Peperiksaan Percubaan SPM 2009


Salam kecemerlangan buat semua calon SPM SMIAAG yang bakal menduduki peperiksaan percubaan mulai 3 September ini. Sejarah2u akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua.

Kini sudah sampai masanya untuk kalian membuktikan segala usaha, masa dan wang ringgit yang dicurah selama ini bukanlah satu yang sengaja disia-siakan. Tetapi..akan ditebus dengan hasil yang gilang-gemilang hinggalah saat menghampiri SPM kelak.

Janganlah dihitung berapa banyak pengorbanan yang perlu anda dicurahkan, tetapi hitung dan tanyalah bahawa adakah itu pengorbanan dan usaha yang terbaik mampu diusahakan oleh anda atau sebaliknya.

Sementelah peperiksaan percubaan tahun ini akan berlangsung dalam bulan Ramadan al-Mubarak, maka banyakkanlah berdoa, bermunajat, memohon ampun dan bertawakkal kepada Allah Swt, kerana hanya DIA-lah sahaja sebaik-baik penolong di kala susah mahupun senang. Mohonlah juga restu dan kemaafan daripada ibu bapa dan para guru yang sanggup berkorban demi melihat kejayaan anda.

Akhiru kalam, sambutlah salam perjuangan..dan salam kecemerlangan buat anda semua daripada sejarah2u... :)

10 Ramadan 1393H/6 Oktober 1973M : Pembebasan Sinai & Serangan Ke Atas Israel

Selepas kekalahan Mesir dalam perang dengan Israel pada 1967 dan semenanjung Sinai dirampas oleh Israel, Anwar Sadat yang menggantikan Jamal Abdel Nasser dengan terang-terangan menyatakan pada 1972 bahawa Mesir komited untuk menyerang Israel dan telah bersedia untuk mengorbankan sejuta tentera Mesir.

Dalam temuramah dengan Newsweek pada 1973 sekali lagi Sadat mengancam Israel. Israel berasa terancam dan bersedia pada peringkat maksimum serta yakin jika serangan berlaku mereka akan dapat menangkisnya.

Perancangan dilakukan secara sulit dan Israel diserang secara mengejut oleh tentera Mesir. Peperangan itu berakhir dengan kejayaan Mesir merampas kembali semenanjung Sinai.

Ada sumber Barat menyatakan kemenangan ialah di pihak Israel kerana kekutan militari Israel yang lebih baik daripada Mesir dan sekutunya (Syria & Iraq).

Selain itu, peperangan itu juga dipanggil Perang Yom Kippur, Perang Ramadan atau Perang Oktober.

Memorable Date in U.S History (S2)

1513 : Juan Ponce de Leon explored Florida coast

1524 : Giovanni da Verazzano led French expedition along coast from north Carolina to Nova Scotia, entered New York habour.

1539 : Hernando de Soto landed in Florida May 29 and crossed Missisipi river in 1541. He and his conquistadores died in Texas.

1540 : Francisco Vasquez de Coronado explored Southwest north of Rion Grande. Hernando de Alarcon reached Colorado river. Don Garcia Lopez de Cardenasreached Grand Canyon. Other explored California. Coronado tried to reach a legendary rich Indian 'The Seven Cities of Cibola and 'Kingdom of Quivira'. But he found only the pueblos of Zuni in 'Nueva Espana' (New Spain) and wigwams of Wichita tribes in what is now Kansas. He was the first European who saw the American bison (buffalo) in the Plains.

Glosari Sejarah Empayar Uthmaniyah (S2)

[ Ahi ] : Leader of a semi religious fraternity of late Seljuk and early Ottoman times.

[Ak aga ] : a white eunuch of the Palace.

[ Akce ] : a silver coin, the chief unit of account in the Ottoman Empire.

[ Akritai ] : the Byzantine frontier troops.

[ Altmisli medrese ] :

'a medrese of sixty'. A grade of medrese, above the dahil medreses, with a muderris

[ Asik ] : 'lover', candidate for membership of the Bektasi; Order.

