![]() |
| Adakah wujud senario seperti ini di kelas dan sekolah anak-anak kita di Malaysia ? Pray for Gaza.. |
Menu Ekspres:
Friday, 15 March 2013
Thursday, 29 March 2012
Monday, 11 October 2010
Konvoi Asia ke Gaza
NEW DELHI - Hampir 500 aktivis kemanusiaan dari 17 negara Asia sudah bersedia untuk menyertai konvoi melalui jalan darat dan laut bagi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin. Konvoi itu dijadualkan bertolak dari New Delhi, India pada 2 Disember nanti dan dijangka tiba di Gaza pada 27 Disember.
Dari India, konvoi akan bergerak melalui Pakistan, Iran, Turki, Syria, Lubnan dan Jordan.
Apabila tiba di Syria, kesemua aktivis berserta trak, bas sekolah dan bantuan kemanusiaan yang dibawa akan meneruskan perjalanan menggunakan jalan laut menuju ke Gaza.
Antara negara Asia yang menghantar wakil menyertai konvoi kemanusiaan terbaru ini adalah Malaysia, India, Pakistan, Indonesia, Jepun, Afghanistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Iran, Iraq, Turki, Syria, Mesir, Jordan dan Lubnan.
Para aktivis dijadualkan menyertai perhimpunan khas di semua negara yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Gaza.
Sumber: Sinar Harian, 12/10/ 2010
Monday, 31 May 2010
Dunia Jadi Saksi Kekejaman Zionis Yahudi di Perairan Antarabangsa
PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa.
Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam.
Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun.
Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu.
Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap 'Apartheid' Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”.
Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata. Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”.
Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.
Sumber: Haluan Malaysia
Sunday, 16 May 2010
Peristiwa Nakbah: Pedulikah Kita?
GAZA CITY 15 Mei - Rakyat Palestin semalam memperingati hari ulang tahun ke-62 peristiwa Naqba atau 'malapetaka' berpunca daripada penubuhan negara Israel, dan menuntut hak bagi beratus ribu penduduk Palestin yang diusir dari kampung halaman mereka untuk kembali ke tanah air mereka yang dirampas Israel. Tunjuk perasaan dilancarkan di Genting Gaza yang diperintah oleh Hamas dan di Lebanon, negara yang menempatkan kira-kira 400,000 pelarian Palestin.
Ketua perunding damai Palestin, Saeb Erakat membidas Israel kerana 'tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa'.
Kira-kira 3,000 penduduk mengadakan tunjuk perasaan di kem pelarian Jabaliya di Gaza dalam protes anjuran Hamas, sementara bilangan yang sama menyertai demonstrasi anjuran Jihad Islam di kem pelarian Nuseirat. "Kita tidak akan melepaskan hak pelarian untuk pulang ke pekan dan kampung asal mereka," kata seorang pemimpin Hamas, Muin Mderes kepada orang ramai di Jabaliya. Beliau menggesa semua pejuang Palestin bersatu menentang Israel.
Kerajaan Israel enggan membenarkan pelarian Palestin atau keturunan mereka pulang ke kampung halaman mereka yang ditinggalkan pada 1948 selepas penubuhan negara Israel kerana khuatir kepulangan besar-besaran mereka akan mengancam negara Israel serta 5.7 juta penduduk Yahudi.
Pemimpin Jihad Islam, Mohammed al-Hindi menyeru 'seluruh penduduk Palestin, Arab dan Islam supaya menyokong jihad dan perjuangan menentang Israel dan bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran dengan musuh'.
Kanak-kanak yang turut menyertai protes di Gaza membawa anak kunci ke rumah-rumah yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka berikutan penubuhan Israel. Kira-kira 700,000 penduduk Arab melarikan diri atau diusir dari rumah mereka.
Dalam perutusan sempena hari ulang tahun Naqba, Erakat menegaskan bahawa pelarian Palestin yang bersama-sama keturunan mereka kini berjumlah 4.7 juta orang berhak untuk pulang ke kampung halaman mereka.
"Dalam sebarang konflik, hak-hak pelarian ditunaikan dan dihormati, termasuk hak untuk kembali, mendapat semula harta mereka dan mendapat ganti rugi.
