Sejarah2u mengucapkan salam takziah ke atas keluarga mengsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah negara Haiti.
Gempa bumi yang melanda pada hari Selasa (12 Januari 2010) lepas dianggarkan bermagnitud 7 pada skala richter telah meranapkan hampir sebahagian besar binaan di Post Au Prince, iaitu ibu negara Haiti.
Mengikut sumber terkini, dianggarkan hampir 100,000 maut dalam kejadian tersebut dan dijangka jumlah kematian boleh mencecah sehingga 500,000 memandangkan masih banyak mayat mangsa yang belum dapat dikeluarkan daripada kawasan runtuhan.
No comments:
Post a Comment