D. alat perkahwinan diraja

Saturday, 19 July 2008

Berita PUI 1


Salam Sejarah buat anak2 didik ust yg dikasihi..

Untuk makluman..pembentangan kumpulan PUI pada Isnin (21/7) akan dimulakan oleh kumpulan2 yg akan membentang tajuk-tajuk tingkatan 4. Diminta kerjasama daripada semua kumpulan utk bersedia sebaik mungkin bagi memberikan hanya yg terbaik kpd diri sendiri dan rakan2 yg lain. Masa utk setiap kumpulan membuat pembentangan adalah antara 7 - 10 minit.

Tuesday, 15 July 2008

Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI) 2008

Salam PUI buat semua anak didik ust di 5 Saf & 5 Sar yg dikasihi lagi dirahmati Allah s.w.t.....

Begitu pantas rasanya masa berlalu meninggalkan kita. Kini, kehadiran PUI semakin menghambat kita utk mencongak persediaan dan bekalan yang ada, samada kita benar2 cukup bersedia atau sekadar 'cukup makan' sahaja.

Justeru, tika waktu dan saat ini suka dipesan agar segala persediaan yg perlu wajar diberi perhatian. Ini kerana sesuatu peperiksaan yg bakal dihadapi sering dianalogikan umpama hakikat sebuah peperangan di mana disiplin diri, strategi berkesan dan semangat berjuang (jihad) kental tanpa mudah menyerah kalah bakal menjadi aset utama bagi menggapai misi kemenangan.

Terlintas kenangan kejayaan sebahagian anak2 didik lalu...mereka adalah murid2 yg cekal, sabar, gigih, kuat hubungan dgn Allah Swt serta sentiasa berusaha mendapatkan restu dan redho ibu bapa dan guru2 mereka. Buat anak2 didik kini, contohilah resepi kejayaan mereka dan jadikanlah mereka yg telah berjaya sbg sumber inspirasi krn kalian juga berpotensi besar mencipta Sejarah pada tahun 2008 ini. InsyaAllah

Yakinlah! bahawa kalian sudah tidak punya cukup masa lagi utk bersantai girang krn masa itu adalah kehidupan. Yakinlah! bahawa kalianlah penentu kejayaan masa depan diri dan ummah. Yakinlah! hanya dgn disiplin yg tinggi, strategi yg ampuh, dan kesungguhan berjuang demi kecemerlangan fillah, kalian pasti berjaya.

Akhirnya, marilah sama2 kita berdoa agar segala apa yg telah dirancang dan bakal kita tempuhi bermula drpd proses PUI sehinggalah hampir ke tarikh peperiksaan sebenar akan dikira sebagai 'amal soleh di sisi Allah s.w.t jua. Amiin....

Friday, 27 June 2008

Teruskan Agenda Perjuangan...


Salam Perjuangan buat semua walau di mana sekalipun kalian berada

Syukur ke hadrat Allah Swt kerana kita telah berjaya menempuh satu cabaran daripada sekian banyaknya cabaran iaitu peperiksaan Sem 1 yang lalu



Tahniah! buat mereka yang memperoleh A. Bagi mereka yang masih belum mendapat A, bukan bermakna kalian tidak layak. InsyaAllah, rezeki kalian akan tiba jua tak lama lagi. Teruslah berusaha sambil tidak jemu-jemu berdoa kpd Allah swt.

Namun sudah pasti mendapat gred A bukan segala-galanya kerna apa yg lebih penting ialah penguasaan dan penghayatan terhadap Ilmu itulah yg paling utama, di samping ia juga merupakan wasilah kpd usaha utk lebih mendekatkan lagi kita kpd Allah Swt.
Semoga kalian terus istiqamah dlm menekuni ilmu dgn niat dan kaedah yg betul. Sesungguhnya kejayaan akan datang pasti bakal menjadi milik kalian. InsyaAllah

Isu Pulau Batu Putih: Kita Berputih Mata!!





