Friday, 4 December 2009

Lagenda Raja Bersiong

Kota Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja Bersiong

Kewujudannya hanya berdasarkan cerita legenda, tiada bukti fizikal

BAGI peminat sastera rakyat dan cerita legenda, kisah kekejaman Raja Bersiong yang memakan darah manusia pastinya sering menarik perhatian. Bukan setakat kekejamannya, tetapi persoalannya ialah sama ada kisah itu benar-benar berlaku atau hanya cerita lisan yang diturun- temurunkan untuk hiburan bagi mengisi masa senggang.

Catatan Hikayat Merong Mahawangsa dan Sastera Rakyat Negeri Kedah menyatakan ia kisah legenda dan tiada sesiapa yang dapat membuktikan dengan tepat atau mempunyai bukti fizikal peristiwa itu memang berlaku.

Persoalannya, wujud beberapa nama tempat yang dikaitkan dengan peristiwa berkaitan Raja Bersiong. Nama daerah Baling, Mukim Siong dan Kota Aur di Kedah adalah nama popular yang dikaitkan dengan rentetan sejarah silam Raja Bersiong.

Jika ke Kampung Lalang, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Baling, pengunjung akan melalui satu mercu tanda seakan-akan pintu gerbang berbentuk sepasang siung yang tumbuh menegak. Mercu tanda berdiri tegak di kiri dan kanan jalan sebenarnya dibina sebagai tanda ingatan kepada peristiwa Raja Bersiong.

Siapakah Raja Bersiong hinggakan industri perfileman negara juga berminat dan pernah menterjemahkan kisahnya ke dalam filem Melayu, lakonan seniman Ahmad Mahmud, Sarimah dan Nor Azizah pada 1968 serta drama tari bertajuk Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas.

'Raja Bersiong' lakonan Ahmad Mahmud dan Sarimah pernah difilemkan pada 1968 dan di bawah teraju utama, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Cerita lisan mengatakan Raja Bersiong ialah gelaran kepada seorang Raja Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Nama sebenarnya ialah Raja Ong Maha Perita Deria iaitu raja keempat keturunan Merong Mahawangsa.

Penduduk Kampung Pokok Setol, Yahya Ramli, 72, berkata kisah Raja Bersiong diwarisi secara lisan dan generasi lama di situ juga tidak pernah tahu secara tepat mengenainya. Namun, mereka percaya ia memang ada kaitan dengan kewujudan kawasan berkenaan berdasarkan nama tempat.

“Itu cerita antah-berantah, kisah anak raja Kedah sebelum zaman Islam yang memakan hati dan darah manusia. Ada yang mengatakan ia keturunan Merong Mahawangsa di Langkasuka, ada yang kata mereka keturunan gergasi.

“Apabila rakyat memberontak, mereka lari ke Kota Aur di Gubir dan bina kubu di sana. Ketika dalam perjalanan itulah raja membuang siung yang tumbuh di mulutnya. Siung itu jatuh ke bendang dan tempat itu dinamakan Baling.

“Soalnya di mana kubur Raja Bersiong, itu yang tak boleh disahkan. Ada yang kata, selepas menetap di Kota Aur, raja itu lari ke Jitra, Kedah ikut Kuala Nerang, Pokok Sena, Nami, Naka yang bersempadan dengan Siam (Thailand),’ katanya.

Ditanya sama ada beliau tahu kewujudan sebuah istana lama di Jitra yang dikatakan milik Raja Bersiong, Yahya cukup tertarik dan katanya, jika itu benar, ia perlu diteliti, direkod dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

“Saya sendiri sebenarnya cukup teringin dan sudah lama mencari siapa yang boleh menceritakan kisah Raja Bersiong dan apa buktinya. Mesti ada sesuatu yang boleh dibongkar,” katanya.

Kisah sama dikongsi rakannya, Wan Ibrahim Wan Ahmad, 72, seorang pesara askar Wataniah. Ibrahim berketurunan Pattani, Thailand yang mengatakan kesan tinggalan sejarah itu dipercayai wujud di satu tempat iaitu di Kubang Jong.

Kubang Jong mendapat nama sempena tempat Raja Bersiong bermain jong (sejenis perahu diraja) di sebuah kolam air yang terletak di Kampung Luak.

“Ketika masih bertugas dengan pasukan Askar Wataniah, saya pernah masuk ke Kota Aur di Gubir. Kota itu dipercayai milik Raja Bersiong yang dibina daripada buluh yang ditanam rapat. Jika gajah rempuh pun, ia tidak akan tumbang, binatang itu pun tidak akan melepasi deretan pagar buluh.

“Kota itu memang kukuh, kami cuma boleh menyelit masuk ke dalam kota melalui celah pokok buluh berduri. Saiz kawasan kota itu lebih besar daripada saiz padang bola. Itu cerita lama pada 1975 dan mungkin sekarang kota itu sudah tumbang atau pokok buluh pula tumbuh meliar,” katanya.

