Thursday, 14 February 2008

Coretan Seorang Guru Sejarah: Siri 1

Salam Sejarah buat semua insan di luar sana yang pernah mengenaliku, yg pernah aku sentuh jiwa dan ruhnya dengan ilmu sejarahku yg tidak seberapa ini dan mereka yg pernah jiwaku disentuh dek ketekunan dan iltizam tinggi dalam menuntut ilmu ini yg bagiku, "berbahagialah mereka2 yang dalam dalam sanubari dan minda sedarnya tertancap kukuh ilmu sejarah ini di dunia dan di akhirat. InsyaAllah".

Aku mengenali Sejarah sejak di sekolah menengah, dan aku dipopularkan dalam kalangan rakanku juga kerana ilmu ini. Mereka acapkali, mungkin gurauan bagiku..memanggilku dengan pelbagai gelaran spt 'kitab sejarah', 'hero sejarah', 'ensiklopedia hidup' dan mcm2 lagi yang tak mungkin aku dapat nyatakan semuanya dalam laman ini. Aku hanya redho dan bersyukur dgn apa yg dianugerahkan Allah Swt kpd diriku, asal bukan aku yg 'syok sendiri ' atau 'perasan' atas apa yg digelar rakan2ku kpdku. (salam kasih buat sahabat2 lamaku di SMKA Sheikh Hj Othman, Kuching (1989-90), SMKA Simpang Lima, Sabak Bernam (1990-91) dan SMA Persekutuan Kajang (1992-94)

Menginjak ke alam kemahasiswaan, aku telah memilih kursus Sains Politik pada awal semester. Merasakan ada 'something' dalam wawasanku terhadap politik negara yg aku cintai ini. Namun, bila masuk ke semester ketiga, jiwaku meruntun dipanggil utk cenderung memperhambakan diri dalam kursus Sejarah dan Tamadun. Ia semakin terdorong kuat bila aku dipertemukan dengan 'sang pendeta2' sejarah ummat di kampus UIAM-ku. Di antara mereka yg aku sangat hargai ilmu dan kewarakan mereka, Dr Abd Ghani Yaakob, SHeikh Dr Mohsen Salleh, Dr Ataullah Boghdan Kopanski, Dr Abdullail Ahsan, dan ramai lagi (Ya Allah! rahmatilah guru2ku. Amin)

Antara kata-kata keramat guruku, Sheikh Dr Mohsen Saleh yg masih terngiang-ngiang di cuping telingaku sehingga kini:"Wahai saudaraku Ishar, sejarah dan peradaban ummat hari ini adalah sesuatu yang bersifat 'mati', kewajipan andalah untuk 'meghidupkannya' kembali dan dek krn kealpaan dan kerakusan golongan opurtunis dan orentalis menyeleweng banyak fakta2 dlm sejarah ummat ini, maka tanggungjawab andalah untuk kembali memurnikannya semula".

...................bersambung........................









No comments:

Post a Comment