Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label nota t4. Show all posts
Showing posts with label nota t4. Show all posts

Saturday, 15 October 2016

Tamadun Hwang Ho


TAMADUN HWANG HO💕

Lokasi ;
💜 terbentuk di sekitar Hwang Ho atau Sungai Kuning

Kerangka Masa ;
💜 kemunculan tamadun ini dikesan drpd penemuan tengkorak homo sapien atau peking men
💜 Dinasti Hsia merupakan dinasti beraja dan kemudian Dinasti Shang
💜 suku Chou mengambil kesempatan dan membentuk kerajaan Dinasti Chou

Proses Pembentukan ;
💜 kesuburan tanah di sekitar Hwang Ho mendorong penduduk membina petempatan kekal di Tapak Banpo
💜 penduduk bertani, menternak dan memburu binatang
💜 Bandar Anyang sebagai pusat kerajaan

Ciri-ciri ;

Petempatan kekal dan pembentukan bandar
💜 petempatan awal berasaskan  pertanian
💜Ciri-ciri bandar Anyang
     - terdapat istana, kuil dan                  pusat pentadbiran
     - tembok dibina untuk menghalang pencerobohan musuh dari luar
     - dikelilingi oleh perkampungan yg didiami oleh para petani

Organisasi Sosial
               Raja
                 ⬇️
  - Golongan Bangsawan
  - Pembesar
  - Pegawai kerajaan
                ⬇️
           - Petani
          - Artisan
         - Pedagang
                ⬇️
             Hamba

Pengkhususan Pekerjaan ;
💜 Golongan pembesar mempunyai tentera masing²
Ada dua iaitu ;
 ** tentera yg guna kereta
 ** tentera berjalan kaki

💜Golongan petani --> menjadi tonggak ekonomi & pentadbiran
💜Golongan artisan --> hasilkan tembaga  & tembikar
💜Golongan hamba --> sebagai tentera paksaan

Sistem pemerintahan
💜 sistem pemerintahan beraja
💜 percaya kuasa raja adalah mandat daripada tuhan

Sistem Kepercayaan
💜 mengamalkan kepercayaan animisme dan politeisme
💜sembah tuhan roh dan semangat seperti ;
         - tuhan syurga (Shang-ti)
         - tuhan bumi (Tu-ti)
         - roh nenek moyang
💜guna tulang oracle (tulang nujum) untuk meramal atau menilik

Sistem Tulisan
💜 tulisan ideogram berbentuk simbol

Sumbangan ;
Sistem Politik
💜 sistem pemerintahan monarki
💜Raja dikaitkan dgn konsep anak syurga dan mandat dari syurga

Sistem Ekonomi
💜pembinaan sistem pengairan
💜membina terusan utk mengairi sawah

Sistem Kepercayaan
💜pemujaan roh nenek moyang
💜 kepercayaan yin dan yang
     - yin ialah kuasa pasif
     - yang ialah kuasa aktif
💜Feng Hsui -->> falsafah Taoisme berlandaskan alam semesta

Sistem Kalendar
💜utk menentukan musim menanam dan menuai
💜 utk jalankan upacara perkahwinan, pengebumian dan pemburuan

Falsafah Perang
💜 Falsafah perang Sun Tzu
     - karya bertajuk 'The Art Of
       War' tentang taktik
       peperangan dan cara
       memenangi musuh

Tamadun Mesir Purba


TAMADUN MESIR PURBA💕

Lokasi
💜 terbentuk di Lembah Sungai Nil
💜 limpahan sungai nil ke tanah yg gersang membentuk tanah lanar yg subur

Proses Pembentukan
💜 alat gangsa utk membina sistem perparitan
💜 peralatan kawalan air dan terusan utk meningkatkan kesuburan tanah
💜semua nome disatukan menjadi pusat pentadbiran

Ciri-ciri
a) pembentukan bandar
💜Bandar yg penting iaitu Heliopolis, Abydos dan Fayoum
        Peranan bandar
      ° pusat pemerintahan
      ° tempat kediaman firaun
      ° pelabuhan perdagangan
      ° pusat keagamaan

b) kehidupan berorganisasi
Raja ➡️ firaun
; berkuasa mutlak dan dianggap suci
; dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus dan anak tuhan matahari (Amon-Re)

