Friday, 9 August 2013

Modul Sejarah Islam Diperkenal di Sekolah-Sekolah Awam di Britain


LONDON - ENGLAND. Pelbagai usaha kini giat dilakukan bagi mengubah persepsi Islamophobia di Britain.

Dipetik Press TV, selepas kejayaan stesen televisyen Channel 4 menyiarkan siaran azan sepanjang Ramadan, kini  Setiausaha Pendidikan Britain, Michael Gove mengumumkan untuk memasukkan modul sejarah Islam sebagai subjek baru di sekolah-sekolah awam seluruh Britain.

Perubahan tersebut dibuat selepas draf awal kurikulum baru itu dikritik Muslim Council of Britain (MCB).

Dalam kenyataan sebelum ini, MCB kecewa kerana bahan berkaitan Islam gagal dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah.

Difahamkan, subjek itu akan diperkenalkan awal tahun depan.

Pengerusi Masjid Lancashire, Salim Mulla berkata, perubahan tersebut adalah 'kemenangan' besar kerana semua orang memerlukan pemahaman lebih baik berkaitan agama Islam.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Pendidikan Blackburn Diocese menyambut baik cadangan tersebut.

"Seperti kita ketahui, tamadun awal Islam banyak memberi sumbangan besar dalam sejarah dunia dan ia perlu diperjelaskan kepada umum terutama kepada masyarakat di Britain," katanya.

Sejak insiden pembunuhan askar pada 22 Mei lalu, masyarakat Islam yang menjadi penduduk minoriti di Britain dilaporkan terus menjadi sasaran keganasan kumpulan pelampau.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment