Monday, 14 March 2011

Hebatkah Filem Hikayat Merong Mahawangsa?

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terbitan KRU Studios menjadi antara filem paling dinantikan sejak awal pembikinan sehinggalah mula ditayangkan pada tanggal 10 Mac 2011 lalu.

HMM dengan durasi tayangan selama 110 minit muncul filem epik tempatan pertama berjaya memperoleh kutipan kasar hampir RM500,000 ketika hari pertama tayangan, pada 10 Mac lalu.

Sambutan hangat penonton terhadap HMM menelan belanja kira-kira RM8 juta itu secara tidak langsung memberi petanda baik untuk pembikinan filem bergenre epik di Malaysia.

Jika diikutkan pembikinan dua filem epik sebelum ini, Puteri Gunung Ledang dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang, sukar mendapat tempat di hati penonton sehingga tidak mendapat kutipan memberangsangkan.

Namun, kehebatan HMM sehingga mendapat 72 negara untuk ditayangkan nyata melakar sejarah baru dalam industri perfileman Malaysia.

Pengarah HMM, Yusry Abdul Halim turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal melibatkan empat kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan pelabuhan Goa di India. Dianggarkan 3,000 shot menggunakan teknik CGI.

Sila baca juga;

1) Sastera Rakyat Negeri Kedah
2) Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa

No comments:

Post a Comment