C) pengkhususan kerja
💜tekstil dan kertas adalah eksport penting

D) sistem kepercayaan
💜 Mengamalkan kepercayaan politeisme (banyak tuhan)
 💁Re (tuhan matahari)
 💁Ra-Atum (tuhan langit)
 💁Amun (tuhan angin)
💜percaya kehidupan selepas mati

E) sumbangan
 💜pembinaan piramid
👉diasaskan oleh Imhotep
👉menggunakan batu bata
  💜 pencipta kertas & tulisan
 👉kertas drpd pokok papyrus
  💜bidang perubatan
 👉proses memumiakan mayat
💜sistem pengairan
 👉membina tembok pengairan sepanjang 123 km
💜sistem kalendar
 👉mengandungi 365 hari berdasarkan 12 bulan dlm setahun

Tuesday, 2 February 2010

Keperluan Kepada Pemimpin


Antara persoalan pokok dalam falsafah politik ialah kewujudan pemimpin. Mengapakah manusia perlu kepada pemimpin? Mengapakah pemimpin wujud?

Sesungguhnya ini adalah persoalan penting yang membawa kita kepada persoalan kedua: Bagaimanakah mereka itu muncul?

Ibnu Sina di bahagian akhir dari bukunya, al-Shifa' yang bertajuk ilahiyat (metaphysic), menjelaskan kenapa rakyat memerlukan kepada pemimpin.

Beliau mengambil punca-punca awal kehidupan manusia serta tabiat mereka untuk mengesahkan perlunya kelahiran seorang pemimpin berkaliber untuk menjamin kelangsungan hidup (survival) rakyat dan negara.

Sebagaimana Plato dan al-Farabi, Ibnu Sina juga bersetuju bahawa manusia mustahil boleh hidup dengan baik secara berseorangan iaitu hidup sendirian. Ia memerlukan orang lain yang berperanan secara timbal-balas (mutual-help)

Plato dalam tradisi intelektual Greek terlebih dahulu membawa gagasan "Mutual-help" dalam teori a "Polis"nya. Sikap saling memenuhi dan tolong-menolong menjadi elemen penting untuk mencapai kesempurnaan. David Melling meringkaskan idea tersebut seperti berikut:

"In the Republic, Plato presents a sustained and developed discussionof the nature of justice. Socrates constructs an account of the origin of the polis.

Individual human beings are not self-sufficient; alone, they are unable to fulfil their own needs. Human beings gather in communities, helping each other to satisfy their needs. They freely exchange mutual help to mutual advantage. A settled community of human beings co-operating together to fulfil their needs and to promote their common welfare is what we call a polis.

There are various different jobs which need to be done of the variety of different human human needs is to be fulfilled. Human beings need food to eat. clothing to wear, houses to live in. It would be possible for an individual person to spend part of his or her time in producing food, in making clothes, in building houses.

In a settled community the variety of forms of work essential to the community's economic life should ideally be performed by individuals who specialize in particular kinds of work. The specialist who applies his skills in a field of activity to which he is particularly suited can develop those skills to ensure his work is of a high standard. A settled community in which individual members specialize in work for which they are suited will provide a better basis for the fulfilment of the economic needs of its members than would a community of inviduals each of whom engaged himself in the whole range of tasks required in order to provide him with food, clothing, and shelter and to fulfil all his other needs.

A polis is a settled community of human beings whose economic functions are differentiated and specialized so that the needs of the members of the community are fulfilled. Sucj a community could be very small; Socrates argues it would be possible to have a polis of no more than a handful of members, since such a population would be sufficient to fulfil all the basic economic needs of the community. A farmer to produce food, a tailor and a shoemaker to produce clothing, a builder to build houses, a toolmaker to provide tools, and a merchant to trade and barter would seem to provide all the basic economic functions to allow the basic needs of a community to be met". (David J. Melling. Understanding PLATO. Oxford Univ. Press; Oxford, New York, 1987).

Thursday, 28 January 2010

Beban Orang Putih (The White Man's Burden)

Dalam proses mendominasi masyarakat bukan-Barat atau penjajahan dalam usaha hendak menjalankan pemerintahan dan pentadbiran sendiri, budaya bukan-Barat telah dirungkai, adat tempatan dan amalan tradisional termusnah.

