Muka surat 244 - 250
(a) Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional menjalankan kegiatan ekonomi mereka sebelum penjajahan British di Tanah Melayu? [ 8 markah ]
F1 - Bersifat sara diri
F2 - Menjalankan aktiviti melombong seecara mendulang dan melampan
F3 - Lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu
F4 - Dikerjakan oleh buruh tempatan
F5 - Hasil bijih timah dipasarkan ke China, Jepun dan India
F6 - Bijih timah turut digunakan untuk menghasilkan gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik
F8 - Bercucuk tanam juga dijalankan
F9 - Menanam padi, ubi, pisang dan kelapa
F10 - Menggunakan peralatan tradisional seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala
F11 - Pengeluaran dalam skala kecil
F12 - Lebihan pengeluaran digunakan untuk berzakat, sedekah dan kenduri-kendara
F13 - Lebihan turut disimpan untuk tempoh tertentu
F14 - Memastikan kelansungan bekalan makanan
F15 - Menternak binatang juga dijalankan
F16 - Bertujuan menambah sumber bekalan makanan
F17 - Menternak binatang untuk memenuhi keperluan keluarga sahaja
F18 - Binatang yang diternak seperti ayam, itik, lembu dan kerbau
F19 - Memungut hasil hutan
F20 - Menangkap ikan secara kecil-kecilan
F21 - Menggunakan kaedah berbeza mengikut kawasan penangkapan
F22 - Alatan seperti bubu, kail dan jala digunakan
(b) Mengapakah masyarakat Melayu kurang terlibat dalam ekonomi dagangan semasa penjajahan British di Tanah Melayu? [ 6 markah ]
F1 - Tidak mendapat galakan British
F2 - Terlibat dalam aktiviti ekonomi sara diri
F3 - Kekurangan modal
F4 - Tidak memiliki teknologi moden
F5 - Tidak memiliki pengetahuan
F6 - Kekurangan tenaga buruh
F7 - Tidak wujud pengkhususan pekerjaan
F8 - Saiz tanah kecil
F9 - Cukai tanah yang tinggi
F10 - Kekurangan pasaran/pasaran terhad
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan perkembangan ekonomi dagangan di Tanah Melayu? [ 6 markah ]
F1 - Kemasukan buruh dari China dan India
F2 - Buruh India bekerja dengan bayaran gaji yang murah
F3 - Ekonomi tradisional terpinggir dan ketinggalan
F4 - Penduduk tempatan kekal dengan ekonomi tradisional
F5 - Penguasaan British terhadap pelabuhan utama di Tanah Melayu
F6 - Wujud satu rangkaian ekonomi dagangan yang pesat
F7 - Pembangunan ekonomi di kawasan pantai timur tidak seimbang
F8 - Pengenalan tanaman dagangan baru seperti getah dan kelapa sawit
F9 - Kemasukan pemodal Eropah dan China dalam sector tanaman dagangan
F10 - Pengusaha mengusahakan tanaman gambir, lada hitam dan ubi kayu
F11 - Pemodal British mengusahakan tanaman getah untuk tujuan eksport
F12 - Syarikat Eropah melabur modal di tanah Melayu melalui syarikat perwakilan
F13 - Syarikat Harrisons and Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby
F14 - Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta api
F15 - Mengubungkan kawasan pertanian komersil dengan pelabuhan
F16 - Kewujudan golongan pengusaha ataupun komprador
Muka surat 253 -254
2. (a) Nyatakan faktor-faktor yang menggalakkan kedatangan tenaga buruh luar semasa pemerintahan British.[ 7 markah ]
F1 - Kepesatan pembangunan di sektor pertanian dan perlombongan
F2 - Membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran
F3 - Masalah kekurangan tenaga buruh tempatan
F4 - Faktor penolak di negara asal
F5 - Galakan daripada British
F6 - Tidak mendapat tentangan dari kalangan orang Melayu
F7 - Kestabilan politik Tanah Melayu
F8 - Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
F9 - Cukai tanah yang tinggi
F10 - Kekurangan pasaran/pasaran terhad
(b) Bagaimanakah sistem tiket kredit dijalankan untuk membawa masuk tenaga buruh China?
