Saturday, 2 January 2010

Fenomena Gerhana Bulan Separa Sambut Tahun Baru 2010

Pada 1 Januari 2010 lepas, dengan izin yang Maha Esa, kita telah diberi kesempatan untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 1:17 pagi hingga 5:28 pagi.

Secara amnya gerhana Bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.

Gerhana pada 1 Januari lalu bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:17 pagi waktu Malaysia.Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 02:53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 03:24 pagi. Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada jam 03:53 pagi.

Keadaan gerhana bulan penuh itu bagaimanapun hanya berlaku selama 29 minit sebelum bulan dilihat mula keluar daripada bayangan umbra bumi pada pukul 3.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga 05:28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang Penumbra Bumi yang kurang gelap.

Selain fenomena gerhana bulan separa, orang ramai juga berpeluang melihat kemunculan planet Marikh dan Zuhal menerusi teleskop yang disediakan.

Umat Islam di negara kita turut menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan mulai jam 2.30 pagi yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.



Menurut Agensi Angkasa Negara, susulan daripada peristiwa ini, satu fenomena gerhana matahari juga dijangka akan berlaku pada 15 Januari ini (sila rujuk www.angkasa.gov.my).

Selain Malaysia, fenomena gerhana bulan separa ini juga dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika.

2 comments:

  1. pada masa yang sama... anak muda melayu kita leka dgn hiburan2 duniawi sempena sambutan tahun baru 2010... tak kan hilang melayu di dunia, tapi hilang pada budayanya...

    ReplyDelete
  2. Salam kapak.

    Begitulah dewasa ini..apabila nafsu menguasai diri, bila hedonisme disanjung tinggi..maka, hilanglahlah pula jati diri pertiwi.

    Benar, takkan Melayu hilang di dunia, takkan hilang budaya bangsa, selagi Islam dijunjung martabatnya di mana-mana.

    Allahu A'lam

    ReplyDelete