Soalan Bentuk KKBK

Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u, khususnya buat para calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Kali ini Sejarah2u akan memfokuskan tajuk penting berkaitan soalan dalam kertas 2 iaitu soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis atau lebih dikenali dengan soalan KBKK.

Soalan bentuk ini dilihat semakin relevan dan makin ketara ditonjolkan dalam kertas 2 (terutama dalam peperiksaan SPM 2008) agar para calon tidak terikat kepada soalan berasaskan fakta dan maklumat terfokus sahaja tetapi mampu memecahkan butir persoalan berdasarkan pengamatan, pengetahuan sedia ada dan pengalaman peribadi murid dan suasana semasa setempat/negara secara lebih rasional dan bijaksana.

Lazimnya, soalan bentuk KKBK boleh dikenali dengan frasa ayat seperti; 'Berdasarkan pengetahuan sejarah anda...', 'Jelaskan iktibar/peranan...', 'pada pandangan anda...' dan 'sekiranya anda dilantik..'. Soalan bentuk ini tidak mampu dijawab secara sempurna jika para calon memfokuskan kepada sesuatu fakta atau peristiwa sejarah sahaja, tetapi perlu dijawab dengan melihat skop yang berkaitan dengan lebih menyeluruh dan analitikal.

Namun, perlu diambil kira bahawa soalan bentuk KBKK tidaklah bermakna para calon diberi 'lesen besar' untuk 'menggoreng' dan 'menenyeh' jawapan sesedap rasa dan selera, tapi mestilah dijawab secara objektif, logik dan terpandu mengikut silibus pembelajaran Sejarah KBSM yang bersumberkan buku teks Sejarah SPM (tingkatan 4 dan 5).

Sebagai panduan, di bawah adalah beberapa contoh soalan berbentuk KBKK yang pernah keluar dalam peperiksaan SPM yang lepas:-

Soalan SPM 2005

1.d) Berikan pendapat anda tentang kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara [4 markah]

3.d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakahtanaman komersil lebih tertumpu di kawasan pantai barat semasa penjajahan British? [4 markah]

9.b) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah kedua-dua blok kuasa Komunis dan Kapitalis tersebut memperkukuhkan pengaruh masing-masing? [ 8 markah]

Soalan SPM 2006

4.d) Bagaimanakah anda boleh merealisasikan kejayaan k-ekonomi? [3 markah]

7.c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah akan berlaku sekiranya Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu? [8 markah]

9.c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan? [6 markah]

Soalan SPM 2007

1.e) Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi hari ini daripada masyarakat kerajaan maritim. [3 markah]

2.d) Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda? [3 markah]

7.c) Negara kita Malaysia dibentuk tanpa pertumpahan darah. Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda. [4 markah]

8.c) Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan serta keamanan serantau dan dunia telah memberi kebaikan kepada negara kita. Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda. [6 markah]

Soalan SPM 2008

1.d) Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri yang akan anda amalkan? [2 markah]

1.e) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesebuah negara? [2 markah]

2.c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam? [3 markah]

2.d) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia. [3 markah]

3.e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan penyerahan Sarawak kepada British gagal? [2 markah]

4.d) Pada pandangan anda, adakah PBB berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengaman dunia? Berikan alasan anda. [2 markah]

5.a) Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia? [8 markah]

5.c) Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh menjadi kebanggan generasi akan datang? [6 markah]

7.c) Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara. [4 markah]

8.b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pembesar Melayu tidak dapat meneruskan penguasaan mereka terhadap perusahaan perlombongan bijih timah? [8 markah]

8.c) Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pembesar Melayu untuk memastikan mereka terus menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada masa itu? [8 markah]

9.b) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan melalui dasar-dasar tersebut. [4 markah]

9.c) Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara. [4 markah]

SELAMAT MENJAWAB!!! :)

Pencarian Hidayah Tuhan

" Ketika saya membaca kandungan al-Quran, saya mendapati bahawa al-Quran mengandungi jawapan atas semua pencarian saya selama ini iaitu siapa saya ini dan kenapa saya dihidupkan? Dari mana saya datang dan ke mana saya akhirnya akan pergi? Saya membaca al-Quran berulang-ulang dan saya berasa sangat kagum terhadap pendekatan yang digunakan oleh ajaran Islam yang mengajak manusia untuk menggunakan akal sihat, dorongan untuk berakhlak mulia dan saya pun mulai merasakan keagungan Yang Maha Pencipta."

