Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Showing posts with label seni politik. Show all posts
Showing posts with label seni politik. Show all posts
Thursday, 4 April 2013
Cipta Sejarah: Dun Negeri Sembilan Terbubar Sendiri
Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.
Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.
Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.
Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.
Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.
Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh sebuah perikatan bernama Pakatan Rakyat.
Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.
Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.
Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.
Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.
Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh sebuah perikatan bernama Pakatan Rakyat.
Saturday, 7 February 2009
Tinta Strategis: Muslihat 'Doolittle' dalam Krisis Politik di Perak?
Salam Sejarah2u buat semua pengunjung yang dikasihi. Ketika artikel ini ditulis, suhu politik negara, khususnya di negeri Perak agak sedikit tegang akibat krisis politik yang berlaku antara dua 'musuh tradisi', iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).Sejarah2u tidak berminat untuk memperincikan secara mendalam isu panas ini, tetapi ingin mengajak pengunjung yang dihormati sekalian untuk merungkai isu ini dari perspektif sejarah berdasarkan satu peristiwa penting dalam sejarah Perang Dunia Kedua.
Pertembungan antara Amerika Syarikat dan tentera bersekutu dengan Jepun di Pasifik yang ditandai dua pertempuran berprofil besar dan penuh dengan muslihat perang peringkat tertinggi: Pertempuran Pearl Harbor dan Pertempuran Midway.
Pertembungan antara Amerika Syarikat dan tentera bersekutu dengan Jepun di Pasifik yang ditandai dua pertempuran berprofil besar dan penuh dengan muslihat perang peringkat tertinggi: Pertempuran Pearl Harbor dan Pertempuran Midway.
Kapal pengangkut USS Hornet
Persoalannya, adakah benar Barisan Nasional (BN) mendapat inspirasi dari cerita "Doolittle" yang membantu parti itu mencatat 'kemenangan politik' di Perak?
Cerita "Doolittle" adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.
Serangan itu menunjukkan bahawa Jepun sendiri mudah terdedah kepada serangan udara pihak bersekutu dan menyediakan tindakan yang wajar untuk Amerika membalas balik sebagai respons terhadap serangan awal Jepun ke atas Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941.Serangan itu dirancang dan diketuai oleh Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle, yang kemudian menulis di dalam autobiografinya yang berjudul, 'I Could Never Be So Lucky Again' yang diterbitkan pada 1991 bahawa serangan itu bertujuan untuk menyebabkan Jepun sangsi dengan kepimpinan mereka dan bagi meningkatkan semangat yang amat diperlukan rakyat Amerika.
"The Japanese had been told they were invulnerable. An attack on the Japanese homeland would cause confusion in the minds of the Japanese people and sow doubt about the reliability of their leaders.
There was a second, equally important, psychological reason for this attack...Americans badly needed a morale boost." (James Doolittle, WW2)
Sehingga itu, rakyat Jepun diberitahu bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya tetapi serangan ke atas bumi Jepun menimbulkan kekeliruan di fikiran mereka sehingga ramai yang berasa sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.
Seorang pakar strategi politik yang enggan dikenali berkata bahawa pasukan pemikir BN mungkin telah memutuskan untuk bertindak pantas selepas senario politik semakin buruk bagi BN di Perak apabila Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, yang pada mulanya menyertai PKR.
"Apabila sesetengah ADUN Pakatan Rakyat (PR) di Perak kelihatan tidak suka dengan kerajaan negeri PR atau pemimpin tertentu, mereka (BN) nampak mereka patut merebut peluang yang ada.
"Dengan menawan kerajaan negeri Perak, BN berupaya meniup semangat di peringkat ahli akar umbi dan pada masa sama menghantar isyarat kuat kepada pesaingnya bahawa BN masih kukuh dan boleh membalas balik.""Selain itu, kemunculan Najib yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Perak yang baru menggantikan Tajol Rosli agak terdesak menjernihkan harapannya selaku bakal Perdana Menteri berwibawa dan sebagai 'ole-ole' istimewa untuk disajikan kepada para perwakilan menjelang Perhimpunan Agong UMNO pada Mac depan, menyebabkan 'tindakan ini' perlu disegerakan".
"Sebab itu, saya percaya, idea itu datang dari cerita "Doolittle" apabila BN akhirnya mampu melahirkan tindakan politik drastik sehingga dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak," katanya.
Tindakan pertama kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah memperoleh laba politik apabila Nasarudin secara mengejut berpaling tadah kepada PKR sehari sebelum Tahun Baru Cina yang mencetuskan tanggapan bahawa BN akan terus kecundang.
Tindakan itu adalah sama dengan serangan mengejut Jepun ke atas Pearl Harbour yang memerangkap ahli politik dan pegawai tertinggi tentera Amerika yang membawa kesan ke atas kekuatan ketenteraan Amerika di Lautan Pasifik.
Bagaimanapun, Amerika masih mampu menghasilkan pelan serangan balas dengan mengumpulkan pasukan pejuang nekad mereka dalam satu misi rahsia melintasi Pasifik bagi serangan pengeboman jarak jauh ke atas Tokyo lima bulan kemudian.
Krew udara Amerika dipaksa melancarkan misi lebih awal selepas pesawat pengangkut mereka dikesan kapal Jepun, yang sudah sedia maklum bahawa mereka mungkin tidak mempunyai bekalan minyak yang mencukupi untuk membantu mereka mendarat di zon yang ditentukan di China selepas misi pengeboman.
Rancangan itu selari dengan tindakan BN yang memaksa parti itu melancarkan pelan pengambilan alih kerajaan negeri Perak selepas seorang dari wakil rakyatnya melompat parti menyertai PR dan ini terlaksana selepas tiga wakil rakyat PR meninggalkan parti mereka dan menjadi wakil rakyat Bebas dan berikrar menyokong BN.
Setakat ini, BN dan PR masing-masing mempunyai 28 kerusi dan BN mempunyai kelebihan apabila tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar untuk menyokong BN maka ia membantu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PR yang memerintah selama 11 bulan.
Daripada latihan itu, BN mahu membuktikan kepada PR bahawa pakatan itu juga terdedah kepada bahaya dan dalam kes ini, mungkin dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa kerajaan negeri lain di bawah pakatan itu juga boleh bergoyang.Selepas kekalahan BN pada 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pengambilan alih kerajaan negeri Perak walaupun apa jua asas dan rasional perdebatan seseorang itu mungkin ada, merupakan satu perangsang psikologi yang amat diperlukan BN ketika ini.
Sila baca juga:
1) Jimmy Doolittle
2) Midway: Doolittle's Raid
3) Pertempuran Midway
4) Jimmy Doolittle Biography
Subscribe to:
Posts (Atom)
