Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday, 29 June 2009

Antara Dua Cinta

PEMINAT bersedih dan berpelukan di luar rumah Holmby Hills yang disewa legenda muzik Michael Jackson selepas kematiannya di Los Angeles, Khamis lalu. Mereka meletakkan kalungan bunga serta kad ucapan sebagai tanda takziah dan memperingati pemergiannya. Sehingga hari ini, pengebumian 'Raja Pop' itu hanya akan dilakukan selepas keputusan bedah siasat kedua diperoleh. - Foto AFP

Pada minggu lepas, dunia digemparkan dengan kematian legenda muzik terkenal, raja pop dunia iaitu Michael Jackson. Kematiannya begitu sangat dirasai oleh para peminat-peminatnya. Mereka tidak menyangka Michael Jackson akan pergi menemui tuhannya dengan begitu pantas.

Kelibat raja pop tersebut dalam konsert-konsert dan album-albumnya begitu dirindui oleh para peminatnya yang tidak sahaja berada di Amerika Syarikat, malah seantero dunia turut menangis akan saat dan detik kematiaannya. Di mana-mana sahaja manusia yang mengenali dan menyelami istilah 'muzik' pasti tidak akan terlepas akan populariti penyanyi terkenal ini.

Mengenang begitu mendalamnya kecintaan jutaan peminat terhadap susuk tubuh yang bernama Michael Jackson ini, mengingatkan penulis akan kesedihan para sahabat semasa mendengar berita kawafatan baginda Rasulullah Saw. Anehnya, umat hari ini khususnya generasi muda Islam tidak lagi terhimbau serta menghayati betapa pemergian Rasulullah Saw wajar direnung dan diamati sewajar mungkin demi kerana CINTA dan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada baginda. Hakikatnya, hari ini kita lebih rela menangis kerana seorang artis atau pelakon pujaan kita berbanding menangis demi Rasulullah Saw yang merupakan kekasih Allah Swt.

Penulis masih ingat akan perihal kecintaan para sahabat yang mendalam terhadap Rasulullah Saw, dalam keadaan bingung dan kesedihan Saidina Umar bangun dengan pedang terhunus di tangan sambil berkata,"Akan ku penggal leher sesiapa yang berkata bahawa Rasulullah telah wafat. Baginda hanya pergi menemui Tuhannya sebagaimana Nabi Musa a.s pergi ke bukit Thur. Tidak lama lagi baginda akan pulang dan akan memotong kaki dan tangan mereka yang menyebarkan berita kewafatan baginda".

Berbanding Umar, Saidina Abu Bakar masih teguh mengawal diri daripada kesedihan dan kecintaan yang begitu mendalam terhadap Rasulullah Saw. Selepas mencium dahi Nabi Saw, kemudian beliau keluar rumah baginda dan mengarah Saidina Umar r.a duduk. Selepas itu beliau berkhutbah. Antara isi khutbah beliau ialah:

Sesiapa yang menyembah Muhammad hendaklah dia mengetahui bahawa baginda Saw telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah ketahuilah bahawa Allah maha hidup dan kekal selama-lamanya". Kemudian Saidina Abu Bakar r.a membaca ayat 144 daripada Surah Al-'Imran.

Tuntasnya, jika perlu diberi pilihan antara dua cinta, maka sewajarnyalah kecintaan kepada baginda Rasulullah Saw selaku kekasih Allah Swt perlu diutamakan berbanding yang selainnya.
Semoga kita beroleh syafaatnya pada hari perhimpunan segala manusia di mahkamah Allah Swt nanti. Ameen

1 comment:

mas syarep said...

slm..
ini pun msk sejarah?!!
mmg hebat btul MJ ni..hehe