Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali
iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada
perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh
tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga
merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani
di Eropah. Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975:
"Di Italy Renaissance bermula pada abad ke
14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang lain di
Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga
pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin.:1999:43).
Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17.
Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan
Columbus mengelilingi dunia untuk membuktikan bumi ini berbetuk bulat
dan bukan berbentuk rata. Zaman ini juga merupakan zaman penghidupan
semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang
sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia sezaman. Mereka
telah berjaya mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-aspek baru
yang dikemukakan oleh mereka sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh
dibuktikan, yang selaras dengan semula jadi dan yang dapat difahami oleh
pengetahuan manusia; (Wan Abdul Rahman Latif et. Al.:1996:184-185).
Selain itu, perkembangan intelektal dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat sejak kurun ke-12 lagi apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur.
No comments:
Post a Comment