" Seandainya pun ada seorang Muslim yang menemui dan kemudian mengajak saya mengenali Islam, tentu akan saya tolak ajakannya, kerana keadaan umat Islam yang diperlecehkan dan diperolok-olok oleh media Barat, selain keadaan umat Islam yang kini telah dihancurkan oleh penyakit-penyakit akhlak, sosial, dan sebagainya."

" Saya telah mempelajari Islam daripada sumbernya yang utama, iaitu al-Quran. Seterusnya, mempelajari sejarah hidup (sirah) Rasulullah s.a.w. Bagaimana baginda dengan perilaku dan sunnahnya mengajarkan Islam kepada umat manusia. Saya lalu mengetahui kekayaan yang agung dari kehidupan dan sunnah Rasullah s.a.w. Saya kemudian seolah-olah melupakan kehidupan sebagai artis popular yang hidup penuh galamor."

Yusuf Islam, lebih dikenali dengan nama Cat Stevens semasa kemuncak popularitinya sebagai artis superstar rock dunia. Telah memeluk Islam pada akhir tahun 70-an. Kini aktif berdakwah melalui aktiviti pendidikan dan sosial.

Sumber: Majalah i, Bil 80, Jun 2009, m/s 59 - 64.

Wednesday, 26 August 2009

Berjayakah Produk Pro-Zionis diBoikot?

SEWAJARNYA kerana Palestin kita sanggup melakukan apa sahaja, hatta mengangkat senjata bagi beradu kekuatan jihad dengan pihak Zionis kerana telah terang-terangan memerangi Islam. Tidak ada rasionalnya di sebalik perbuatan hampir 60 tahun mereka mencabuli kedaulatan dan hak-hak kemanusiaan penduduk Islam, khususnya di Gaza, Palestin.

Justeru itu, sebagai pengguna, kempen memboikot produk dan perkhidmatan daripada sekutu rapat Zionis terutamanya Amerika Syarikat (AS) sewajarnya dapat dijayakan tanpa sebarang masalah, kerana ia lebih mudah, tiada risiko dan tidak menjadi satu kesalahan.

Mengapa untuk tindakan seperti ini hendak diragukan? Telah terbukti boikot seperti ini tidak mustahil kerana telah ada pihak yang terkesan dengan tindakan seperti ini sebelum ini.

Jenama makanan segera yang terkenal dengan kepelbagaian jenis burger, syarikat XXX terpaksa menutup operasi mereka di kebanyakan negara di Asia Tengah pada tahun 2002 kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot.

Di Jordan sahaja, dua daripada enam francais makanan segera ini terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di salah sebuah negara di Asia Barat, syarikat XXX itu terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan.

Namun usaha ini tidak berjaya dilakukan dan ini menyebabkan pihak berkuasa negara itu terpaksa diarahkan mengawal rangkaian restoran XXX akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan.

Tetapi apa salahnya Syarikat XXX ini? Pemimpin utama syarikat itu, tidak sahaja lahir sebagai Yahudi, tetapi beliau juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry yang menjadikan syarikat yang diterajuinya itu "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF).

JUF pula telah menggelarkan diri mereka sebagai bekerja untuk ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel serta memerhati dan sekiranya perlu, memberi respons kepada laporan media.

Sekiranya syarikat gergasi seperti XXX boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, minuman kola terkenal yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60 peratus akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, Zam Zam Cola. Apa yang tidak disangka berlaku, syarikat ini tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran minuman itu.

Mereka berjaya menjual sebanyak 4 juta tin minuman dalam minggu pertama, sesuatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? Zam Zam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara-negara Teluk, sekali gus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark. mula mengimport Zam Zam Cola.