"Sebaliknya, Israel enggan mengiktiraf hak Palestin untuk pulang, dengan terus menafikan hak paling asas bagi orang pelarian," kata Erakat.
Sumber: Utusan Online, 16 Mei 2010
Tuesday, 6 April 2010
'Kuil Kebanggaan Israel' di bawah Al-Aqsa
Selasa, 06/04/2010 – Dr. Ahmad Abu Halbiyyah, seorang wakil rakyat dan ketua jawatankuasa al-Quds dalam Dewan Perundangan Palestin mengutuk perancangan Zionis baru yang bertujuan membina sebuah kuil Yahudi dengan jarak 200 meter daripada Masjid al-Aqsa di bandar al-Quds. Kuil tersebut diberi nama ‘Kuil kebanggaan Israel’. Beliau meminta rakyat Palestin agar membela tanah suci itu dengan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, sokongan moral, media dan menyebarkan kefahaman sebenar tentang al-Quds.
Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar bertulis dan diedarkan oleh Pejabat Penerangan HAMAS dan diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Ahad (4/4):

“Perancangan baru itu adalah sebagai siri baru daripada perancangan Zionis yang merbahaya untuk mengyahudikan tanah-tanah suci Islam.”
Beliau seterusnya menambah, perancangan itu amat merbahaya kerana pembinaannya yang amat hampir dengan Masjid al-Aqsa.
Beliau menegaskan sebahagian daripada kuil tersebut termasuk ke bawah laman masjid dari arah barat. Ini akan menyebabkan binaan Masjid al-Aqsa bahagian kiblat dan kubah ‘Batu’ akan dirobohkan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Proses Zionisasi di Malaysia Semakin Rancak??
Apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM), Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses Zionisasi ke atas negara ini.Oleh kerana sesetengah orang mungkin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Zionisasi tu, ia bolehlah difahami sebagai proses mengIsraelkan jentera-jentera kerajaan yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.
Sila baca juga pautan berkaitan di bawah:
Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM (Malaysiakini 6/4/10)
Anwar: Israeli intelligence in Bukit Aman (Free Malaysia Today 6/4/10)
Anwar claims Bukit Aman infiltrated by Israeli spies (Malaysian Insider 6/4/10)
Anwar dakwa ejen Israel 'ceroboh' PDRM (Malaysian Insider 6/4/10)
Anwar: Israeli intelligence worked with Bukit Aman (Malaysian Digest 6/4/10)
Bukit Aman's Israeli connection (Malaysia Today 6/4/10)
KPN minta Anwar kemuka bukti (Malaysiakini 6/4/10)
Agen perisik Israel terlibat dalam projek IT polis (Suara Keadilan 6/4/10)
Portal KDN sahkan APCO terlibat (Harakah Daily 6/4/10)
Sumber: penarikbeca.blogspot.com
Monday, 25 January 2010
Bersatu Lindungi Masjid Al-Aqsa
Usaha terancang Zionis untuk roboh al-AqsaMENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.
Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.
‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.
Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj.
Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.
Untuk membaca lanjut, sila klik di sini..
Monday, 18 January 2010
Antara Tembok Besi Mesir dan Tembok Batu Berlin
Selasa (12/1/2010) lalu, Dr Abdullah al-Ashal, bekas pembantu kepada Menteri Luar Mesir mengatakan bahawa tembok besi yang dibina oleh Mesir sepanjang sempadan negaranya dengan Semenanjung Gaza ialah satu jenayah kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa. Di dalam satu kenyataan kepada rangkaian Al-Jazera, Dr Ashal selaku professor undang-undang antarabangsa di University Amerika menambah bahawa melalui pembinaan tembok ini, Mesir secara langsung terlibat dengan Israel di dalam usaha mengepung Gaza secara paksaan.
Profesor tersebut menambah lagi bahawa kerajaan Mesir terus mengulangi kepentingan pembinaan tembok ini dari sudut keselamatan nasional , sedangkan itu adalah helah mereka semata-mata untuk mengelakkan pihak luar mempersoalkan tentang tembok ini, dan ini boleh digambarkan sebagai "keganasan yang bijak”.
Sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
Nota: Ketika Eropah hangat dalam suasana Perang Dingin (Cold War) selepas berakhirnya era Perang Dunia Kedua (WWII), tembok Berlin dibina bagi memisahkan antara dua wilayah bersaudara tapi berlainan ideologi, Jerman Timur (komunis) dan Jerman Barat (kapitalis). 'Tembok Ideologi' ini tidak begitu menindas dan menekan kehidupan rakyat di dalamnya berbanding keadaan 'terkepung menanti maut' seperti di Gaza. Setiap hari, negara2 dunia dan pertubuhan2 antarabangsa mengecam sehingga akhirnya tembok ini diruntuhkan. Berbeza di Gaza, di manakah suara besar dunia untuk mengecam dan menekan pembinaan tembok yang tidak bertamadun ini? Akan adakah hari esok buat umat Gaza yang dilayan seperti 'binatang dalam kurungan'?
Sunday, 27 December 2009
Mengingati Air Mata Darah di Gaza
Hari ini, bersamaan 27 Disember 2009 telah genap setahun serangan besar-besaran tentera Israel ke atas Genting Gaza, yang ditadbir Hamas, dengan runtuhan bangunan kesan daripada serangan tersebut masih jelas kelihatan.Bunyi siren memecah keheningan pada pukul 11.20 pagi (pukul 5.20 petang waktu Malaysia) semasa bom pertama dalam 'Operasi Cast Lead' Israel dilancarkan setahun lalu atas dakwaan untuk menghentikan serangan-serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza.
Pada hari Sabtu, 27 Disember 2008, jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan serentak ke atas beberapa bangunan Hamas di wilayah Gaza yang dihuni 1.5 juta penduduk Palestin, menyebabkan sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh, serangan yang paling banyak menumpahkan darah dalam masa sehari sepanjang konflik Israel-Palestin.
Perang tamat 22 hari kemudian selepas gencatan senjata kedua-dua belah pihak, dengan 1,400 penduduk Palestin, termasuk lebih 400 kanak-kanak, dan 13 orang Yahudi terbunuh, selain kawasan Gaza menjadi padang jarak padang tekukur.
Sempena tahun baru hijrah 1431 dan di ambang tahun baru 2010..tanyakan pada diri dan hati, apakah sumbangan anda terhadap saudara seaqidah anda di Gaza?.. dan telah terzahirkan suara keamanan dan kemanusiaan anda kepada masa depan dunia yang lebih aman dan harmoni pada masa depan?
Wednesday, 7 October 2009
Haneyya: Kerana Al-Aqsa Umat Islam Sedunia Sanggup Berkorban.
Khamis, 08/10/2009 – Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya memberi amaran terhadap konspirasi Zionis terhadap bandar al-Quds yang dijajah. Perancangan jahat mereka berlangsung bagi menjejaskan Masjid al-Aqsa sehingga kawasannya dapat dibahagikan sebagaimana yang telah berlaku kepada halaman Masjid al-Ibrahimi sebelum ini. Kerajaan Palestin itu juga menegaskan bahawa perancangan jahat itu tidak akan dapat dilaksanakan melainkan setelah kami terkorban. Masjid al-Aqsa adalah garisan penentu, kerananya seluruh umat Islam sanggup berkorban.
Kerajaan Palestin itu menambah semasa mesyuarat mingguan kabinetnya pada hari Isnin (10/6), bahawa segala kenyataan yang berbentuk kutukan dan herdikan sudah tidak lagi berguna berhadapan dengan tindakan-tindakan biadap Zionis.
Seluruh bandar al-Quds sedang berhadapan dengan bahaya. Tindakan yang berkesan perlu diambil segera bagi memberhentikan permusuhan dan pencerobohan. Antaranya ialah bahawa para pemimpim Arab dan Islam segera menyahut seruan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi yang menuntut agar hari Jumaat akan datang dijadikan sebagai ‘hari kemarahan’ demi bandar al-Quds serta mengambil tanggungjawab bagi membebaskannya.