[ 7 markah ]
F1 - Bakal imigran dikumpul dari kampung-kampung di negara China
F2 - Dilakukan oleh ketua (kheh-thau)
F3 - Ketua dibayar wang bagi setiap imigran yang dibawa
F4 - Imigran dikenali Sin Kheh
F5 - Imigran diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh
F6 - Imigran perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis
F7 - Pembayaran hutang dijelaskan dengan cara bekerja dalam suatu tempoh tertentu
F8 - Tiket dibekalkan untuk menunjukkan pelabuhan yang dituju
F9 - Juga keterangan diri sama ada bebas atau berhutang
(c) Apakah perbezaan yang terdapat dalam sistem pengambilan kakitangan dengan sistem pengambilan rumah kongsi dalam membawa masuk tenaga buruh dari negara China? [ 6 markah ]
Sistem pengambilan kakitangan
F1 - Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar dan melantik pegawainya ke China
F2 - Tambang dan perbelanjaan buruh akan dibiayai oleh majikan
F3 - Pegawai yang bertanggungjawab akan mengiringi buruh sehingga sampai di tempat majikannya
Sistem pengambilan rumah kongsi
F4 - Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di negara China
F5 - Pegawai dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
F6 - Pegawai di negara China akan membiayai segala perbelanjaan buruh sehingga sampai di Tanah Melayu
F7 - Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa
Muka surat 263 - 266
3. (a) Jelaskan faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. [ 8 markah ]
F1 - Perkembangan pesat bidang ekonomi menyebabkan berlaku proses pembandaran
F2 - Tertumpu di kawasan yang kaya dengan sumber alam semulajadi
F3 - Kawasan ini sering menjadi tumpuan kegiatan ekonomi penjajah
F4 - Kegiatan perlombongan bijih timah telah menyebabkan kemunculan bandar baru
F5 - Bandar Taiping, Seremban dan Kuala Lumpur lahir kerana perlombongan
F6 - Perlombongan petroleum telah menyebabkan perkembangan bandar Miri
F7 - Terdapat kemudahan perbankan di bandar
F8 - Peranan sebagai pusat pentadbiran telah mengubah pekan kecil kepada bandar baru
F9 - Kawasan berhampiran lombong mengalami pertambahan penduduk
F10 - Berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil lombong
F11 - Bandar baru turut berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pusat pentadbiran
F12 - Dilengkapi dengan segala kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan serta institusi kewangan
F13 - Perkembangan dalam sistem pengangkutan
F14 - Gemas dan Kuala Lumpur terletak di persimpangan jalan raya dan jalan kereta api utama di tanah Melayu
F15 - Kegiatan pertanian komersil seperti getah dan lada hitam
F16 - Bandar Kuching di Sarawak berkembang pesat kerana aktiviti
F17 - Pengumpulan dan pengeksportan lada hitam dan gambir sejak tahun 1840
F18 - Pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang berkembang sebagai bandar pelabuhan yang maju
(b) Nyatakan ciri-ciri pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. [ 4 markah ]
F1 - Terbentuk akibat kemasukan imigran dari China dan India
F2 - Kemasukan mereka digalakkkan oleh pihak British
F3 - Perkembangan sektor perlombongan dan perladangan getah
F4 - Wujud perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan mengikut kaum
F5 - Kaum Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di luar bandar
F6 - Kaum India berkhidmat sebagai buruh ladang di estet-estet
F7 - Kaum Cina bekerja sebagai pelombong dan berniaga di kawasan bandar
F8 - Wujud perbezaan bahasa pertuturan di kalangan setiap tahun
F9 - Perpaduan serta interaksi antara kaum sangat terbatas
F10 - Perbezaan yang wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini menyukarkan usaha pembentukan perpaduan nasional
(c) Terangkan perkembangan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu semasa penjajahan British. [ 8 markah ]
F1 - Pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar
F2 - British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat
F3 - Sekolah Melayu Teluk Belanga di Singapura merupakan sekolah Melayu pertama dibina oleh British pada tahun 1856
F4 - Sekolah Melayu kemudiannya dibina di Seberang Perai, Kuala Kangsar dan Batu Gajah, Perak
F5 - Sekolah Melayu khusus untuk murid perempuan telah dibina di negeri-negeri Selat pada tahun 1885
F6 - Sekolah Melayu yang diwujudkan hanyalah terhad pada peringkat sekolah rendah sahaja
F7 - Kurikulum yang diperlajari bersesuaian dengan hasrat British untuk menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani
F8 - Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjung Malim, Perak ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
F9 - Menyediakan peluang pendidikan lanjutan kepada anak-anak Melayu
F10 - British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905
F11 - Khusus untuk anak-anak golongan elit Melayu
F12 - Pihak pengurusan ladang bertanggungjawab menubuhkan sekolah Tamil di kawasan ladang / estet getah
F13 - British turut membangunkan sekolah Tamil di kawasan bandar
F14 - Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban
F15 - Sistem pendidikan di sekolah Tamil berorientasikan negara India
F16 - Sekolah Tamil turut menggunakan sukatan pelajaran, buku teks dan guru dari India
F17 - Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar di sekolah ini
F18 - Sekolah Cina di Tanah Melayu dibangunkan oleh saudagar dari China
F19 - Sekolah Chung Hwa dan sekolah Yuk Chai di Kuala Pilah
F20 - Sekolah Cina menggunakan dialek daerah masing-masing sebagai bahasa pengantar
F21 - Guru, buku teks dan sukatan pelajaran dibawa dari negara China
F22 - Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920
F23 - Bertujuan menyekat perkembangan pengaruh komunis di sekolah Cina
tq...amat membantu
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteThank youuuđź’›
ReplyDelete