Wednesday, 10 June 2009

PPSMI wajib dimansuh!

KUALA LUMPUR 10 Jun - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) wajib dimansuhkan mengikut Islam kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada anak bangsa.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsuddin berkata, lebih 800 ulama di negara ini bersetuju bahawa dasar itu wajib dihapuskan secepat mungkin berdasarkan nas-nas naqli serta dalil-dalil agama.

Jelasnya, kanak-kanak golongan miskin yang berada di luar bandar kebanyakannya tidak mampu menguasai bahasa Inggeris bagi memahami ilmu sains dan matematik.

"Itu jelas satu bentuk kemudaratan. Berdasarkan nas-nas naqli, dinyatakan bahawa sesuatu yang mudarat dan boleh membawa kemudaratan adalah wajib dihapuskan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengetuai penyerahan memorandum 'Muafakat Ulama Mansuhkan PPSMI' kepada Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini.


Memorandum setebal lima muka surat itu mengandungi 11 tuntutan yang didakwa diperakui lebih 40 persatuan ulama dan disokong oleh beberapa persatuan lain.

Turut menyertai rombongan itu adalah Presiden Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid serta Timbalan Pengerusi Gerakan Memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP), Prof, Shaharir Mohamad Zain.

Antara tuntutan yang terkandung dalam memorandum itu adalah:

1) Menolak pelaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan negara.

2) Mendesak agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan negara termasuk menggalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara.

3) Menegaskan kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdalih dengan alasan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadikan asas bagi meneruskan atau memberhentikan pelaksanaan PPSMI.

Sumber: Utusan Malaysia Online

12 comments:

  1. Menyokong !! Salam ziarah ustaz.

    ReplyDelete
  2. Jika kita melihat kembali kepada sejarah ketamadun Islam....ISLAM telah mencapai kemajuan yg hebat kerana rakyatnya belajar dalam bahasa ibunda.....pemrintah pada masa tersebut telah membina Baitul Hikmah...iaitu pusat terjemahan negara untuk menterjemahkan semua karya asing ke dalam bahasa arab untuk memudahkan rakyatnya belajar....kita patut mencontohi...pemimpin seperti harun al-rasyid...yg telah berusaha untuk membina sebuah pusat terjemahan....sepatutnya pemimpin kita juga berfikiran demekian tubuhkan sebuah institusi bertaraf kementerian yag boleh menterjemahkan semua karya asing ke dalam bahasa melayu....untuk memertabatkan lagi bahasa melayu sebagai bahasa ilmu yang penting....jika tidak kita yang memperkasakan bahasa melayu....Siapa lagi yang Boleh Kota harapkan.....

    ReplyDelete
  3. Salam Izz-Al-Din. Smg enta dirahmati Allah Swt. Terima kasih kerana sudi bertandang ke weblog ust ni. ilal liqa' :)

    ReplyDelete
  4. Salam ukhuwwah Cikgu Zamri. Apa khabar? n terima kasih krn sudi bertandang ke weblog Sejarah2u ni.

    Alhamdulillah, telah banyak iktibar dan pengajaran yg dapat kita rakam dan kutip dari kegemilangan sejarah ummat terdahulu. Tiada siapa yang dapat menafikan hal tersebut.

    Rasa teramat sedih dan pilu juga bila kewujudan DBP dan institut Terjemahan Negara seperti 'hidup segan mati tak lalu' serta menyumbang seperti diibaratkan 'melepaskan batuk di tangga sahaja'.

    Saya menyokong gagasan cikgu bahawa semua taklif ini tertanggung di atas pundak kita demi generasi masa depan yang diharap membetulkan kesilapan dari sikap kealpaan mereka2 yang rakus memadam kehebatan dan keagungan bahasa ibundanya sendiri.

    Allahu a'lam

    ReplyDelete
  5. saya rasa kita patut kekalkan penggunaan bahasa inggeris dalam kedua-dua subject tersebut.macam mana anak muda kita nak maju kalau kita tetap dengan mentality kampung kita.Bahasa Inggeris adalah merupakan international language yang digunapakai di serata dunia.kalau kita tak didik mereka dari muda lagi agak mustahil untuk mereka menguasai bahasa tersebut bila dah dewasa.dan andai kata anak muda kita mendapat peluang meneruskan pengajian diluar negara, macam mana mereka nak berkomunikasi dengan orang dari negara lain.kita cuma pentingkan diri kita sendiri danfikir apa yang betul bagi kita tetapi tidak fikir apa kesan pada anak2 muda kita satu hari nanti.dan juga jikalau penggunaan bahasa inggeris ini dikekalkan anak2 muda kita tidak akan ada pilihan lain dimana mereka terpaksa menguasai bahasa inggeris untuk memudahkan pembelajaran mereka didalam kedua-dua topik tersebut dimana secara tidak langsung mereka akan mahir didalam bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  6. Rasullullah juga pernah bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".. sampai bila kita harus bergantung dengan "penterjemah? dan malaysia x layak dibandingkan dgn kerajaan bani abbasiyyah..(renung²kan dan selamat beramal!~ :)

