Monday, 29 June 2009

Perundangan Islam dan Implementasinya


Dalam bahagian mukadimah bukunya, Syariat Islam, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi telah menyatakan:

" Pelaksanaan Syariat Islam tidak boleh dipisahkan dari segi akidah, tasawur, syiar, ibadat, pemikiran perasaan, akhlak, nilai, adab, kebudayaan, undang-undang dan perundangannya.

Ini kesemuanya adalah sendi-sendi masyarakat muslim. Perundangan Islam meskipun penting, ia adalah sebahagian daripada Islam.

Justeru itu, jangan anda sangka dengan hanya mengeluarkan undang-undang Islam, kita telah berjaya membangun masyarakat muslim yang dicita-citakan.

Undang-undang Islan sahaja tidak dapat membentuk umat tanpa ada perubahan pemikiran dan kejiwaan yang meletakkan umat pada taraf perundangannya yang tinggi itu.

Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-Qur'an bahawa Allah Swt tidak akan merubah nasib mana-mana kaum sehingga mereka itu sendirilah merubah apa yang ada dalam diri mereka ".

Komentar: Kenyataan di atas menunjukkan bahawa kejayaan perundangan Islam pada pemikiran al-Qardawi ialah apabila dapat dipersiapkan individu muslim yang beriman dengan keadilan perundangan secara rela dan patuh. Ia juga perlu taat kepada hakim muslim yang beriman dengan kekudusan perundangan dan tidak bermain-main dengan nasNya, kerana tamakkan harta atau menurut hawa nafsu semata. Menurut al-Qardawi lagi, undang-undang Islam mestilah dilaksanakan oleh pelaksana muslim yang telah mantap sebati roh Islamnya serta berusaha memelihara pelaksanaan prinsip teras undang-undang itu tanpa pilih kasih atau bersikap zalim antara manusia.

No comments:

Post a Comment