Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label mutiara kata. Show all posts

Wednesday, 12 August 2009

"Tamadun Lupakan Tuhan"

"Tamadun Barat yang berjalan pada hari ini adalah jenis tamadun lupakan Tuhan seperti tersebut itu. Orang sentiasa suka mencari kesedapan diri, memuaskan hawa nafsu syahwat, mengenyangkan perut dan menyedapkan tekak, berhias dan bersuka-sukaan, dahagakan nama dan kemegahan, lambakan wang dan kekayaan, tamakkan kuasa dan kerajaan, berebut-rebut hendak memerintah dunia".

"Akibat lahirlah berbagai-bagai rupa kezaliman, rampas-merampas, bunuh-membunuh, bakar-membakar, peperangan dan beratus-ratus azab sengsara yang lain".

Sumber: Za'ba, Falsafah Takbir (1980), Kuala Lumpur, DBP.

Sunday, 26 July 2009

Sebaik-baik Suluhan..


" Pengajaran agama itu sangat-sangatlah mustahak adanya bagi menjamin bangsa manusia menjalani kehidupan yang betul dalam dunia ini. Kerana agamalah panduan yang berasal dari pihak Tuhan sendiri bagi segala hal ehwal dan pekerjaan hidup yang bersangkut dengan urusan baik dan jahat, betul atau tidak betul, dan agamalah sebaik-baik suluhan untuk menerangi jalan kepada orang-orang yang di dalam gelap ".

Sumber: Za'ba, Mencapai Keluhuran Budi, DBP, Kuala Lumpur, 1989

Sunday, 15 February 2009

Dari Rakyat, Oleh Rakyat, Untuk Rakyat

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemaraan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah Swt, maka (akan berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya." - Titah Sultan Azlan Shah ketika baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Sila baca juga:
1) Siapa Sebenarnya Penderhaka Kepada Raja-raja Melayu?
2) Jangan biar payung dirobekkan
3) Tuanku Mizan ingatkan rakyat hormati Perlembagaan
4) Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?

Monday, 12 January 2009

Masa Itu Adalah Kehidupan


"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah. Menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa. Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan. Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan. Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda sentiasa, dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadah kepada Allah Swt itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa".


Thursday, 14 August 2008

Inspirasi Perjuangan


It is not the critic who counts: not the man who points out how the strong man stumbles or where the doer of deeds could have done better. The credit belongs to the man who is actually in the arena, whose face is marred by dust and sweat and blood, who strives valiantly, who errs and comes up short again and again, because there is no effort without error or shortcoming, but who knows the great enthusiasms, the great devotions, who spends himself for a worthy cause; who, at the best, knows, in the end, the triumph of high achievement, and who, at the worst, if he fails, at least he fails while daring greatly, so that his place shall never be with those cold and timid souls who knew neither victory nor defeat.”

President Theodore Roosevelt
“Citizenship in a Republic”
Speech at the Sorbonne, Paris, April 23, 1910