Saturday, 14 February 2009

Rakyat & Keluhuran Perlembagaan

" Rakyat pada hari ini bukan saja berpendidikan, malah telah celik perlembagaan. Maka pemerintah, raja atau penguasa seharusnya menangani sesuatu keputusan berdasarkan kepada konteks rakyat bukannya kehendak sesuka hati yang dipanggil sebagai kuasa mutlak itu."

"Zaman sekarang bukan lagi macam zaman Hang Tuah yang mana rakyat tidak faham dan tahu batas dan hak mereka sebagai rakyat dan hak serta kuasa yang ada pada pihak istana. Apabila rakyat sudah tahu dan membuat penilaian berhubung keputusan yang dibuat lebih cenderung kepada kuasa mutlak dan bukan berdasarkan konteks rakyat, maka rakyat sudah berani untuk bersuara."

" Dalam konteks ibu bapa pun sekiranya kedua mereka menyuruh kita melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah, maka wajib kita tidak patuhi. Apakah ini wajar dianggap derhaka?".

"Apabila rakyat merasakan bahawa undang-undang dipermain dan diperkotak-katik dengan sewenang-wenangnya, rakyat mahu undang-undang tersebut dikembalikan haknya. Apakah bila rakyat mahukan hak tersebut maka ia dianggap sebagai menderhaka?".

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari,
Pakar Perlembagaan Malaysia dan
Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Sumber: Suara Keadilan, Bil 168

No comments:

Post a Comment