Kenyataan ini senada dengan pandangan Joseph Chamberlain, iaitu salah seorang pengasas dan pendokong imperialisme, yang mempercayai bahawa:


"...in carrying out this work of civilisation we are fulfilling what i believe to be our national mission". (Royal Colonial Institute, 31 Mac 1897)

Kemudian bahagian-bahagian yang termusnah itu disusun semula, sistem nilai dijelaskan semula dan pembangunan diadakan berdasarkan teknologi dan cara berfikir yang telah diambil daripada pihak penjajah untuk diasimilasikan ke atas negara dan masyarakat yang dijajah.

Eropah atau Barat yang ditandai peristiwa-peristiwa seperti Zaman Gelap, Revolusi Pertanian, Perindustrian, Renaissance, Reformation, penemuan dan penciptaan teknologi saintifik, Revolusi di Perancis, Britain, dan Amerika sehinggalah ke era pelayaran eksplorasi telah mewujudkan persaingan kuasa antara sesama mereka ke atas negara-negara bukan Eropah.

Bermula pada abad ke-15, Barat telah melangkaui sempadan Eropah dan menjelajah ke seluruh dunia bertujuan memperoleh kemewahan serta menerokai laluan perdagangan yang baru. Pedagang dan mubaligh Portugis dan Sepanyol berjaya menyeberangi Lautan India dan menghubungkan Afrika Timur, negara Arab, India dan Timur Jauh. Kegiatan perdagangan rempah ratus dan keperluan berterusan bahan mentah semakin meningkatkan ekonomi mereka.

Natijahnya, menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan negara-negara bukan Barat telah dijajah dan terletak di bawah pemerintahan kuasa-kuasa utama Eropah, diketuai oleh Britain.

Dengan itu, kesan pengaruh Barat dirasai oleh sebahagian penduduk dunia. Mengikut Flint (1974. Cecil Rhodes. Biston: 32-33), Cecil Rhodes amat yakin bahawa bangsa Anglo-Saxon akan menjadi dominan dengan membawa kebebasan, keadilan dan keamanan kepada dunia melalui kenyataannya;

"...the extension of British rule throughout the world... the colonization by British subjects of all lands..."

Nilai sentimen yang sama turut dizahirkan oleh Lord Rosebery pada 1893 apabila beliau menyatakan bahawa;

"... it is part of our responsibility and heritage to take care that the world, so far as it can be moulded by us, shall receive the Anglo-Saxon and not another character." (Giddens, A. 1990. Sociology. Cambridge: Polity Press)

Pernyataan Rhodes dan Lord Rosebery itu umumnya menggambarkan kepada kita akan rasa penuh keyakinan masyarakat Barat (khasnya Inggeris) bahawa mereka mempunyai misi untuk mentamadunkan masyarakat dunia dan dengan andaian bahawa mereka adalah lebih baik berbanding dengan penduduk pribumi atau tempatan yang dijarah mereka menggunakan strategi 'realpolitik' demi matlamat dan kepentingan mereka semata-mata.

Monday, 11 January 2010

Sistem Kangcu

Semasa Johor di bawah pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.

Pada tahun 1860-an, Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.

Apakah itu Sistem Kangcu?

Ia merujuk kepada sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China di Johor.

Dalam sistem ini, setiap ladang dikenali sebagai kangkar. Sementara Kangcu dirujuk kepada ketua yang mengurus sesuatu kangkar. Surat Sungai diperlukan sebelum sesuatu kangkar dibuka.

Saiz setiap satu kangkar ialah sekitar 2500 ekar hingga 20000 ekar.

Setiap kangkar akan dibahagikan pula kepada beberapa kawasan kecil antara 50-250 ekar.

Setiap kawasan kecil ini akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh yang dibawa masuk dari negara China.

Monday, 29 June 2009

REFORMATION: Berakhirnya Perpaduan Agama Kristian di Eropah Barat

Reformation ialah gerakan pembaharuan agama Kristian yang bermula di Eropah Barat pada tahun 1510-an dan berakhir pada 1550-an.

Gerakan ini muncul sebagai satu lagi kesan daripada semangat inkuiri yang sedang berkembang. Di samping itu, gerakan ini mempercepat lagi proses penolakan banyak unsur tradisi dan unsur-unsur lama dalam masyarakat Eropah.