Dalam peta Malaysia yang terkini, ditunjukkan dengan jelas kedudukan Pulau Batu Putih (White Rock Island) dan pulau ini asalnya kelihatan berwarna putih kesan tompokan-tompokan najis burung- burung laut sebab itulah dinamakan Pulau Batu Putih. Ahli-ahli pelayaran Portugis pula memanggil pulau itu Pedra Branca dan nama itulah yang digunakan oleh Singapura hingga sekarang.

Pulau ini adalah kosong tanpa hidupan dan tumbuhan, yang ada hanyalah rumah api di pulau tersebut. Keluasannya juga cuma seluas padang bola,tapi kedudukan pulau itu yang amat strategik menjadi penyebab pertikaian di antara Malaysia dan Singapura berhubung siapa pemiliknya.

Kemudian, Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Putih kepada ICJ di The Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003.
Menteri Luar bagi kedua-dua negara juga sudah memberikan persetujuan bahawa apa jua keputusan yang bakal diumumkan, maka keduanya akan menerima dengan hati yang terbuka. diharapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura tetap kekal sepeti sekarang.
Apakah pentingnya Pulau Batu Putih ni kepada Malaysia?

Lokasi Batu Putih yang amat strategik untuk mengawal laluan keluar masuk ke selat Tebrau, Kepulauan Riau, dan Laut China Selatan. Lebih spesifik, dari kedudukan pulau tersebut, pemantauan 24 jam dapat dilakukan terhadap keluar masuk aset maritim termasuk juga aset Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari KD Sultan Ismail atau Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih. Malaysia juga boleh meletakkan peranti elektronik dan radar maritim yang berkuasa tinggi untuk melaksanakan “electronics intelligence” dari lokasi rumah api tersebut .

Kedudukannya amat strategik bagi kedua-dua negara kerana ia akan menjadi batu penanda wilayah marin kepada sempadan masing-masing. Sekiranya kes ini dimenangi oleh Singapura, keluasan perairannya akan memanjang sehingga ke Pulau Batu Putih. Hal ini pasti memberi kesan kepada industri maritim Malaysia termasuk para nelayan di Johor Darul Takzim.

Pada 23hb Mei lalu iaitu pada hari Jumaat, kes pertikaian mengenai tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah diputuskan dan RTM1 telah menyiarkannya secara langsung. Keputusan penghakiman dari The Hague, Belanda pada jam 6 ptg telah memutuskan bahawa Singapura diberi hak ke atas Pulau Batu Putih sementara Malaysia hanya berhak ke atas Pulau Terumbu karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan sahaja yang kedua-duanya hanya akan timbul jika air laut surut dan kembali tenggelam jika air pasang.

Friday, 16 May 2008

Selamat Hari Guru 2008

Rasulullah SAW pernah bersabda:

" Andai ditimbang tinta pena para guru dengan darah para syuhada', maka lebih berat pahala guru daripada pahala darah para syuhada'. Barang siapa yang menziarahi seorang guru maka seolah-olah dia menziarahiku dan barang siapa yang berjabat tangan dengan gurunya, maka seolah-olah dia berjabat tangan denganku."
(Sumber: Dewan Siswa, Mei 2008)


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

SN Usman Awang, 1979

Wednesday, 7 May 2008

Salam Kecemerlangan Dalam Peperiksaan Sem 1


~SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN~

Semoga Semua Berjaya Dalam Peperiksaan..

“Allahhumma ja’alna minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutawaffiqin fi kulli imtihan fid dunya wal akhirah.”

“Ya Allah jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berjaya, orang-orang yang cemerlang, orang-orang yang gemilang, orang-orang yang diberi petunjuk dalam setiap ujian dan peperiksaan di dunia dan di akhirat.”

Ya Allah.. bantulah.. kami berserah kepadaMu Ya Rabbi..