Dalam kes memboikot ini juga, Amazon.com pula, iaitu perniagaan menjual buku dan produk berkaitan melalui Internet, telah menghentikan kerjasama dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Ini apabila Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang daripada tugasan mereka di daerah Palestin.

Ketika itu iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel " dipaparkan dalam hampir setiap muka surat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat di AS yang tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, turut membuat keputusan untuk memboikot Israel .

Pada bulan Mei 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di AS yang mengeksport peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan mereka dengan Israel .

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan AS dan Israel, sehinggakan AS mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan AS telah mengenakan lebih daripada AS$26 juta denda serta tidak lagi mengeluarkan lesen eksport kepada syarikat yang terlibat.

Pensyarah Kanan di Bidang Kemanusiaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Dr. Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, tidak dinafikan boikot merupakan salah satu kaedah untuk mengajar pihak Zionis itu, cuma umat Islam harus bersatu dan senada dalam memboikot barangan mereka secara berterusan bukan secara bermusim.

"Ini kerana usaha yang telah dilakukan sejak dulu lagi, ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja. Yang menariknya bila ramai orang hendak memboikot, masyarakat pun beria-ia hendak memboikot juga, tapi malangnya produk rokok pelbagai jenama dari AS seperti tercicir ataupun sengaja dicicirkan daripada senarai pemboikotan tersebut," katanya.

Menurut Dr. Zaharuddin lagi, pengharaman berurusniaga atau memboikot melalui fatwa adalah satu cara bagi memastikan usaha ini dapat dijayakan sebagaimana Iran mengeluarkan fatwa diketuai Ayatollah Ali Khamenei yang mengharamkan terus segala urusan perniagaan yang berkaitan dengan Israel.

"Kalau sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan menimbulkan isu pengharaman Yoga, kenapa tidak untuk pengharaman barangan dari negara Zionis yang secara terang dan nyata melakukan kekejaman yang bertentangan dengan ajaran semua agama," katanya.

Usaha memboikot barangan Israel dan sekutunya kata Dr. Zaharuddin boleh dianggap sebagai satu jihad di jalan Allah.

"Usaha memboikot barangan mereka ini adalah lebih baik berbanding daripada sumpah seranah serta memaki hamun mereka," katanya.

Dr. Zaharuddin turut menyenaraikan beberapa kekangan atau kelemahan utama dalam kempen pemboikotan produk Israel dan sekutunya, iaitu;

1.Kekurangan hasil tempatan yang produktif, berkualiti dan berdaya saing di peringkat tempatan mahupun global.

2.Persepsi pengguna terhadap barangan keluaran tempatan terutamanya barangan bumiputera yang agak dingin.

3. Sistem pemasaran dan pengiklanan yang tidak cekap terutama daripada pengusaha bumiputera.

Namun beliau lebih menggesa individu serta pertubuhan yang ingin memboikot produk pro-Zionis dan sekutunya supaya menoleh seketika sejarah, terutamanya apa yang pernah dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

"Bahkan ketika Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Baginda tidak pernah melakukan pemboikotan ekonomi kepada Yahudi yang menguasai pasar di Madinah tetapi Baginda memecahkan monopoli Yahudi dengan mengajak para sahabatnya ikut serta dalam perniagaan sehinggakan ekonomi Madinah dikuasai sepenuhnya oleh kaum Muslimin," katanya.

Zaharuddin meminta supaya produk tempatan harus dipertingkatkan kualiti serta berdaya saing, bukan sahaja dari segi mutu, malah dari segi harga.

"Maka inilah kaedah terbaik dalam melaksanakan embargo serta menghancurkan ekonomi Zionis, bukan sekadar mengangkat sepanduk menyeru pemboikotan produk keluaran Israel dan sekutunya.

"Konsep muamalah itu sebenarnya wujud tanpa paksaan. Cuma kita harus bertukar kempen, dari kempen memboikot ke kempen membeli… Belilah Barangan Buatan Muslim!" katanya.