Imam Masjid Pokok Setol, Harun Abu Bakar, 84, berkata kisah mitos itu mempopularkan daerah Baling dan Jabatan Hutan Baling mengambil inisiatif membina replika sepasang siung di Kampung Lalang sebagai mercu tanda.

Katanya, replika itu dibina pada awal 80-an sempena lawatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kekal sehingga kini.

“Agak pelik, tak ada satu pun kampung di sini dinamakan kampung siung, cuma wujud mukim Siong. Mungkin ia lebih sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang lebih besar dan luas,” katanya.

Apa pun pendapat yang diutarakan, kesimpulannya penduduk di situ terutama generasi lama berbangga dengan nama tempat mereka yang diberi berdasarkan cerita mitos popular, cuma lebih baik jika diwujudkan satu papan kenyataan ringkas mengenai sejarah atau latar belakang tempat sebagai rujukan pelancong luar.

Antara 24 kampung di Mukim Siong

Kampung Bandar, Terbala, Kelian Dalam, Kota, Siput, Pokok Setol, Luar, Baru, Lalang, Carok Bunting, Kuala Kedua, Ulu Legong, Bechah Sawa, Memali, Carok Putih, Surau, Carok Semeliang, Weng Luar, Weng Dalam, Batu 60, Tanjung Paru, Seri Ketenga, Batu 8 dan Teluk Rambong.

Sumber: Berita Harian Online

12 comments:

  1. ni mesti amek dari surat khabar hari ahad "bmdua" ... btul ak??

    ReplyDelete
  2. Salam al Barq.

    Betul tu, sebagaimana terpampang sumbernya di bawah petikan entri tersebut.

    Moga diambil manfaat dalam mentafsir antara ungkapan 'mitos', 'lagenda' dan 'dongeng'.

    ReplyDelete
  3. saya ..asal usulnya Baling

    dan berbangga!

    baca ;agi sejarah kedah tua, langkasuka, merongmahawangsa

    ReplyDelete
  4. saye nak galak kah3 bace cite ni tahyul btul mnurut cite datuk saye lebih 100 thn dulu baling tak de mnusie pun cube ngkorang check kat kamus bahase minang baling makne ape thats why die orang yg mula2 buka kg kt baling migrasi keturunan pattani baru bermula sekitar 1920 an ke 1950 an jadi tak kan lah baling itu ban lin its tahyul

    ReplyDelete
  5. saya dari keturunannya,takdanya mitology tapi ia benar...bukti tak akan dtg bergolek kalau tak mencari...asal raja bersiong mulanya dari siam..keturunan kedua bersiong dari buluh betong dan masih ada byk lagi...
    cukup sekedar disini..

    ReplyDelete
  6. GAMBAR DI ATAS SEKALI BUKAN KOTA AUR....

    ReplyDelete
  7. PALOTAK LU BANLINK,.. meh jumpa aku depan2 pendekar baling nih,,,, aku anak jati asal baling... baling dah dibuka pada tahun 1853 oleh hakim Mohd. bakhir Bin Mia NaSRUDDIN baca sejarah ni bahlolalain,,.. bengaung



    Sejarah Pentadbiran Daerah Baling bermula pada tahun 1852 (1271 Hijrah) apabila Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menempatkan seorang Penghulu bernama Hakim Mohd. Bakhir bin Mia Nasruddin menjadi Hakim dan Penghulu yang memerintah Baling. Beliau berasal dari Limbungan Kapal, Alor Setar dan dipercayai melarikan diri daripada musuh Bisik (Siam). Pada tahun 1853 (1271 Hijrah) beliau telah membuka Pekan Baling. Kegiatan perniagaan di Pekan Baling pada masa itu ialah dengan cara dagangan melalui Sungai Ketil. Barang-barang yang dibawa melalui tongkang telah diniagakan di Pekan Baling yang terdiri daripada beberapa buah kedai. Hakim Mohd. Bakhir telah memerintah Baling selama 30 tahun.

    4. Mengikut catatan bekas Penghulu Mukim Baling/Bongor, Tn. Hj. Md. Noor bin Awang Abd Rahman, J.P., Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menghantar seorang Pegawai Daerah bernama Che Ahmad Deli pada tahun 1908 (1327 Hijrah) untuk mentadbir Daerah Baling. Dengan adanya seorang Pegawai Daerah maka Baling telah berubah wajah dengan adanya Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Balai Polis, Sekolah Melayu, Pejabat Pos Hospital dan Padang Bola.

    ReplyDelete
  8. saya bangga menjadi keturunan raja bersiong walaupon skrg dah hilang ....di telan zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sy tahu betul ke dr keturunan raja bersiong ke? Sekrg tinggal dekat mn?sy pun dr keturunan raja bersiong

      Delete
  9. Betul ke dari keturunan raja bersiong..?sebelah mana..

    ReplyDelete