Salam Sejarah buat anak-anak didik yang dirahmati Allah.
Macam mana menjawab Sejarah kertas 1 tadi? Ust doakan antum semua berjaya menjawab 40 soalan senang tersebut dengan penuh ketenangan dan keyakinan diri yang tinggi. InsyaAllah.
Lepas kertas 1, besok pula akan menjengah kertas 2 (struktur & esei)..dan pastinya lebih senang. Bagaimana dengan persediaan antum? Ok ke kO? Ust gurau saja..:-)
Dalam analisis mutakhir 1 ini, ust turunkan beberapa 'hint' untuk membantu antum menyediakan persediaan terakhir sebelum 'bertempur' esok. Semua petunjuk ini hasil perkongsian pintar (smart partnership) dengan rakan-rakan guru pakar dari pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Diharap dapat diambil manfaat bersama.
Tingkatan 4
Bab 1: Tamadun Mesir/Indus/Hwang Ho
Bab 2: Sistem pentadbiran demokrasi/republik - kaitan dengan Malaysia
Bab 3: Agraria/Maritim/Pengaruh Hindu-Buddha
Bab 5: Konsep perang dalam Islam/Perjanjian Hudaibiyah/Fathul Makkah
Bab 6: Kerajaan Umaiyah/Abbasiyah/Turki Uthmaniyah
Bab 7: Teori-teori dan cara kedatangan Islam di A.Tenggara
Bab 8: Kesan Islam terhadap sistem pentadbiran/ ekonomi dan perdagangan/percukaian
Bab 9: Zaman Gelap/Renaissance/Reformation/Revolusi Pertanian/Revolusi Perindustrian
Bab 10: Pembentukan masyarakat majmuk
Tingkatan 5
Bab 1: Nasionalisme Tahap Pertama/Sistem birokrasi barat
Bab 2: Penentangan pemimpin tempatan/faktor-faktor pemangkin/peranan akhbar, majalah/gerakan Islah/pendudukan Jepun
Bab3: Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka/ Undang-undang Tubuh Negeri/Demokrasi di N9
Bab 5: Pakatan murni/Perikatan/perjanjian PTM
Bab 6: Faktor-faktor pembentukan Malaysia/Perjanjian Malaysia
Bab 7: Perlembagaan (gubal, pinda, ketertinggian)/ lambang-lambang negara
Bab 8: Dasar pendidikan kebangsaan/Akta bahasa/Wawasan 2020
Bab 9: Faktor-faktor dan penggubalan dasar luar/PBB/ASEAN dll
Selamat terus berjuang buat semua. Semoga pertolongan Allah buat hamba-hambaNya yang sentiasa bertawakkal dan berserah kepadaNya. Amin
GuRu SeJaRaH '07
asslkm ust.saya ingin menanyakan sesuatu pasal kerajaan agraria.guru sejarah saya menyuruh saya membuat pembentangan pasal kerajaan agraria........masalahnya saya tak pandai membuat karangan lagi lagi pembentangan dalam bahasa melayu.kerana saya biasa dgn bahasa inggeris.bolehkah ust memberi nasihat atau dimanakah boleh saya cari maklumat pasal pembentangan??
ReplyDelete