Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label Penilaian Menengah Rendah. Show all posts
Showing posts with label Penilaian Menengah Rendah. Show all posts

Tuesday, 27 March 2012

Bengkel Sejarah PMR 2012

Pada 24 Mac lalu, hari sabtu telah diadakan satu bengkel akademik iaitu subjek Sejarah PMR bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Kelab kelas Tingkatan 3 (KKT3) mulai jam 8.30 pagi sehingga jam 12 tengahari. Bengkel ini telah disampaikan oleh Cikgu Zohaidie.

Lebih menariknya lagi, bengkel ini telah dilangsungkan di bangunan baru sekolah yang baru sahaja siap pembinaannya (nota: seperti dalam gambar)

Selamat maju jaya dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, wakil ibu bapa serta guru yang telah turut hadir ke bengkel setengah hari ini. InsyaAllah, 'A' dalam tangan.

Salam Sejarah!

Friday, 31 July 2009

Peperiksaan Percubaan PMR 2009













Salam kecemerlangan buat semua calon Pmr SMIAAG yang bakal menduduki peperiksaan percubaan pada minggu hadapan. Sejarah2u akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Kini sudah sampai masanya untuk anda membuktikan segala usaha, masa dan wang ringgit yang dicurah selama ini bukanlah satu yang sengaja disia-siakan. Tetapi..akan ditebus dengan hasil yang gilang-gemilang hinggalah saat menghampiri PMR kelak.

Janganlah dihitung berapa banyak pengorbanan yang perlu anda dicurahkan, tetapi hitunglah bahawa adakah itu pengorbanan dan usaha yang terbaik mampu diusahakan oleh anda atau sebaliknya.

Banyakkanlah berdoa, bermunajat, memohon ampun dan bertawakkal kepada Allah Swt, kerana hanya DIA-lah sahaja sebaik-baik penolong di kala susah mahupun senang. Dan mohonlah juga restu ibu bapa dan para guru yang sanggup berkorban demi melihat kejayaan anda.

Akhir bicara, sambutlah salam perjuangan..dan salam kecemerlangan buat anda semua daripada sejarah2u... :)