    ReplyDelete
  7. maaf, quote dr entry ustaz.. "Dalam aspek PPSMI ini juga hanya tertumpu khusus kpd pendidikan rendah dan menengah..tapi di peringkat universiti, di rumah, di pusat beli belah, hatta di mana jua pun kita bebas untuk memilih menggunakan samada b.melayu atau b. inggeris."
    dan bagi saya pun, PSSMI hanya utk subjek matematik dan sains.. bukan utk keseluruhan mata pelajaran. rasanya tidak lah sampai melenyapkan jatidiri kita sebagai seorang melayu. hanya utk mempertingkatkan ilmu dlm bahasa tersebut dan mempermudahkan membuat rujukan pd material berbahasa inggeris..

    ReplyDelete
  8. Hello En Siva.

    Bagus pandangan alternatif yang en siva keutarakan itu.

    Sebetulnya kita tidak langsung menafikan akan kepentingan dan 'maha globalnya' bahasa Inggeris ini.

    Isu bahasa inggeris dlm pembelajaran matematik dan sains ni baru dilaksanakan dalam 6 tahun yang lepas. Jika kita renung dan amati, dalam tempoh sebelum itu, tidak berkurang pelajar kita yg melanjutkan pelajaran ke luar negara dlm bidang berkaitan sains dan matematik bahkan semakin bertambah pada setiap tahun. Ditambah, acapkali pelajar2 kita muncul antara pelajar terbaik di sana meskipun semasa belajar dalam negara mereka hanya menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dan beberapa istilah wajib dlm b.inggeris.

    Sejak merdeka lagi, b.melayu digunakan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa jati diri bangsa Malaysia yang bersifat majmuk ini. Sejak merdeka juga, kita tak pernah utk cuba pinggirkan b.inggeris kerana kedua2nya adalah juga penting. Kita khuatir jati diri bangsa Malaysia akan lenyap sedikit demi sedikit jika kita terus mengenepikan bahasa melayu dalam kalangan masyarakat kita.

    Tambahan pula, bukanlah bermakna kita tolak ppsmi secara membuta tuli.. bukanlah pula kita langsung tidak ada akses untuk menguasai b.inggeris. Misalnya, kerajaan meliberalisasikan komunikasi global untuk kita akses mana2 capaian b.inggeris yang kita mahu. Dlm erti kata lain, kita konsisten mengekalkan tradisi 'lingua franca' menerusi b.melayu, dlm masa yang sama kita menggalakkan rakyat perkasakan b. inggeris menerusi akses2 kontemporari lagi canggih dan terkini yang sedia ada pada hari ini.

    Berbicara tentang 'mentaliti kampung' dan kekhuatiran terjejasnya aspek komunikasi dgn masyarakat global..persoalannya, adakah masyarakat jepun, korea, China yg jauh lebih maju teknologinya daripada kita dgn hanya mengutamakan bahasa ibunda mereka boleh kita anggap mereka dgn 'mentaliti kampung'?. Adakah mereka 'gagal' berinteraksi dgn masyarakat luar dek mrk taksub dgn bahasa ibunda yg menjadi teras dlm pengukuhan jati diri mereka sendiri? Lebih menakjubkan, mereka2yang bergelar 'negara2 maju' berlumba-lumba mempelajari bahasa Jepun, korea, china demi mengetahui 'rahsia kejayaan' negara-negara ini.

    Tun Dr Mahathir sendiri pada awal pentadbirannya telah menggalakkan 'dasar pandang ke timur' semata2 krn kekaguman Tun melihat mereka (jepun, korea, taiwan) maju dgn hanya menggunakan 'acuan' mereka sendiri. Bahkan tak keterlaluan dinyatakan sekian ramai calon pemenang hadiah Nobel 2009 dari Jepun berkaitan kecemerlangan mereka dalam sains dan teknologi tidak langsung tahu berbahasa inggeris, hingga memerlukan 'penterjemah' untuk menterjemahkan kpd orang lain hasil kajian mereka. Mungkin itulah rahsia besar kejayaan mereka..hasil asli dari 'acuan' mereka sendiri.

    Dalam kes berbeza, cuba kita perhatikan beberapa negara yang 'hardcore' menggunakan b.inggeris dlm pembelajaran mereka seperti di India dan Filipina. Hakikatnya, b.inggeris tidak membantu menjadikan kedua negara tersebut terkecuali memiliki begitu ramai rakyat termiskin dan melarat.

    Dalam aspek ppsmi ini juga hanya tertumpu khusus kpd pendidikan rendah dan menengah..tapi di peringkat universiti, di rumah, di pusat beli belah, hatta di mana jua pun kita bebas untuk memilih menggunakan samada b.melayu atau b. inggeris.