Seterusnya ia berkata: “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Ramallah yang menghalang demonstrasi yang mengutuk apa yang berlaku di bandar al-Quds. Kami menganggap tindakan itu sebagai bersekongkol dengan pihak Zionis bagi menyembelih bandar al-Quds serta merupakan pencerobohan yang mengaibkan terhadap rakyat Palestin yang mahu menyampai dan menunjukkan perasaan mereka dengan bebas dalam isu nasional yang tidak dicemari oleh perselihan dalaman.”
Sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
Wednesday, 26 August 2009
Berjayakah Produk Pro-Zionis diBoikot?
SEWAJARNYA kerana Palestin kita sanggup melakukan apa sahaja, hatta mengangkat senjata bagi beradu kekuatan jihad dengan pihak Zionis kerana telah terang-terangan memerangi Islam. Tidak ada rasionalnya di sebalik perbuatan hampir 60 tahun mereka mencabuli kedaulatan dan hak-hak kemanusiaan penduduk Islam, khususnya di Gaza, Palestin.Justeru itu, sebagai pengguna, kempen memboikot produk dan perkhidmatan daripada sekutu rapat Zionis terutamanya Amerika Syarikat (AS) sewajarnya dapat dijayakan tanpa sebarang masalah, kerana ia lebih mudah, tiada risiko dan tidak menjadi satu kesalahan.
Mengapa untuk tindakan seperti ini hendak diragukan? Telah terbukti boikot seperti ini tidak mustahil kerana telah ada pihak yang terkesan dengan tindakan seperti ini sebelum ini.
Jenama makanan segera yang terkenal dengan kepelbagaian jenis burger, syarikat XXX terpaksa menutup operasi mereka di kebanyakan negara di Asia Tengah pada tahun 2002 kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot.
Di Jordan sahaja, dua daripada enam francais makanan segera ini terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di salah sebuah negara di Asia Barat, syarikat XXX itu terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan.
Namun usaha ini tidak berjaya dilakukan dan ini menyebabkan pihak berkuasa negara itu terpaksa diarahkan mengawal rangkaian restoran XXX akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan.
Tetapi apa salahnya Syarikat XXX ini? Pemimpin utama syarikat itu, tidak sahaja lahir sebagai Yahudi, tetapi beliau juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry yang menjadikan syarikat yang diterajuinya itu "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF).
JUF pula telah menggelarkan diri mereka sebagai bekerja untuk ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel serta memerhati dan sekiranya perlu, memberi respons kepada laporan media.
Sekiranya syarikat gergasi seperti XXX boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan kehilangan punca ekonomi.
Sebagai contoh, minuman kola terkenal yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60 peratus akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, Zam Zam Cola. Apa yang tidak disangka berlaku, syarikat ini tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran minuman itu.
Mereka berjaya menjual sebanyak 4 juta tin minuman dalam minggu pertama, sesuatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? Zam Zam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara-negara Teluk, sekali gus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark. mula mengimport Zam Zam Cola.
Dalam kes memboikot ini juga, Amazon.com pula, iaitu perniagaan menjual buku dan produk berkaitan melalui Internet, telah menghentikan kerjasama dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Ini apabila Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang daripada tugasan mereka di daerah Palestin.
Ketika itu iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel " dipaparkan dalam hampir setiap muka surat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.
Beberapa syarikat di AS yang tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, turut membuat keputusan untuk memboikot Israel .
Pada bulan Mei 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di AS yang mengeksport peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan mereka dengan Israel .
Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan AS dan Israel, sehinggakan AS mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan AS telah mengenakan lebih daripada AS$26 juta denda serta tidak lagi mengeluarkan lesen eksport kepada syarikat yang terlibat.
Pensyarah Kanan di Bidang Kemanusiaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Dr. Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, tidak dinafikan boikot merupakan salah satu kaedah untuk mengajar pihak Zionis itu, cuma umat Islam harus bersatu dan senada dalam memboikot barangan mereka secara berterusan bukan secara bermusim.
"Ini kerana usaha yang telah dilakukan sejak dulu lagi, ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja. Yang menariknya bila ramai orang hendak memboikot, masyarakat pun beria-ia hendak memboikot juga, tapi malangnya produk rokok pelbagai jenama dari AS seperti tercicir ataupun sengaja dicicirkan daripada senarai pemboikotan tersebut," katanya.
