Sunday, 1 March 2009

Alia Sabur Cipta SEJARAH Profesor Termuda di Dunia

ALIA Sabur mencatatkan rekod dunia dalam 'Guinnes Book of World Records' apabila menjadi profesor paling muda dengan memegang jawatan berkenaan pada usia 18 tahun 362 hari (Alia lahir pada 22 Februari 1989).

Kedudukan itu membolehkan dia mencipta rekod baru selepas mengatasi ahli matematik Scotland, Colin Maclaurin yang juga pelajar Sir Isaac Newton dengan memegang jawatan berkenaan ketika berusia 19 tahun tujuh bulan iaitu pada tahun 1717.

Alia yang dibesarkan di New York adalah anak pasangan Julie Sabur (kelahiran Iran) dan Mark kini bertugas sebagai profesor sepenuh masa di samping menjalani penyelidikan pembangunan teknologi nano dalam sektor perubatan di Konkuk University di Seoul, Korea Selatan.

Selain mendapat tali pinggang hitam dalam taekwondo seawal usia 9 tahun, Alia juga merupakan calon termuda yang pernah menerima beberapa sijil dan anugerah kehormat daripada Jabatan Pertahanan AS, NASA, GAANN, dan NSF.

Berkongsi pengalaman menjadi ibu kepada anak pintar ini, Julie berkata, kecerdikan anak perempuannya diketahui ketika berusia lapan bulan kerana pada usia berkenaan Alia sudah boleh bertutur dan membaca.

Katanya, dia percaya anak yang baru lahir hingga berusia enam tahun adalah tahap sangat penting dalam perkembangan seseorang anak. Rajinlah membaca kepada anak anda dan galakkan mereka menerokai alam bacaan.

“Luangkan masa untuk menjawab soalannya. Jangan kata, Mak sibuk, Mak tak ada masa. Kalau tidak mengetahui jawapan kepada soalannya, kata padanya, marilah kita ke perpustakaan untuk mencari jawapannya,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Julie berkata, kepintaran luar biasa yang dimiliki Alia menyebabkan anaknya dikecualikan daripada mengikuti pengajian di peringkat asas selama lapan tahun dan seterusnya ditawarkan ke kolej.

Kecerdikan Alia katanya, semakin terserlah apabila dia mampu menyelesaikan permasalahan matematik pada tahap tinggi dan ditawarkan mengikuti program ijazah sarjana muda dalam bidang Matematik di Stony Brook University, New York pada usia 10 tahun.

“Selain mempunyai kepintaran luar biasa, Alia juga mempunyai kemahiran bermain alat muzik klarinet dan pada usia 10 tahun, anak kecil ini dengan pemain piano terkemuka Ling Lang menjayakan Mozart’s Clarinet Concerto,” katanya.

Menjadi ibu kepada anak cerdik, Julie berkata, dia memberi kebebasan seimbang kepada anaknya sepanjang tempoh kanak-kanak dan remaja kerana baginya, masa yang berharga ketika itu perlu digunakan sepenuhnya dengan bermain dengan rakan sebaya.

Jika dibiarkan Alia terus belajar beliau berkata, dikhuatiri jiwanya akan memberontak dan mengambil keputusan di luar dugaan hingga membinasakan karier dan masa depannya.

Sebelum ini, katanya, dia mengambil pengajaran daripada banyak peristiwa membabitkan anak pintar yang mengalami tekanan perasaan serius disebabkan desakan ibu bapa mahukan mereka memberikan terbaik.

“Tekanan itu menyebabkan mereka mengambil keputusan drastik hingga meragut nyawa dan keadaan ini menyebabkan berlaku pembaziran kerana kepintaran yang ada boleh dieksploitasi dalam membantu memajukan ummah. "

“Walaupun sibuk mengendalikan kajian, Alia kini berkongsi maklumat dan kepakarannya kepada umum di peringkat global dengan menjayakan beberapa siri ceramah antaranya syarahan bertajuk Belajar Secara Berkesan Dalam Memaksimumkan Sesuatu Potensi di Kuala Lumpur, baru-baru ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

5 comments:

  1. salam ustaz. sayangnya tak dapat pergi.. ada dengar cerita alia sabur ini orangnya sangat malu dan susah nak bertutur di khalayak ramai... yeke?

    alia sabur ni agamanya apa ye ustaz? Lebih istimewa jika dia dapat hafal al-quran dahulu..

    apapun, kehidupan dia sama sahaja seperti kita. belajar pada waktu yang sesuai dan bersosial seperti kita juga.. cuma yang istimewanya, otaknya diasah pada usia otak manusia aktif [iaitu bayi yang baru lahir sehinggalah 13 tahun] dan beliau juga banyak didedahkan dengan bahan bacaan. belajar kerana minat!

    moga menjadi ibrah buat saya yang beza setahun sahaja dengannya~
    salam :)

    ReplyDelete
  2. ksian..kecik2 dh jd profesor..kecik2 dh tgk buku tebal2..kecik dh kne tulis byk2..ana simpati dgn org mcmni..sbb tu la dia malu nk ckp dpn org ramai..

    tak termotivasi langsung nk jd mcm dia..ksian..ksian..

    ReplyDelete
  3. Salam Sejarah buat Nurazah Fathirah :)

    Beza umur tidak menjadi persoalan, yang penting kematangan berfikir dan bertindak kan.

    Tak pasti apa kepercayaan yang dipegangnya ketika ini..harapnya aqidah kpd Allah yang Esa.

    Susah juga nak kata dia ni pemalu kerana sekarang bertugas sebagai pensyarah berstatus profesor universiti di Korea. Mungkin lebih sesuai jika dikatakan Alia ni seorang yang pemalu bertempat, sesuai dengan keadaan dirinya sebagai perempuan.

    Imam Malik R.a bila ditanya bagaimana ia ditarbiyah oleh ibu bapanya sehingga menjadi ulama besar lagi disegani..jawapannya, sejak sebelum ibu bapanya berkahwin lagi iaitu banyak melakukan amal soleh sehinggalah mendirikn rumahtangga..natijahnya, lahirlah anak yang soleh @ solehah.

    Moga sama-samalah kita mengambil iktibar demi kebaikan bersama dengan izin Allah Swt.

    Allahu 'alam

    ReplyDelete
  4. Salam mas syarep.
    Semoga enta ceria-ceria selalu :)

    Seronok baca 'komen ksian' enta tentang taqdia Alia Sabur tu. Ada betul juga kata-kata enta tu..ksian,ksian.

    Tapi kan mas, jika kita lihat kepada sejarah pendidikan ulama' dan susuk2 hebat para cendekiawan Islam dahulu spt Imam Syafie, Iman Nawawi, Imam Ahmad, Ibnu Sina, dan ramai lagi... sejak usia mereka semuda 9-10 tahun telah khatam menghafaz al-qur'an dan hadis Rasulullah Saw, telah mula mengarang kitab2 hebat, telah mula menyampaikan kuliah ilmu untuk pedoman ummat, telah membaca tersangat banyak kitab2 tebal, telah bereksperimen dgn 1001 penemuan2 baru, malah menjadi kelaziman untuk pakar lebih daripada satu cabang dan disiplin ilmu.

    p/s: Ust lebih kesiankan kepada diri ini yang sangat dhoif dalam menguasai ilmu Allah yang maha luas dan maha hebat....meski sekelumit cuma.

    ReplyDelete
  5. Imam Syafie mendidik anaknya 20 tahun sebelum anaknya dilahirkan

    Syukran ustaz :)

    ReplyDelete