    Maka, sewajarnyalah kita tidak terlalu berpolemik dan emosional dlm mempertahankan hanya hujah kita shj yng betul, orang lain semua tak betul. Bukankah bahasa itu merupakan jiwa kepada bangsa?

    Salam Bahasa Melayu :)

    ReplyDelete
  9. Salam azilawati.
    Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog usang ini dan sudi berkongsi secara ilmiah dalam hal ppsmi ini. terima kasih

    Jika apa yang azilawati maksudkan implementasi dalam dua subjek sahaja, bukan semua m/pelajaran untuk para pelajar di Petaling Jaya dan Damansara. Saya setuju tidak menjadi masalah...

    Tapi jika dua subjek itu difokuskan kpd pelajar2 kita di hulu pedalaman Pahang, Terengganu dan Kelantan itu boleh kita persoalkan..dgn bahan material b.inggeris yang sangat kurang dan terhad.

    Seperkara lagi, saya tidak menyatakan frasa 'melenyapkan jati diri kita sebagai orang Melayu'..tetapi saya mengungkapkan 'melenyapkan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia'.

    Nak pertingkatkan ilmu, kita tidak perlulah hanya fokus kpd b.inggeris sahaja kerana banyak lagi bahasa dunia global kini yang perlu kita kuasai seperti b. arab dan b. mandarin. Bahkan dalam Islam pun, umat digalakkan belajar banyak bahasa demi kemaslahatan ummah.

    ReplyDelete
  10. en. mujahid, duduk dikampung bukanlah satu kekangan utk berjaya seperti org di bandar. bahkan lebih ramai org kampung yg lebih berjaya. semua bertitik tolak pada kesungguhan..

    memang betul kata ustaz, PSSMI ini bukanlah satu² cara utk memperbaiki penguasaan bahasa inggeris dikalangan murid, tetapi, kanak² ini (saya refer zaman saya kanak² dahulu) jika tidak ada sesuatu yg memaksa, kanak² jadi lebih leka.. jadi saya berpendapat, PSSMI ini seperti satu pencetus semangat kanak² utk serius belajar bahasa inggeris.. supaya mereka lebih sedia berhadapan situasi yg lebih mencabar diperingkat tinggi, universiti dan seterusnya ke alam pekerjaan..

    tambahan lagi, bahasa inggeris juga boleh menyumbang kepada "kemaslahatan ummah" kerana ia adalah bahasa komunikasi seluruh dunia.. jadi ia lebih mudah berbanding perlu menguasai bahasa mandarin, arab dll... namun jika mampu menguasai kesemua bahasa adalah lebih baik...


    wallahualam...

    ReplyDelete
  11. Puan/Cik Azilawati,

    Dalam posting terdahulu, saya 'tidak langsung' menafikan b. inggeris dan peranan yang dimainkannya. Bahkan saya cadangkan lagi untuk perkasakannya melalui pelbagai akses yang ada.

    Sila baca pernyataan saya di bawah:

    "Tambahan pula, bukanlah bermakna kita tolak ppsmi secara membuta tuli.. bukanlah pula kita langsung tidak ada akses untuk menguasai b.inggeris. Misalnya, kerajaan meliberalisasikan komunikasi global untuk kita akses mana2 capaian b.inggeris yang kita mahu. Dlm erti kata lain, kita konsisten mengekalkan tradisi 'lingua franca' menerusi b.melayu, dlm masa yang sama kita menggalakkan rakyat perkasakan b. inggeris menerusi akses2 kontemporari lagi canggih dan terkini yang sedia ada pada hari ini".

    Secara jujur, saya tidak ada masalah dgn isi-isi yang azilawati keutarakan, bahkan saya menghormati pandangan dan prinsip azilawati.

    Perbincangan ppsmi dari sudut pentafsiran dan penyampaian maksud dalam isu ini saya kira bergantung juga kpd pengalaman peribadi dan kehidupan individu dan komuniti masyarakat, kemampuan menyeluruh pelaksanaan, situasi & realiti semasa dunia pendidikan di Malaysia dewasa ini.

    Terima kasih atas perkongsian idea azilawati dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  12. salam mujahid islah...
    sy bersetuju dan menghormati idea ini...
    cuma pd pendapat sy...adalah lebih baik jika melaksanakan penggunaan bahasa inggeris ini di peringkat yg lbh awl...mksdnyer dr peringkat awal persekolahan....tadika @ darjah 1...
    mgkin pelajar2 ini tidak akn rs terbeban kerana mereka sudah didedahkan dgn kedua-dua bahasa; b.melayu dan b.inggeris...
    sy pnh melalui transformasi yg seakan seperti ini sbg seorang pelajar, tp 'tanpa usaha...mana mgkin terbitnya kejayaan...'
    wassalam...

    ReplyDelete