"..Salam Ukhuwwah fillah. Selamat datang ke gerbang Salam Sejarah2u. Anda adalah dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan pandangan demi memartabatkan kegemilangan Ummah untuk generasi masa hadapan.." - Isharuddin Ismail - "Ingat Sejarah..., Ingat SEJARAH2U". :-)
Saturday, 4 August 2012
Manuskrip Sejarah Melayu
Karya agung ini dihasilkan pada 1612 Masihi. Genre sastera sejarah ini mengisahkan salasilah dan keagungan raja-raja dan kerajaan Melayu Melaka dalam abad ke 14 hingga awal abad ke 16 daripada zaman permulaan kerajaan Melayu di Palembang sehingga perkembangan, kegemilangan dan kejatuhan Melaka serta kemunculan kerajaan Melayu Johor. Ia mengisahkan hubungan Melaka dengan raja China, dengan benua India (benua Keling), dengan Siam, Kemboja, negeri Arab dan seluruh kawasan Nusantara. Ia tercipta daripada titah raja. Penulisnya Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang, Bendahara Kerajaan Johor (Lama). Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberikan maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu dan adat istiadatnya serta peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
No comments:
Post a Comment