Penulis sendiri sebagai pengguna ‘aktif’, sehingga kini tetap istiqamah menjadikan boikot terhadap produk berjenama pro-Zionis dan sekutunya itu menjadi sebahagian gaya hidup! Bak kata pepatah yang berbunyi, "Alah bisa tegal biasa".

Salam Ramadhan al-Mubarak :)

Muhasabah: Terima di Dunia, Bebas di Akhirat


"BUKAN hendak mengaibkan diri sendiri, tetapi saya harap hukuman sebat ini dapat dilakukan secara terbuka supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai," kata Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, kepada Sinar Harian.

Wanita yang berasal dari Sungai Siput, Perak dan berkahwin dengan seorang rakyat Singapura itu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2007.

Kartika berkata, sekiranya hukukuman ke atasnya dilakukan secara tertutup bermakna mesej untuk memberi kesedaran tentang kesalahan tersebut tidak sampai kepada khalayak.

“Ini adalah kes pertama wanita dikenakan hukuman sebat dan kalau boleh ia dilakukan secara terbuka. Saya mahu hukuman ini menjadi mesej dan pengajaran kepada orang ramai. "

“Kalau nak bagi kesedaran kepada orang ramai saya bersedia dan ikhlas dilakukan di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya, di kampung Jawang, di sini, semalam.

Menurut Kartika, sekiranya permintaan untuk menjalani hukuman di khalayak ramai ditolak, beliau berharap mahkamah membenarkan ahli keluarga, waris terdekat dan wakil media hadir menyaksikan proses hukuman sebat yang dijalankan kelak.

“Kalau tidak dibenarkan hukuman dijalankan di hadapan orang ramai, saya berharap sewaktu hukuman sebat dikenakan, saudara mara, waris terdekat dan wakil media dibenarkan masuk. "

“Bukan mudah untuk berhadapan dengan masyarakat tetapi saya bersedia,” katanya.

Anak keempat daripada sembilan beradik ini berkata, beliau benar-benar sudah membuat persediaan rapi sama ada dari segi mental atau fizikal untuk menjalani hukuman tersebut.

“Bila-bila masa pun saya sudah bersedia untuk menghadapinya. Saya bersedia mental dan fizikal serta reda. "

“Sewaktu lepas SPM dula saya ada belajar di pusat pendidikan agama dan mempunyai sebuah al-Quran yang saya bawa ke mana-mana sehingga sekarang."

“Saya harap mereka membenarkan saya untuk membawa al-Quran ini untuk memberi sokongan semangat kepada saya,” katanya.

Kata Kartika, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menarik balik keputusan untuk berdepan hukuman berat tersebut kerana sedar tentang kesalahan besar yang menconteng arah kepada kedua ibu bapanya.

“Bukan nak cakap besar tetapi memang tidak pernah terlintas untuk menarik balik. Saya rasa bersalah sangat-sangat ketika dimalukan dengan laporan media tentang kesalahan saya dan perbuatan yang mencoteng arang kepada keluarga.

“Memang sakit untuk menjalani hukuman sebat tetapi lebih sakit lagi apabila saya menyakitkan hati kedua ibu bapa saya,” katanya.

Kartika mengakui bersyukur ketika ditahan pihak berkuasa kerana ia dapat memberi pedoman dan pengajaran besar kepada kehidupannya.

“Saya bukan alkoholik (gila kerja). Terus terang sewaktu ditangkap itu kali kedua saya meneguk minuman itu. Kali pertama di Singapura, kali kedua di sini dan saya terus ditahan. Ini saya anggap sebagai petanda supaya saya terus bertaubat,” katanya.

Kartika bakal ditahan berkuatkuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebat yang akan dijalankan di Penjara Wanita Kajang, Selangor.

Hukuman untuk sedarkan masyarakat: Shukarno

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarno Abdul Mutalib berharap supaya hukuman terhadap anaknya dapat dilakukan secara terbuka kerana ia membabitkan soal kesedaran agama kepada masyarakat.

“Ini adalah kesalahan dia, dan dia mesti berdepan dengannya. Tetapi saya juga berharap bersetuju dengan permintaan Kartika yang mahu ia dilaksanakan di hadapan orang ramai untuk memberi kesedaran.