Menurut Dr. Zaharuddin lagi, pengharaman berurusniaga atau memboikot melalui fatwa adalah satu cara bagi memastikan usaha ini dapat dijayakan sebagaimana Iran mengeluarkan fatwa diketuai Ayatollah Ali Khamenei yang mengharamkan terus segala urusan perniagaan yang berkaitan dengan Israel.
"Kalau sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan menimbulkan isu pengharaman Yoga, kenapa tidak untuk pengharaman barangan dari negara Zionis yang secara terang dan nyata melakukan kekejaman yang bertentangan dengan ajaran semua agama," katanya.
Usaha memboikot barangan Israel dan sekutunya kata Dr. Zaharuddin boleh dianggap sebagai satu jihad di jalan Allah.
"Usaha memboikot barangan mereka ini adalah lebih baik berbanding daripada sumpah seranah serta memaki hamun mereka," katanya.
Dr. Zaharuddin turut menyenaraikan beberapa kekangan atau kelemahan utama dalam kempen pemboikotan produk Israel dan sekutunya, iaitu;
1.Kekurangan hasil tempatan yang produktif, berkualiti dan berdaya saing di peringkat tempatan mahupun global.
2.Persepsi pengguna terhadap barangan keluaran tempatan terutamanya barangan bumiputera yang agak dingin.
3. Sistem pemasaran dan pengiklanan yang tidak cekap terutama daripada pengusaha bumiputera.
Namun beliau lebih menggesa individu serta pertubuhan yang ingin memboikot produk pro-Zionis dan sekutunya supaya menoleh seketika sejarah, terutamanya apa yang pernah dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW.
"Bahkan ketika Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Baginda tidak pernah melakukan pemboikotan ekonomi kepada Yahudi yang menguasai pasar di Madinah tetapi Baginda memecahkan monopoli Yahudi dengan mengajak para sahabatnya ikut serta dalam perniagaan sehinggakan ekonomi Madinah dikuasai sepenuhnya oleh kaum Muslimin," katanya.
Zaharuddin meminta supaya produk tempatan harus dipertingkatkan kualiti serta berdaya saing, bukan sahaja dari segi mutu, malah dari segi harga.
"Maka inilah kaedah terbaik dalam melaksanakan embargo serta menghancurkan ekonomi Zionis, bukan sekadar mengangkat sepanduk menyeru pemboikotan produk keluaran Israel dan sekutunya.
"Konsep muamalah itu sebenarnya wujud tanpa paksaan. Cuma kita harus bertukar kempen, dari kempen memboikot ke kempen membeli… Belilah Barangan Buatan Muslim!" katanya.
Penulis sendiri sebagai pengguna ‘aktif’, sehingga kini tetap istiqamah menjadikan boikot terhadap produk berjenama pro-Zionis dan sekutunya itu menjadi sebahagian gaya hidup! Bak kata pepatah yang berbunyi, "Alah bisa tegal biasa".
Salam Ramadhan al-Mubarak :)
Wednesday, 24 June 2009
Misi Visi Mereka..Misi Visi Kita?
William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - Mantan PM Britain zaman Queen Victoria"Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini".
- ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( menulis buku Negara Yahudi : 1895 ) telah menyatakan:
"Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kuasa..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran"
- ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 189
Monday, 11 May 2009
Tanyalah Akan Dirimu...
Saturday, 4 April 2009
Anti-Semitism?
Istilah Anti-Semitism atau lebih dikenali juga sebagai 'Judeophobia' dirujuk kepada sebarang perasaan dan tindakan prejudis atau keganasan yang dilakukan terhadap mana-mana komuniti Yahudi di seluruh dunia.Rasa prejudis ini lazimnya dikaitkan dengan kecenderungan mendikriminasikan Yahudi samada dari aspek agama, budaya, etnik bangsa yang cenderung untuk menolak kewujudan 'eksklusif' bangsa Yahudi secara khusus.
