Monday, 11 October 2010

Konvoi Asia ke Gaza

NEW DELHI - Hampir 500 aktivis kemanusiaan dari 17 negara Asia sudah bersedia untuk menyertai konvoi melalui jalan darat dan laut bagi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

Konvoi itu dijadualkan bertolak dari New Delhi, India pada 2 Disember nanti dan dijangka tiba di Gaza pada 27 Disember.

Dari India, konvoi akan bergerak melalui Pakistan, Iran, Turki, Syria, Lubnan dan Jordan.

Apabila tiba di Syria, kesemua aktivis berserta trak, bas sekolah dan bantuan kemanusiaan yang dibawa akan meneruskan perjalanan menggunakan jalan laut menuju ke Gaza.

Antara negara Asia yang menghantar wakil menyertai konvoi kemanusiaan terbaru ini adalah Malaysia, India, Pakistan, Indonesia, Jepun, Afghanistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Iran, Iraq, Turki, Syria, Mesir, Jordan dan Lubnan.

Para aktivis dijadualkan menyertai perhimpunan khas di semua negara yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Sumber: Sinar Harian, 12/10/ 2010

No comments:

Post a Comment