Wednesday, 24 October 2007

LU02T5


No. Siri: LU02T5

Latihan Ulangkaji Sejarah SPM 02

1) Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri ketamadunan manusia?

I. Persamaan taraf sosial
II. Kewujudan bandar-bandar
III. Peningkatan kegiatan ekonomi
IV. Kemunculan pemimpin masyarakat

A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

2) Golongan pendeta di anggap penting pada zaman pemerintahan firaun kerana

A. bertanggungjawab dalam aspek keagamaan
B. memiliki kemahiran tertentu
C. berhak memungut cukai
D. mempunyai keberanian

3) Bagaimanakah agama Islam tersebar di Asia Tenggara?

I. Penaklukan kerajaan Islam ke atas negeri di sekitar
II. PengIslaman raja-raja dan golongan bangsawan
III. Penekanan terhadap bahasa Arab
IV. Usaha dakwah oleh para mubaligh

A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

4) Mengapakah terdapat golongan bangsawan menentang raja pada Zaman Pertengahan di Eropah?

A. Raja menghalang golongan bangsawan memiliki tentera
B. Keistimewaan golongan bangsawan dikurangkan
C. Golongan bangsawan dilarang membina gereja
D. Gelaran golongan bangsawan dihapuskan

5) Kelahiran Zaman Renaissance kesan daripada perkembangan ilmu pengetahuan di
kota Islam seperti Baghdad, Cordova dan Toledo. Apakah implikasi perkembangan ilmu tersebut?

A. Orang Eropah merintis jalan ke Timur
B. Berakhirnya pemerintahan beraja
C. Berlakunya Perang Salib
D. Perluasan tanah jajahan

6) Apakah faktor yang mempengaruhi Portugal menjadi perintis dalam penjelajahan pada kurun ke-15?

A. Perang Seratus Tahun
B. Penguasaan bidang pelayaran
C. Perdagangan orang Islam merosot
D. Perebutan perdagangan di laut Mediterranean

A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

7) Apakah tujuan Parlimen Inggeris meluluskan akta memagar tanah awam pada pertengahan kurun ke-18?

A. Mengelakkan gangguan binatang perosak
B. Mengatasi masalah sempadan pemilik tanah
C. Menyekat petani mengusahakan tanah awam
D. Membolehkan binatang ternakan meragut rumput

8) Akta Kilang 1833 digubal untuk mengawal majikan daripada menindas pekerjanya. Apakah perkara penting yang terdapat dalam akta tersebut?

A. Penetapan upah yang berpatutan
B. Menghalang penggunaan mesin
C. Penubuhan syarikat kerjasama
D. Masa bekerja ditetapkan

9) Mengapakah raja-raja di Eropah bersatu menentang Napoleon Bonaparte menjelang awal kurun ke-19?

A. Beliau mengawal semua perdagangan di Eropah
B. Beliau berasal daripada golongan rakyat jelata
C. Beliau merupakan seorang pemerintah yang kejam
D. Beliau menyebarkan idea Revolusi Perancis

10) Mengapakah fahaman sosialis gagal mempengaruhi rakyat di Eropah pada kurun ke-19?

A. Pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan
B. Konsep memiliknegarakan harta sukar diterima
C. Kemajuan perdagangan negara dipentingkan
D. Perjuangannya bercorak radikal

11) Kemerosotan system feudal telah membawa perubahan kepada negara-negara di Eropah pada penghujung Zaman Pertengahan. Apakah kesan ke atas negara Eropah tersebut?

A. Taraf hidup rakyat meningkat
B. Penghapusan sistem hamba abdi
C. Kemajuan dalam bidang perdagangan
D. Kuasa golongan bangsawan berkurangan

12) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh raja untuk menyelaraskan ekonomi pada Zaman Pertengahan di Eropah?

I. Mengimbangi sistem percukaian
II. Mengawal sistem tanaman dagangan
III. Menyeragamkan sistem timbang dan ukur
IV. Menggunakan sistem mata wang yang sama

A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

13) Mengapakah penduduk tempatan di Kepulauan Melayu menentang kedatangan penjajah Barat pada kurun ke-16?

I. Penghapusan tanaman sara diri
II. Penindasan pedagang Islam
III. Penghapusan budaya peribumi
IV. Peningkatan kadar kemiskinan

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

14) Apakah faktor perkembangan dalam bidang pertanian di Britain semasa Revolusi Pertanian?

A. Pengenalan sistem jual beli tanaman
B. Pengurusan pasaran yang cekap
C. Penanaman secara komersial
D. Pengurangan cukai tanaman

15) Mengapakah penggunaan arang batu penting kepada kemajuan perindustrian di Britain pada pertengahan kurun ke-18?

A. Mudah untuk proses pengeluaran
B. Bahan bakar yang menjimatkan
C. Menjana kuasa enjin wap
D. Bekalan yang berlebihan

16) Golongan yang manakah mahukan pemerintahan beraja diwujudkan semula setelah pemerintahan Oliver Cromwell?

A. Golongan pekerja
B. Golongan berharta
C. Golongan berpendidikan
D. Golongan penganut katolik

17) Akta The Thirteenth Amendment telah diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat ke-16, Abraham Lincoln. Mengapakah akta tersebut diperkenalkan?

A. Menyekat aktiviti pejuang di Amerika Syarikat
B. Meningkatkan kesedaran politik rakyat Amerika Syarikat
C. Menghapuskan amalan perhambaan di Amerika Syarikat
D. Membela golongan kelas bawahan di Amerika Syarikat

18) Mengapakah pertandingan Olimpik dianggap penting dalam sejarah Yunani?

A. Untuk memilih jaguh olahraga
B. Untuk memperingati Dewa Zeus
C. Untuk menentukan kekuatan negara kota
D. Untuk mengukuhkan hubungan

[ Berdasarkan Hukum Karma dan Dharma seseorang penganut Hindu akan mencapai Moksya ]
19) Penganut Hindu berusaha mencapai taraf moksya supaya mereka..

A. Dilahirkan semula
B. Berharmoni dengan alam
C. Bersatu dengan tuhan
D. Dilantik sebagai Brahmin

- Socrates (470 S.M.)
- Plato (427 S.M.)
- Aristotle (384 S.M.)
20) Apakah persamaan tokoh-tokoh di atas?

A. Memperkanlkan idea demokrasi
B. Memperluas empayar
C. Mencipta sistem tulisan
D. Merupakan ahli falsafah

21) Dewan pantheon, colloseum dan aqueduct adalah antara binaan termasyhur dalam sejarah tamadun manusia. Binaan tersebut dikaitkan dengan tamadun..

A. Yunani
B. Rom
C. Mesir Purba
D. Mesopotamia

22) Mengapakah wujud perbezaan struktur sosial antara masyarakat Athens dengan masyarakat Sparta walaupun kedua-duanya merupakan negara kota dalam tamadun Yunani?

A. Wujudnya perbezaan pekerjaan
B. Wujudnya perbezaan agama
C. Wujudnya perbezaan bahasa
D. Wujudnya perbezaan budaya


ii/smiaa/LU02T5

No comments:

Post a Comment