Oleh sebab itu, proses tersebut dianggap oleh sesetengah sarjana sebagai perkembangan yang amat penting pada Zaman Moden Awal Eropah.

Kita juga akan mendapati bahawa pembaharuan dalam agama Kristian ini berlaku hampir 1500 tahun selepas agama Kristian diperkenalkan.

Sebelum awal kurun ke-16 lagi sudah wujud perasaan kurang senang dan kritikan terhadap kepincangan dalam pentadbiran dan amalan Gereja Katolik.

Hanya pada awal kurun ke-16 tercetus satu gerakan yang memecahkan perpaduan dunia Katolik yang telah bertahan begitu lama di Eropah Barat, kesan penentangan mereka terhadap segala penyelewengan dan kepincangan dalam amalan gereja Katolik. Mereka dikenali sebagai 'Protestant'.

Pada tahun 1517, Martin Luther, paderi dari Jerman dan pengasas aliran Protestan, telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan yang dikenali sebagai indulgences.

Indulgences ialah penjualan surat pengampunan dosa oleh pihak gereja kepada orang Kristian yang sudah bertaubat dan berjanji membuat kebajikan. Biasanya indulgences ini dijual tanpa pembelinya membersihkan diri dan penjualannya telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan beberapa pihak termasuk para paderi dan pemimpin-pemimpin tinggi gereja.

Tuesday, 7 April 2009

Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

Bahan di atas telah disediakan oleh pelajar SMIAAG untuk pembentangan dalam Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI) Sejarah SPM.

Untuk mengulangkaji tajuk ini dalam aplikasi 'power point' (ppt) sila klik di sini untuk paparan lebih jelas. Selamat mengulangkaji dan menambah ilmu pengetahuan :)

"Ingat Sejarah...Ingat Sejarah2u".

Monday, 16 February 2009

Perjanjian Tordesillas, 1494

Salam Sejarah buat semua pengunjung yang dihormati lagi dikasihi. Pernahkah anda mendengar nama satu perjanjian yang telah 'membelah' bahagian dunia kepada dua bahagian? Jika anda tidak tahu dan tidak pasti...jawapannya ialah Perjanjian Tordesillas.

Latarbelakang Perjanjian:

Selepas kejatuhan Constatinopel (Istanbul kini), iaitu pusat kerajaan empayar Rom Timur (Byzantine) ke tangan kuasa Islam Turki Uthmaniyyah, orang Eropah mula mencari laluan alternatif baru di laut. Ini kerana kebanyakan jalan darat ke Timur melalui Timur Tengah, Afrika Utara dan Jalan Sutera juga telah berada di bawah naungan empayar Islam.

Dalam tahun 1490-an, kegiatan penjelajahan orang Portugis mulai mendapat saingan daripada orang Sepanyol. Justeru, pada tahun 1493, Paus di Rom ketika itu, Pope Alexander VI terpaksa campurtangan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya peperangan antara dua negara penganut Gereja Katolik yang setia.


Beliau bertindak dengan membahagikan dunia kepada dua kawasan pengaruh iaitu timur untuk Portugal dan bahagian barat untuk Sepanyol.

Perjanjian ini telah ditandatangani di Tordesillas, Sepanyol pada 7 Jun 1494 antara Paus yang mewakili Gereja Roman Katolik, Ferdinand II of Aragon yang mewakili Sepanyol dan John II of Portugal.

Garis pemisah kedua negara itu terletak menegak di antara kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik.


Melalui Perjanjian Tordesillas, kedua-dua negara ini bersetuju mematuhi keputusan Paus itu.

Dengan termeterainya perjanjian ini juga telah memberi 'lesen besar' untuk Portugis dan Sepanyol meneruskan usaha mereka mencari jalan lain ke Timur dan Barat, di samping lebih giat berdagang dan melakukan penjajahan ke atas wilayah-wilayah baru.

Berikutan dengan itu, Bartholomew Diaz tiba ke Tanjung Pengharapan di Afrika Selatan pada tahun 1466. Sepuluh tahun kemudian, Vasco da Gama meraih kejayaan apabila beliau berjaya merentasi Lautan Hindi dan tiba ke pantai Malabar di India Barat, serta mendarat di Kalikat pada tahun 1498.

Dengan itu, bermulalah lembaran baru dalam pertembungan antara Barat dan Timur.