Thursday, 19 March 2009

Makam Laksamana Bentan

Batu Asas Pengenalan Makam

Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di Daerah Kota Tinggi.

Perjalanan ke Makam ini hanya sejauh dua km dari bandar Kota Tinggi. Dipercayai di sinilah telah disemadikan Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan Melayu terbilang dan isterinya Dang Anum.

Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima angkatan laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat.

Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Dang Anum yang sedang mengandung telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja.

Makam Laksamana Bentan dan Isterinya Dang Anum

Namun demikian, Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama dan melafazkan sumpah bahawa "Orang-orang Bentan akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi selama tujuh keturunan". Peristiwa ini terkenal dengan 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'.

Susunan batu bata bersaiz besar yang digunakan untuk membina tembok makam ini dipercayai adalah sebuah kota pertahanan pada zaman kesultanan melayu silam. Kedudukan di atas tebing tinggi Sungai Johor ini sangat sesuai digunakan sebagai tempat beristirehat dan meninjau kedatangan musuh.

Sumber: Jabatan Muzium Kota Tinggi

49 comments:

  1. Syukran,info yang bermakna :)
    baru tahu mengapa sultan dibunuh
    dan mengapa laksamana membunuh sultan..tapi sumbernya dari mana?

    ReplyDelete
  2. Sumber rasmi belum lagi ust kenal pasti, tapi bukti makam dan sumber lisan turun temurun masih boleh diperolehi hingga sekarang.

    Lazimnya, sumber penceritaan begini datang dari hikayat2 lama kerajaan negeri terbabit, misalnya maklumat ini dipetik menerusi sumber Muzium Kota Tinggi. Utk lebih lanjut, enta boleh ke sana untuk mengesahkan sumbernya.

    ReplyDelete
  3. mmg kene sumpah 7 keturunan ek?
    kalo dihitung hingga skrg agak2 da keturunan ke brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke 11..sy dr keturunan megat seri rama yg ke 11

      Delete
    2. Atok saya keturunan ke 8 laksman bentan,saya ke 11

      Delete
  4. ni keturunan ku....but ak dah lepas 7 keturunan...sekarang ayah x lagi muntah darah...dulu ye....huhuhh

    ReplyDelete
  5. ini keturunan ku...but ak dah lepas 7 keturunan....that way ayah ku x muntah darah....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    perlu di tambahkan..bahwa laksemane Bentan juga mengeluarkan sumpah..bahwa jika air dari Bintan di minum oleh orang kote tinggi akan sakit perut dan terus meninggal...ini yg selalu di ceritekan oleh orang tue di Bentan..

    walaikum salam wr.wb.

    budak Bentan..

    ReplyDelete
  7. habisla saya la keturunan ketujuh

    ReplyDelete
  8. jadi saya la keturunan ke tujuh iaitu keturunan laksmana bentan

    ReplyDelete
  9. Also same goes to me.. But sye da lepas keturunan 7 tu.. Tah ke brape tak twu la.. Hihi.. Hye keturunan sume.. :)

    ReplyDelete
  10. ada org tua yg bgtau semasa keadaan masa tu laksamana bentan mengamuk selama 70 hari/malam smpi titian darah terakhir. hnya bbrp ratus tahun kemudian br org jumpa mayat laksamana bentan dgn sultan mahmud yg tak reput dan berkeadaan baik manakala rakyat jelata tinggal tulang di sungai telor, kota tinggi. x ramai yg berani ke sg telor, kota tinggi. atas titah sultan johor masa tu, kedua2nya hendaklah dibawa pulang dr sg telor, dan disemadikan di makam yg sama. memandangkan kedua2nya tidak bersekutu di masa hidup, makam laksamana bentan berpindah sendiri ke tempat sekarang. banjir yg paling teruk pada tahun 1968, sehinggakan balai polis sebelah sungai kota tinggi tu nmpk bucu bumbung, ttp makam laksamana bentan ttp tidak akan tenggelam.

    ReplyDelete
  11. hye keturunan2 sekalian , i am one of you . why not kita buat gathering untuk semua keturunan laksamana bentan ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact saye 0187699881 wan....sy sdang mncari salasilah LB...sy yg ke-8....yg ke-7 jatuh pd bpak sy sndri...sbb bpak sy pergi ke makam sultan mahmud beliau muntah darah

      Delete
    2. semua mention sbg keturunan....dalam seramai ramai keturunan ..akan ada seorang shj sebagai pewaris...persoalannya skrg LB ada berapa pewaris dro keturunan itu.....

      Delete
    3. Kalaulah betul isterinya dan anak yang dikandung mati dalam perustiwa belah perut. Laksamana bentan juga mati muntah darah selepas disumpah Sultah Mahmud abis dari mana datang keturunan Panglima Bentan

      Delete
    4. Pernah dpt mimpi , ada org ckp sesiapa nk jumpa laksamana bentan pergi skrg kt tmpt tu, sbb tu cari kisahnya di sini , tiba2 je dpt mimpi ni , padahal first time dgr nama laksamana ni , , ape pun mimpi hanya lah mimpi walaupun pelik sikit mimpi ni

      Delete
  12. ramai rupanya keturunan aku...hehehe...aku kira keturunan ke8 la....tapi mak aku tak bagi aku pergi...sebab aku anak laki sorang...mak aku anak pertama...jadi mak aku cakap aku masih boleh terkena sumpahan 2...kalau korang semua nak tahu...PM kita 2 sedara jauh kita...dia ada kena mengena dengan kita,...tapi kita semua pown silap2 dah sedara jauh....PM kita najib 2 sedara jauh dah...