“Saya bersedia berhadapan dengan orang ramai mengenai kesalahan anak saya dan mungkin ada keciciran agama dari segi didikan kepadanya,” katanya.

Menurut Shukarno, selepas anaknya selesai menjalani hukuman, mereka akan menghantar Kartika ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Pada 20 Julai lalu, Kartika dijatuhi hukuman sebatan enam kali dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuantan selepas mengaku bersalah minum arak di sebuah hotel setahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Kartika Sari Dewi yang kini bekerja di Singapura dan memiliki taraf penduduk tetap negara tersebut menjalani hukuman penjara tiga tahun jika gagal membayar denda.

Dia dituduh di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend Cherating dekat sini kira-kira pukul 11.40 malam, 11 Julai tahun lalu.

Enakmen tersebut turut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun. Pelaksanaan hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002.

Sumber: Sinar Harian

Sila baca juga artikel-artikel di bawah:

1) Malaysian model: No need for Amnesty aid on caning

2) Model insaf, redha disebat

Thursday, 20 August 2009

Agama Itu adalah Nasihat


Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?”

Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

Huraian:

1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.

2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (ikon) untuk diikuti.

3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ‘. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ‘cakap tak serupa bikin’.

Thursday, 13 August 2009

Undang-Undang Syariah di Malaysia

"..... Undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Beberapa langkah yang pertama harus dibuat di dalam perkara ini.

Seksyen-Seksyen 3, 4 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita telah merujuk kepada Undang-Undang Inggeris yang lapuk itu, tetapi bebas mencari undang-undang yang sesuai dengan Undang-undang Islam atau Undang-undang yang tidak bertentangan dengan Undang-undang Islam.

Suatu fasal hendaklah diadakan di dalam perlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang Islam maka hendaklah Undang-undang selain itu terbatal setakat mana ia bertentangan itu.

Dengan dua jalan ini bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di malaysia sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan Undang-undang Islam".

Al-Marhum Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad bin Mohamed Ibrahim,
Shaikh dan Dekan Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1983 - 1999) - (Panji Masyarakat, September 1983, hal 17)

Skor A Siri 9/09

Tajuk: Tamadun Awal di Asia Tenggara

Soalan Esei

1.a) Nyatakan cara kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke Asia Tenggara. (4 markah)

b) Jelaskan peranan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara. (8 markah)

c) Terangkan pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan. (8 markah)


Soalan Struktur

1. a) Senaraikan peranan candi (3 markah)

i ............................................................................................................................................
ii ...........................................................................................................................................
iii ..........................................................................................................................................

b) Senaraikan pengaruh Hindu dalam seni bina Angkor Wat (2 markah)

i ............................................................................................................................................
ii ...........................................................................................................................................

c) Nyatakan pengaruh Buddha pada binaan Candi Borobudur (3 markah)

i ...........................................................................................................................................
ii ..........................................................................................................................................
iii .........................................................................................................................................

d) Nyatakan pengaruh India dalam kesusasteraan di Asia Tenggara (2 markah)

i ............................................................................................................................................
ii ...........................................................................................................................................

Konfrontasi Indonesia - Malaysia

Konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia telah tercetus pada 20 Januari 1963 apabila Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengumumkan dasar tersebut dari segi ekonomi dan kemasyarakatan. Tercetusnya konfrontasi adalah berikutan tindakan Persekutuan Tanah Melayu yang ingin membentuk Persekutuan Malaysia.

Di peringkat awal, Indonesia sememangnya tidak membantah terhadap gagasan ini. Namun begitu, apabila Parti Komunis Indonesia (PKI) mula campur tangan dengan mengadakan pelbagai kecaman dari semasa ke semasa terhadap idea rancangan ini, akhirnya pemerintah Indonesia di bawah Soekarno turut berubah sikap dengan melancarkan penentangan bersenjata melalui slogan ‘Ganyang Malaysia’.

