"..Salam Ukhuwwah fillah. Selamat datang ke gerbang Salam Sejarah2u. Anda adalah dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan pandangan demi memartabatkan kegemilangan Ummah untuk generasi masa hadapan.." - Isharuddin Ismail - "Ingat Sejarah..., Ingat SEJARAH2U". :-)
Tuesday, 30 December 2008
Watak Kucing dalam Kehidupan Masyarakat Mesir Purba
Agama dan kepercayaan sangat sebati dengan kehidupan orang Mesir purba. Mereka mempercayai bahawa seluruh alam dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau matinya sesuatu kehidupan di alam semesta.
Dewa-dewi dianggap mendatangkan kebahagiaan kepada orang Mesir purba. Oleh sebab itulah mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing.
Orang Mesir purba telah menubuhkan satu kumpulan agama yang bertuhankan kucing yang dikenali sebagai Bast.
Kepentingan watak seekor kucing dalam kehidupan orang Mesir purba dijelaskan oleh Herodotus, seorang sejarawan Greek. Beliau menyatakan bahawa apabila kucing peliharaan mereka mati, mereka sekeluarga akan berkabung dan mencukur bulu kening bagi menandakan kesedihan mereka.
Komentar: Kucing juga merupakan binatang kesayangan Rasulullah Saw. Kasih Rasulullah Saw kepada kucing menyebabkan para sahabat juga menyayangi kucing sehingga seorang sahabat besar Nabi Muhammad Saw terkenal dengan jolokan Abu Hurairah yang bermaksud 'bapa kucing'.
SALAM.
ReplyDeleteWAAH!!SUNGGUH MENARIK!!
USTAZ,ANA AKAN TERUS MEMBACA BLOG INI!! SYUKRAN ATAS MUTIARA-MUTIARA ILMU!!
LINK BLOG SEBENAR DI WORDPRESS :
http://recordeddays.wordpress.com/
SALAM SEJARAH!!
salam ziarah..
ReplyDeletenih fattah adik kepade nurazah fathirah..atas nih..
sajer ana komen..
lawak lah kucing tuh..pakai tembikai..hehe..
kalau ade mase lawat lah blog ana..
salam.. :0:P:]:):O;}
Salam Nurazah.
ReplyDeleteJazakallah di atas kunjungan ke blog ust ni.
Alhamdulillah, semua mutiara ilmu tersebut adalah untuk perkongsian bersama. Semoga dapat diambil manfaat darinya yer. :p
Salam perkenalan Fattah.
ReplyDeleteDiharap ziarah ini bukanlah kunjungan yang pertama dan terakhir yer.:p
Semoga kalian diberkati Allah swt sentiasa hendaknya.
Salam Sejarah!