Kejayaan merangkul gelaran johan oleh pasukan debat B.Melayu dan naib johan oleh pasukan debat B.Inggeris dirasakan cukup manis dan memberi reputasi cemerlang kepada institusi pendidikan seperti SMIAAG di peringkat tertinggi.
Kejayaan ini bertambah manis dan bermakna dengan penyertaan sekolah-sekolah terpilih daripada Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand.
Tahniah kepada pihak penganjur, para pendebat dan semua yang terlibat menjayakan pertandingan berstatus dunia ini. Semoga lebih banyak kejayaan bakal dikecapi oleh pasukan debat SMIAAG pada masa depan. InsyaAllah
Catatan: Teringat penulis ketika mula membentuk pasukan debat di bumi SMIAAG tercinta sekitar tahun 2005..penuh kesederhanaan tapi cekal dan berkobar semangat juang mencipta sejarah demi Al-AMin. Kejayaan hari ini dirasa cukup berbaloi dengan tekad dan pelaburan 'modal insan' yang dibina penuh kesabaran pada masa dahulu. Teruskan perjuangan kalian wahai generasi Al-AMin meski di mana pun kalian berada!
2 comments:
Salam tahniah kepada pencetus blog. Saudara/i telah dengan bijaksana menggunakan kemudahan serta teknologi terkini dalam penyampaian maklumat dan ilmu. Satu perkara yang wajar dicontohi oleh semua pendidik (saya mengandaikan saudara adalah seorang guru). Teruskan usaha murni anda.
Salam ukhuwwah buat Bingkisan Perantau.
Terima kasih di atas kesudian menziarahi weblog sejarah2u.Terima kasih juga di atas pujian tahniah untuk insan biasa lagi kerdil ini.
Tidak mengharapkan apa2 balasan, melainkan semua usaha ini ikhlas didedikasikan untuk menggerakkan 'hati naluri dan jiwa' ummat yang umumnya masih tidur lena dibuai dengan mimpi2 indah.
Moga Allah Swt menerima usaha dan 'amal yang tidak seberapanya ini. InsyaAlah
Post a Comment