Ia telah menganggap bahawa pembentukan gagasan ini adalah berunsur penjajahan bentuk baru oleh Barat atau neo-kolonialisme. Walau bagaimanapun, ramai sejarawan dan sarjana berpendapat bahawa tindakan Indonesia sebenarnya adalah satu dasar yang dicipta oleh Soekarno semata-mata bagi mengabui mata rakyat Indonesia agar tidak bangkit memberontak terhadap pemerintahannya.

Konfrontasi berakhir apabila Soekarno digulingkan pada tahun 1966 oleh Jeneral Soeharto. Perjanjian damai antara Malaysia dan Indonesia telah ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 antara Tun Abdul Razak Hussein dan Adam Malik.

Wednesday, 12 August 2009

"Tamadun Lupakan Tuhan"

"Tamadun Barat yang berjalan pada hari ini adalah jenis tamadun lupakan Tuhan seperti tersebut itu. Orang sentiasa suka mencari kesedapan diri, memuaskan hawa nafsu syahwat, mengenyangkan perut dan menyedapkan tekak, berhias dan bersuka-sukaan, dahagakan nama dan kemegahan, lambakan wang dan kekayaan, tamakkan kuasa dan kerajaan, berebut-rebut hendak memerintah dunia".

"Akibat lahirlah berbagai-bagai rupa kezaliman, rampas-merampas, bunuh-membunuh, bakar-membakar, peperangan dan beratus-ratus azab sengsara yang lain".

Sumber: Za'ba, Falsafah Takbir (1980), Kuala Lumpur, DBP.

Memori Nagasaki dan Hiroshima

Datuk Bandar Nagasaki menyeru kepada pengharaman senjata nuklear, dalam satu upacara bagi menandakan ulang tahun ke-64 serangan Amerika Syarikat yang memusnahkan bandar raya Jepun tersebut serta membunuh 74,000 penduduknya.

Dalam ucapan yang diberikan sejurus selepas 11:02 pagi iaitu masa yang sama bom plutonium AS membinasakan Nagasaki pada 9 Ogos 1945, Datuk Bandar Tomihisa Taue berkata, terdapat sedikit perkembangan mengenai penghapusan senjata nuklear tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Dia memetik ucapan Presiden Barack Obama pada April lalu, yang menyeru dunia membasmi senjata atom tetapi turut menyebut tentang ujian nuklear yang dilakukan oleh Korea Utara, Mei lalu.

"Sebagai umat manusia, kita ada dua jalan di hadapan kita.

"Satu jalan bakal membawa kita ke arah dunia tanpa senjata nuklear, manakala satu lagi menjurus kepada kehancuran, bakal menyebabkan kita menderita lagi sebagaimana kemusnahan yang dialami Nagasaki dan Hiroshima 64 tahun lalu," katanya.

Kerajaan Jepun mengenal pasti jumlah keseluruhan kira-kira 150,000 mangsa daripada serangan atom Nagasaki, termasuk mereka yang mati beberapa tahun kemudian ekoran cedera dan sakit terkena radiasi atom.

Nagasaki diserang tiga hari selepas sebutir bom atom dijatuhkan di Hiroshima yang mengorbankan 140,000 orang.

Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Hadirin bertakafur seketika tepat pada masa kejadian 64 tahun terdahulu, manakala loceng besar di Taman Keamanan bandar itu dibunyikan beberapa kali.


Sebaik sahaja Taue menghabiskan ucapannya, sekumpulan burung merpati dilepaskan di taman yang menempatkan ratusan origami burung jenjang berwarna-warni yang digantung oleh penduduk tempatan.

Sekitar 5,800 orang termasuk para pembesar dan wakil daripada 29 negara menghadiri upacara tersebut.

Taue telah menjemput ketua-ketua negara yang memiliki senjata nuklear, termasuk Obama dan Presiden Rusia, Dmitry Medvedev untuk ke Nagasaki. - AP

Sumber: Utusan Online

Rahsia Islam di China

Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia.

Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China.

Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga ke era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar.

Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad Saw itu terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.

Buku Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar merupakan hasil karya Saudara Ann Wan Seng, setebal 160 muka surat dan diterbitkan oleh PTS Publications ini menyajikan dimensi menarik yang tersembunyi di sebalik payung pemerintahannya.

