Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label Salam Muhibbah. Show all posts
Showing posts with label Salam Muhibbah. Show all posts

Saturday, 13 February 2010

Tarian Singa

Menurut Ann Wan Seng, seorang ahli sosiologi dan penulis terkenal, tarian singa dipercayai mampu membawa tuah serta kekayaan pada tahun baru.

Ia juga dipercayai ditarikan bagi membuang semangat jahat.

Tarian ini juga dikatakan menjadi pelindung kepada penghuni premis tempat tarian dilakukan.

Terdapat dua tarian singa yang amat popular iaitu, Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja, manakala Tarian Singa Selatan lebih membawa kepada perlambangan alam sekitar.

Tarian singa lebih diminati berbanding tarian naga kerana ia diiringi muzik rancak, tidak memerlukan penari yang ramai, dan tarian yang lebih agresif dan memukau.

Friday, 23 January 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Sejarah2u mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan para pengunjung sejarah2u dalam kalangan berbangsa Tionghua. Mengikut sistem kalendar Cina, tahun ini dikira sebagai tahun lembu. Semoga ikatan persaudaraan atas rasa hormat-menghormati dan perpaduan akan terus subur di bumi Malaysia ini sampai bila-bila.

Kepada anak-anak murid ustaz yang dikasihi lagi diingati di Al-Amin dan di Sejarah2u, meskipun kita sedang bercuti...jangan sekali-kali leka dan alpa untuk mengulangkaji pelajaran, terutamanya subjek sejarah yer :p.

Bagi yang akan pulang bercuti ke kampung halaman, berhatilah-hatilah dalam perjalanan..ingatlah selalu kepada insan tersayang.

Salam muhibbah ikhlas dari Sejarah2u. Gong Xi Fa Cai.

"Ingat Sejarah....Ingat Sejarah2u".