Monday, 11 January 2010

Cetusan Rasa 1

Salam Sejarah buat pengunjung setia dan pencinta Sejarah2u yang dikasihi..

Bertemu lagi dengan izinNya kita di alam siber yang tidak bersempadan ini. Didoakan agar para pelawat weblog ini sentiasa komited dan tabah dalam menelusuri segala mihnah dan tribulasi dalam kerangka usaha memantapkan profesion yang diceburi, di samping terus beriltizam memartabatkan ilmu dan penghayatan sejarah dalam kehidupan seharian.

Sepanjang minggu lepas, kita dikejutkan dengan beberapa peristiwa dan situasi tragis yang sukar dikesampingkan. Bukan untuk merayu tindakan melulu, tapi lebih perlu diambil sebagai 'ibrah' untuk kita sama-sama bermuhasabah dan merenung sedalam-dalamnya akan hakikat dan erti sebenar sebuah 'perjuangan' yang jauh daripada sifat egois dan hipokrit serta terpelihara daripada unsur-unsur rasisme dan perkauman sempit.

Peristiwa dan kejadian yang menimpa konvoi rombongan 'Viva Palestina' pimpinan ahli Parlimen Britain, George Galloway yang ditahan sehingga berlaku pertumpahan darah dengan polis sempadan Mesir di Pelabuhan Al-A'Arish masih segar dalam ingatan semua pencinta keamanan, lebih-lebih lagi di hati umat Islam seantero dunia.

Karenah birokrasi, ancaman keselamatan dan provokasi melampau polis Mesir pimpinan Hosni Mubarak menjadikan mereka lebih 'drakonian' daripada penjajah Zionis Israel yang mengepung wilayah Gaza dan menjajah bumi Palestin seluruhnya.

Umat Islam masih tersentak dengan kekejaman Israel dalam perang 22 hari mereka di Gaza, malah ditambah pula sikap 'selfish' Mesir yang mahu dilihat sebagai 'sahabat' Israel dan sekutu Barat yang membina tembok pemisah bagi menghancurkan struktur 'lubang tikus' yang diguna penduduk Gaza bagi mendapatkan keperluan makanan dan ubatan dari saudara seaqidah mereka di Mesir.

Dalam keghairahan mengamati perkembangan konvoi 'viva', senario dalam negara kita sedikit panas dengan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh gereja Katolik dalam terbitan majalah mereka.

Siri demonstrasi oleh kumpulan-kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai NGO's Islam terus berterusan diadakan secara sistematis meski dalam skala kecil pengikutnya. Kemuncaknya pada hari Jumaat lepas, bila di beberapa masjid bertumpu para demonstran dengan pelbagai slogan pada kain rentang dan sepanduk yang diarak.

Rupanya ia tidak berakhir di masjid sahaja kerana pada awal paginya beberapa buah gereja sekitar lembah Klang telah terbakar kerana dibaling 'molotov cocktail' dan diugut. Tak cukup di lembah Klang, terbaru beberapa gereja di Taiping, Perak juga dibakar oleh golongan desperado yang tidak bertamadun. Persoalannya, apakah matlamat dan tindakan susulan golongan desperado 'perosak' selepas semua rentetan peristiwa hitam yang telah berlalu ini?

Hakikatnya, sengaja cetusan rasa ini dizahirkan kerana manusia semakin lupa menjadikan sejarah silam umat terdahulu sebagai guru terbaik untuk diambil iktibar. Semakin zaman berubah, semakin kita cenderung untuk kembali menghayati budaya 'barbarian', lalu pantas meminggirkan usaha merealisasikan pembentukan satu masyarakat madani yang menyantuni setiap umat tanpa prejudis, 'adil dan penuh rasa kepertanggunjawaban yang tinggi selaku khalifah dan hamba Allah swt. Allahu A'lam

1 comment:

  1. Isu penggunaan nama Allah sebenarnya sekadar untuk menutup kepincangan dalam kepimpinan "fulamak2" umNO, sedar atau tidak isu itu keluar tempoh enjin pesawat F-5E hilang dan kenaikan harga gula sebanyak 20sen.

    Demi menutup kepincangan ini, umNO membakarkan kembali isu perkauman serta keagamaan dengan membangkitkan kembali petisyen yg telah difailkan oleh paderi dari sabah pada tahun 2007+-, maka tercetusnya isu penggunaan nama Allah ini.

    Terbaru, kes pembunuhan kejam 4 orang beranak yg berlaku minggu lepas di Kampung Batang Rotan, Gemencheh, sehari kemudian, polis mewar-warkan kes tersebut telah selesai. Pembunuhnya yang di gambarkan sebagai seorang yang kurang siuman telah ditangkap dan kes ini telah selesai.

    Kenyataan ini juga adalah untuk menutup dalang disebalik pembunuhan tersebut. Siapa pembunuhnya itu tidak boleh dibicarakan disini, kerana pada masa yang sama satu arahan tertutup dari Isteri PM, Rosmah Mansor telah dikeluarkan, dilarang sama sekali untuk mengeluarkan berita mengenai kes ini, sesiapa yang menulis mengenainya akan dikenakan dipenjarakan(+-).

    Apa yang pasti, salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu juga ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.


    Ternyata disini, memang timbul satu kontroversi mengenai kes tersebut sehingga dikeluarkan arahan supaya menutup kes tersebut. Apa yang pasti, kepimpinan fulamak umNO semakin hari semakin goyah dan menunggu masa untuk digantikan...

    ReplyDelete