Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label Cendekiawan Islam. Show all posts
Showing posts with label Cendekiawan Islam. Show all posts

Thursday, 13 August 2009

Undang-Undang Syariah di Malaysia

"..... Undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Beberapa langkah yang pertama harus dibuat di dalam perkara ini.

Seksyen-Seksyen 3, 4 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita telah merujuk kepada Undang-Undang Inggeris yang lapuk itu, tetapi bebas mencari undang-undang yang sesuai dengan Undang-undang Islam atau Undang-undang yang tidak bertentangan dengan Undang-undang Islam.

Suatu fasal hendaklah diadakan di dalam perlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang Islam maka hendaklah Undang-undang selain itu terbatal setakat mana ia bertentangan itu.

Dengan dua jalan ini bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di malaysia sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan Undang-undang Islam".

Al-Marhum Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad bin Mohamed Ibrahim,
Shaikh dan Dekan Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1983 - 1999) - (Panji Masyarakat, September 1983, hal 17)

Monday, 29 June 2009

Perundangan Islam dan Implementasinya


Dalam bahagian mukadimah bukunya, Syariat Islam, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi telah menyatakan:

" Pelaksanaan Syariat Islam tidak boleh dipisahkan dari segi akidah, tasawur, syiar, ibadat, pemikiran perasaan, akhlak, nilai, adab, kebudayaan, undang-undang dan perundangannya.

Ini kesemuanya adalah sendi-sendi masyarakat muslim. Perundangan Islam meskipun penting, ia adalah sebahagian daripada Islam.

Justeru itu, jangan anda sangka dengan hanya mengeluarkan undang-undang Islam, kita telah berjaya membangun masyarakat muslim yang dicita-citakan.

Undang-undang Islan sahaja tidak dapat membentuk umat tanpa ada perubahan pemikiran dan kejiwaan yang meletakkan umat pada taraf perundangannya yang tinggi itu.

Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-Qur'an bahawa Allah Swt tidak akan merubah nasib mana-mana kaum sehingga mereka itu sendirilah merubah apa yang ada dalam diri mereka ".

Komentar: Kenyataan di atas menunjukkan bahawa kejayaan perundangan Islam pada pemikiran al-Qardawi ialah apabila dapat dipersiapkan individu muslim yang beriman dengan keadilan perundangan secara rela dan patuh. Ia juga perlu taat kepada hakim muslim yang beriman dengan kekudusan perundangan dan tidak bermain-main dengan nasNya, kerana tamakkan harta atau menurut hawa nafsu semata. Menurut al-Qardawi lagi, undang-undang Islam mestilah dilaksanakan oleh pelaksana muslim yang telah mantap sebati roh Islamnya serta berusaha memelihara pelaksanaan prinsip teras undang-undang itu tanpa pilih kasih atau bersikap zalim antara manusia.

Tuesday, 17 February 2009

Bapa Kimia Moden

Jabir Ibn Hayyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi (أبو موسى جابر بن حيان الأزدي) atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia Moden. Beliau merupakan anak kepada penjual ubat.

Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Ja'afar Sadiq dan putera Ummayed iaitu Khalid Ibn Yazid.Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Barmaki Vizir semasa zaman Khalifah Abbasiyah, Harun al-Rasyid.

Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Lebih 80 buah karyanya telah diterjemahkan ke bahasa Latin.

Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya. Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisi dengan kajian secara moden menerusi eksperimen dan makmal.

Antara sumbangan beliau yang paling bermakna ialah kejayaannya mencipta teori peleburan logam seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

Di samping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali (Arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk membuat baja, sabun dan bahan kimia, alembic (Arab: al-anbiq) iaitu bejana untuk penyulingan dan tutty (Arab: tutiya') iaitu zink oksida.

Jabir Ibn Hayyan telah meninggal dunia semasa dalam tahanan rumah di Kufah pada 803 C.E.

Sila baca juga:
1) Muslim Scientists and Thinkers: Abu Musa Jabir bin Hayyan
2) Jabir bin Hayyan
3) Geber

Thursday, 15 January 2009

Ibnu Khaldun (1332 - 1406M)

Salam Sejarah buat semua pengunjung setia Sejarah2u yang dikasihi.
Pada kali ini kita akan membicarakan seorang tokoh ilmuan Islam yang tidak asing lagi seantero dunia iaitu Ibnu Khaldun.

Dalam sesi kelas pengajian tamadun awal dunia di tingkatan 4, kita akan didedahkan dengan takrif tamadun. Ia meliputi pandangan para sejarawan dan sarjana dari Barat dan Islam. Antara mereka termasuklah Prof. Syed Naquib Al-Attas, Richard Sullivan, Gordon Childe, R.A Buchanan dan tidak terkecuali, Ibnu Khaldun.

Sejarah2u berbesar hati untuk berkongsi sedikit maklumat dan ilmu tentang tokoh besar ini yang hasil karyanya masih menjadi rujukan, bukan sahaja dunia Islam tapi juga Barat pada hari ini.

Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Abd Al-Rahman Ibn Muhammad. Ibnu Khaldun lahir di Tunisia. Beliau merupakan pemikir yang unggul, sejarawan dan pakar sosiologi Islam.

Ibnu Khaldun menganggap bahawa kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun. Kehidupan bandar terbentuk apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan. Hasilnya, wujud semangat bekerjasama dan saling membantu.

Penulisannya banyak berasaskan pengalaman sebenar yang dilaluinya. Dalam karya ulungnya, iaitu Muqaddimah, beliau telah menggunakan istilah umran yang bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju, dan istilah hadarah yang bermaksud hidup di bandar.

Hadarah yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ialah kehidupan di bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan, dan moral yang tinggi.

Karya beliau ini telah menjadi rujukan sarjana Barat dalam bidang antropologi, sosiologi dan sejarah sehinggalah ke hari ini.

Secara umumnya, konsep tamadun yang diketengahkan Ibnu Khaldun dan para sarjana Islam tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata, tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

Monday, 3 March 2008

Tahukah Anda?



Untuk menafikan kegemilangan dan sumbangan besar para cendekiawan Islam terhadap dunia, Barat telah menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama.Antaranya, Ibnu Sina kepada Avicenna, Al-Biruni (Alberuni), Al-Battani (Albetagnius), Ibnu Haitham (Alhazen), Al-Kindi (Alkindus), Ar-Razi (Razes) dan Ibnu Rushd (Averroes).