    ReplyDelete
  13. keturunan ku...susur galur dari Arwah Nenek dari keturunan Laksamana bentan & Sultan Jambi...saye generasi ke9...kami kg N9...Belah Arwah Atok Susur galur keturunan Anak Raja lari dari Istana Klang...keturunan kami di pggil org Laut...sebab dulu moyang kami dtg malaya,meniti atas air dari seberang...

    ReplyDelete
  14. keturunan ku...susur galur dari Arwah Nenek dari keturunan Laksamana bentan & Sultan Jambi...saye generasi ke9...kami kg N9...Belah Arwah Atok Susur galur keturunan Anak Raja lari dari Istana Klang...keturunan kami di pggil org Laut...sebab dulu moyang kami dtg malaya,meniti atas air dari seberang...

    ReplyDelete
  15. Rasanya Panglima Bentan dan Undang Rembau yg Pertama adalah org yg sama. Ini bermakna Megat Seri Rama telah lari balik ke kampungnya di Rembau dan kemudiannya diangkat menjadi Undang yg Pertama...datuk Undang Rembau yg Pertama juga bernama Batin Sekudai dan terdapat sekumpulan org di kota tinggi yg bercakap dgn loghat negeri sembilan...mungkin mereka2 yg mengikut Megat Seri Rama merantau ke kota tinggi dan terus menetap disana...

    ReplyDelete
  16. Rasanya Panglima Bentan dan Undang Rembau yg Pertama adalah org yg sama. Ini bermakna Megat Seri Rama telah lari balik ke kampungnya di Rembau dan kemudiannya diangkat menjadi Undang yg Pertama...datuk Undang Rembau yg Pertama juga bernama Batin Sekudai dan terdapat sekumpulan org di kota tinggi yg bercakap dgn loghat negeri sembilan...mungkin mereka2 yg mengikut Megat Seri Rama merantau ke kota tinggi dan terus menetap disana...

    ReplyDelete
  17. bagaimana dengan sejarah dengkis dan tepok

    ReplyDelete
  18. bagaimana dengan sejarah dengkis dan tepok

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. bagaimana dengan sejarah dengkis dan tepok

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum keturunan Megat Seri Rama,
    I am Puteri Tengah (waris ketujuh)
    ~MasihMencari~

    ReplyDelete
  22. Saya masih mencari info, maklumat dan foto mengenai Makam Laksamana Bentan yang dikatakan tidak tenggelam ketika Kota Tinggi tenggelam dalam banjir.


    - Penulis buku "Siput Yang Mengubah Sejarah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya orang Kg Kelantan Kota Tinggi. Diceritakan oleh nenek moyang saya bahawa perkara ini benar berlaku

      Delete
  23. Assalamualaikum...kepada keturunan laksamana bentan...hamba bertanya...adakah anak yg dikandungkn dang anum tu anak yg pertama???dan selepas peristiwa perut dang anum dibelah atas perintah sultan adakah anak itu masih hidup???maaf jika soalan hamba agak biadap...kerana hamba ingin tahu sejarah sahaja...

    ReplyDelete
  24. Walaupun dlm ic aku bermula dgn nama megat namun aku percaya yg aku berketurunan Ibrahim a.s. dn aku percaya aku berbangsa tamim dn aku jga percaya ALLAH swt saja yg berhak melakukan apa saja keatas diriku..ini ker ALLAH itulah TUHAN yg menciptaku dn kpdnya jualah aku akn dikembalikan
    SESUNGGUHNYA KAMI PERCAYA PADA ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbicara Kata bagaikan Sultan yg memerintah tidak diawasi oleh Raqib as dn Atid as..Menaiki takhta umpama tidak bersaksikan kitab AL QURAN pd pemikiran rakyat jelata..Malay Sultan yg memerintah dianggap tidak bertuhankan MAHA PENCIPTANYA ALLAH SWT...
      MAHA SUCI ALLAH TIDAK PERNAH MEMBEZAKAN HAMBANYA MALAH TIDAK PULA MEMBIARKAN FITNAH BERLAKU KEJAM TERHADAP MEREKA YG BR
      BERIMAN..
      SESUNGGUHNYA ALLAH TAHU APA YY TIDAK KITA KETAHUI DN KAMI PERCAYA PADA ALLAH.

      Delete
  25. assalamualaikom... macam mana nak sah kan keturunan megat sri rama ya..???

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. Keturunan megat sri rama mne ade...die mati bsame ibu die dlm perut...y ade skrg keturunan org2 bentan...

      Delete
  27. Asalamualaikum keturunan bentan. Mana lg yg lain.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum.
    Salam kenal, mak sy keturunan encek,menurut pak mok sy, kami ada hubungan dgn laksmana bentan.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum insyaallah saudara saudari ku..tak dpt nak sahihkan n tak tau mcmana nak sahehkan..cuma berlandaskan cerita nenek saya..kami dari keluarga bentan yg disumpah katanya...insyaallah kita dpt info n salasilah yg baik2...semoga tidak jadi unsur fitnah atau seumpamanya...

    ReplyDelete
  31. Smpai skrg aku tak jejak sana sbb dilarang..baraii ahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lh..mak kitorg x bg g kt makam sultan mahmud tu..dia x ckp reason. Tp mmg dia x bg kitorg g..hahaha

      Delete
  32. Aku tgh mencari lagi.yg aku tahu x boleh mkn pisang raja udang.sebelah mak bnyak yg x terungkai.adakah aku juga keturunan bentan.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Saya keturunan yang ke 7...anak saya boleh ke kota tinggi..saya tak boleh

    ReplyDelete
  35. Tuan keturuna megat seri rama bentan iya.kalau tua keturunan megat seri rama bentan.boleh lh saya mnta nmr wa tuan.

    ReplyDelete
  36. Hi saya nak cakap yang keluarga saya pon keturunan laksamana bentan hehe

    ReplyDelete