Bermula dari zaman Dinasti Tang, buku ini membawa pembaca menelusuri jatuh bangun umat Islam China di bawah pemerintahan dinasti yang silih berganti.

Ditulis dengan gaya bahasa mudah, mengikut rantai peristiwa dan dikukuhkan dengan koleksi gambar sebagai bukti kewujudan tamadun Islam di sana.

Selamat membaca!! :)

Salam Takziah

Sejarah2u dengan penuh takzim ingin merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarham En Ghazali, iaitu merupakan bapa kepada Abdul Hannan, pelajar Al-Amin di tingkatan 5 Saad di atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah pada pagi hari ahad yang lepas (9/8/09)

Mengenali beliau antara sekian ramai keluarga di Al-Amin yang begitu komited dan banyak berkorban demi memastikan anak tercinta terus mendapat sentuhan kejayaan dunia dan akhirat di institusi seperti Al-Amin, biarpun terpaksa berulang alik setiap hari daripada Bandar Baru Sg Buloh ke Gombak menghantar dan mengambil anaknya.

Sejarah2u juga menyeru agar disedekahkan al-fatihah agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan para hamba-Nya yang bertaqwa dan beramal soleh. InsyaAllah.

Tuesday, 4 August 2009

Gerak Gempur Sejarah SPM 2009

Salam perjuangan buat semua calon yang bakal menduduki kertas Sejarah SPM pada tahun ini. Bagaimanakah persediaan anda pada ketika ini? Tahukah anda bahawa peperiksaan percubaan SPM akan berlangsung tidak lama lagi? Diikuti kemudiaannya oleh fasa terpenting dalam gerak kerja kecemerlangan ini iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009?

Dalam mempersiap dan lebih memantapkan persediaan anda bagi menghadapi 'peperangan' ini, sejarah2u akan menyediakan beberapa siri latihan lapangan yang diharap dapat menguji dan menghadirkan cabaran penuh bermakna buat anda semua.

Siri latihan ini akan dikenali sebagai 'GERAK GEMPUR WIRA'. Rahsia kejayaan dan kecemerlangan anda terletak kepada persediaan mentaliti dan jiwa yang kuat untuk berjaya, kebijaksanaan mengurus dan merancang secara teliti dan sistemik, aspek taktikal dan teknikal yang berkesan, kelengkapan lengkap dan latihan bersepadu tanpa mudah berputus asa, serta keyakinan dan mujahadah berkorban yang ampuh demi mengharapkan redho-Nya semata-mata.

Sebagai mukadimah siri latihan, sejarah2u akan menyediakan tiga siri latihan awal kepada para calon untuk dijawab. Semoga berjaya!

1) Gerak Gempur Wira Siri 1/09
2) Gerak Gempur Wira Siri 2/09
3) Gerak Gempur Wira Siri 3/09

"Ingat Sejarah..Ingat Sejarah2u" :)

Monday, 3 August 2009

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dibentuk pada bulan Julai 1896 yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Penubuhannya adalah bertitik tolak daripada kelemahan yang terdapat dalam Sistem Residen. Melalui sistem pemerintahan NNMB ini:

1. Kuasa pemerintahan dibahagi dua antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

2. Seorang Residen Jeneral akan dilantik mengendalikan kerajaan pusat bagi memastikan Residen-residen di setiap negeri tidak bertindak sewenang-wenangnya.

- Sir Frank Swettenham -

3. Residen Jeneral pula akan diawasi oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga menyandang Gabenor Negeri-negeri Selat.

4. Mewujudkan keseragaman dari segi perkhidmatan awam, polis, gaji, dasar pelajaran, undang-undang tanah dan sistem pos.

Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral yang pertama mengetuai NNMB. Sistem NNMB ini terus berjalan dengan pelbagai penyesuaian bagi mengatasi kelemahan yang timbul seperti pemilikan kuasa yang terlalu banyak oleh Residen Jeneral dan peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang tidak berfungsi.

Sistem ini berakhir apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948.