Friday, 30 September 2016

SOALAN KBAT- HWANG HO

SOALAN KBAT- HWANG HO

Kreativiti dan inovasi masyarakat menjadi pemacu kepada kejayaan sesuatu tamadun.

(c)(i)  Mengapakah sesebuah masyarakat perlu mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.
[ 6markah]
    (ii)  Berikan cadangan untuk mengasa amalan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan kita.
[4 markah]

Cadangan Jawapan:

(c)(i)

Sesebuah masyarakat perlu mengembangkan amalan kreativiti dan inovasi untuk majukan ekonomi negara.(F) Hal ini kerana dengan adanya amalan ini, produktiviti dalam sektor pertanian dapat dipertingkatkan.(H) Contohnya biji benih padi yang berkualiti seperti MR284 dapat dihasilkan.(C) Ini menyebabkan eksport hasil pertanian turut dapat dipertingkatkan.(H) Ini seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara tersebut.(H)

Selain itu amalan kreativiti dan inovasi mudahkan kerja-kerja manusia.(F) melalui  penciptaan teknologi-teknologi baru dalam sesuatu sektor.(H) Contohnya penggunaan robotik di kilang-kilang kereta.(C) Melalui penggunaan robotik ini dapat mempercepatkan kerja(H) dan kualiti barangan yang dihasilkan dapat dipertingkatkan.(H). Hal ini dapat mengurangkan pergantungkan teknologi dari negara luar.(H)

Seterusnya, dengan adanya kreativiti dan inovasi dapat menjana idea-idea baru untuk kemajuan.(F) Hal ini menyebabkan rakyat berani menceburi bidang-bidang baru.(H) Contohnya perubatan berasaskan herba.(C) Kreativiti dan inovasi membolehkan seseorang individu akan berfikir luar kotak.(H). Ini seterusnya negara boleh bersaing dengan negara maju.(I)

(c)(ii)

Cadangan saya untuk mengasah  amalan kreativiti dan inovasi ialah, kerajaan perlu mengadakan kempen kepentingan kretiviti dan inovasi(F) melalui media massa kepada rakyat.(H) Seterusnya kerajaan perlu membina lebih banyak sekolah-sekolah vokasional dan teknik(H) supaya dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar(H). Kerajaan juga mementingkan subjek kemahiran hidup dalam kurikulum pendidikan.(H) Seterusnya kerajaan perlu memperluaskan lagi soalan KBAT dalam peperiksaan.(H) Dicadangkan kerajaan juga perlu meningkatkan lagi peruntukkan kewangan kepada unviversiti dalam pembangunan dan penyelidikan.(H)

Pihak sekolah pula, perlu menganjurkan pertandingan rekacipta antara sekolah(F) dengan memberikan hadiah lumayan kepada pemenangnya.(H) Sekolah juga menggalakkan pelajarnya mengambil bahagian dalam pertandingan kreativiti dan inovasi di luar negara(H) seperti Asia Pasifik Conference For Young Scientis (APCYS) (C).

Pihak ibu bapa pula mendidik anak-anak mereka sejak kecil dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu memberi galakkan dan dorongan kepada anak-anak untuk menyuarakan pandangan dan pendapat. Ini dapat mencungkil minat untuk bertanya dan menjawab. Seterusnya menggalakkan menontong program-program inovasi di televisyen seperti ‘discovery’. Seterusnya perlu membelikan alat permainan yang bersifat penyelesaian masalah seperti ‘puzzle’, Lego.

Kredit: Cikgu Mahen MTD & Grup Sejarah 123

No comments:

Post a Comment