Istilah Anti-Semitism ini wujud rentetan kononnya atas 'tekanan dan kezaliman terpilih' yang komuniti Yahudi percaya telah dilakukan ke atas bangsa mereka. Ini termasuklah semasa Perang Salib 1096, Pengusiran keluar kaum Yahudi dari bumi England (1290), Sepanyol (1492), Portugal (1497) dan paling diingati adalah peristiwa Holocoust semasa pemerintahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua di bawah arahan Adolf Hitler.
Istilah ini mula menjadi 'jaminan perlindungan' kepada komuniti Yahudi pada hari ini daripada mengaitkan mereka dan proksi mereka daripada sebarang tindakan perundangan antarabangsa atas tindak tanduk mereka ke atas musuh dan saingan mereka dalam segala lapangan aspek kehidupan meliputi perniagaan, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya.
Justeru, dalam melihat senario semasa hari ini seperti penjajahan Israel ke atas Palestine jelas menunjukkan bahawa mereka bebas menindas sesiapa sahaja atas keistimewaan ini. Padah kepada musuh dan komuniti yang tidak bersama atau menentang mereka ialah mereka dilabel sebagai 'Anti-Semitism'.
Tuesday, 10 March 2009
Masjid Aqsa bakal runtuh tidak lama lagi?
Jumaat, 06/03/2009 - Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.Dalam satu temubual dengan PIC pada Rabu lalu, Abu Halabia menerangkan bahawa usaha-usaha Israel itu untuk meyahudikan segera bandar itu akan diperhebatkan lagi termasuk memusnahkan lebih banyak kediaman Palestin dan memaksa ramai keluarga keluar dari bandar tersebut.
Beliau menekan penggalian Israel di bawah makam ketiga paling suci untuk umat Islam sudah sampai ke peringkat mencemaskan dan mula untuk mengancam asas masjid itu.
Jumaat, 06/03/2009 - Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.
Dalam satu temubual dengan PIC pada Rabu lalu, Abu Halabia menerangkan bahawa usaha-usaha Israel itu untuk meyahudikan segera bandar itu akan diperhebatkan lagi termasuk memusnahkan lebih banyak kediaman Palestin dan memaksa ramai keluarga keluar dari bandar tersebut.
Beliau menegaskan bahawa penggalian yang dilakukan Israel di bawah makam ketiga paling suci untuk umat Islam kini sudah sampai ke peringkat mencemaskan dan mula untuk mengancam asas masjid itu.
Sumber: http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
Galloway: Kami akan beri bantuan kepada kerajaan Gaza
Selasa, 10/03/2009 - Sebaik tiba di Sahat al-Katibah di Gaza pada hari Isnin (9/3), George Galloway seorang ahli Parlimen British dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan’ yang bertujuan memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza, menyeru semua individu yang merdeka di seluruh dunia agar menghantar konvoi serupa, delegasi dan bantuan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.Beliau berkata dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Sahat al-Katibah bersama dengan beberapa ahli parlimen daripada blok ‘perubahan dan pembaikan’ dalam Dewan Perundangan, “kami datang ke sini, ke semenanjung Gaza dengan 200 buah kereta sejauh ratusan batu hanya kerana anda.. Kami melalui gunung-gunung dan sungai.. Kami merentasi 8 buah negara sebelum tiba di Gaza.
Kami merentasi sempadan yang sebelum ini ditutup. Setiap saat kami terdengar seruan orang dewasa dan tangisan kanak-kanak yang sedang berada dalam kepungan. Suara-suara inilah yang menyebabkan kami datang walaupun terpaksa meredah perjalanan yang amat jauh. Setiap jalan yang dilalui, kami dapati semua orang menunjukkan kasih sayang dan solidariti terhadap rakyat Palestin. Namun masih ada kerajaan yang tidak memberikan bantuan sehingga kini.”
Beliau menambah, “kami membawa bersama ubat-ubatan, peralatan dan bantuan yang akan kami serahkan kepada Perdana Menteri kerajaan Palestin yang dipilih secara sah, Ismail Haneyya.”
Beliau juga menegaskan, “jutaan lagi yang tidak dapat datang sekarang sedang berdoa untuk anda di Gaza, termasuk ratusan rakyat di beberapa negara Arab yang sanggup menyerahkan barangan kemas mereka untuk disumbangkan kepada Gaza.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/


