Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][
Analisis Fokus 2016]
[Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
The intensity of Malay opposition to the Malayan Union could be gauged from their attitude towards the Sultans. In 1946, the Sultans were still occupying their traditional status, i.e. an almost sacred one. Yet, we come across voices of criticism. One such voice was expressed in the form of a pantun.Ampun Tuanku duli MahkotaFikir-lah kapada rakyat jelataTeriti di-baharui elok sa-kataSupaya tidak puteh mataJika lebeh memandang duniaRakyat kelak teraniayaTuanku semayam di-atas bahayaHilang kelak taat setiaHarimau terjumlah binatang gagahKerana kuku ada bercheranggahHilang kuku tiada semenggahBelang sahaja tidakkan megahPatek semua menunggu rahmatMengubah teriti biar chermatSiasat selidek dengan jimatSupaya rakyat jadi selamatThe writer of this pantun was appealing to the Sultans to unite with the people in order to avoid colonised. He urged the rulers not to do anything that might betray the people for then they would lose the support of the masses.Further, he stated that the Sultans would only be powerful if they continued to have their sovereign rights, and he therefore pleaded that the Sultans should be extremely careful in dealing with treaty changes so that the welfare of the people would be protcted.Reference: Zainal Abidin Abd Wahid, Glimpses of Malaysian History
" These States are known as the united countries but the matter of union I do not clearly understand. But you are all aware that the States have become friendly, amicably assisting one another. if, however, the four States are amalgamated into one, would it be right to say that one State assisted the other? Assistance implies something more than one: for if there is only one which is the helper and which is the helped? A Malay proverb says that there cannot be two masters in one vessel. Neither can there be four Rulers over one country. It is my hope that the affairs of each State may be managed by its own officers so that the Governments may be separate entities."[ Speech by Sultan Idris of Perak on the occasion of the second Durbar of Rulers held in Kuala Lumpur in July 1903 ]
Sambil memakai songkok buatan Malaysia, imam masjid tertua dan terbesar Beijing, dengan penuh ceria mempelawa para pelawat memasuki kawasan masjid berkenaan.Taudin Baiyuchin, 62, berkata masjid seluas 10,000 meter persegi dan memiliki seni bina bercirikan budaya Islam serta Cina itu menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia.
Kedai dan pasar raya yang menjual makanan halal juga mudah didapati di sekitar kawasan masjid berkenaan."Saya sungguh gembira melihat umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi masjid ini... semua umat Islam adalah bersaudara."Songkok ini adalah pemberian seorang pelawat dari Malaysia," kata imam itu sambil memegang sebuah buku nota bersaiz A-4 yang mengandungi komen mereka yang melawat masjid berkenaan.Dibina pada tahun 996, Masjid Niujie berdiri megah di daerah Xuanwu, kawasan kediaman paling ramai umat Islam di ibu negara China ini. Xuanwu juga adalah sebuah bandar moden yang sentiasa sibuk dengan pelbagai kegiatan.Taudin, yang menjadi imam di masjid itu sejak 10 tahun lepas, berkata Masjid Nuijie pernah menerima kunjungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum beliau menjadi perdana menteri."Rakyat Malaysia sungguh baik hati, peramah dan negara mereka juga cantik... saya melihatnya dalam gambar dan berharap akan berpeluang ke sana," kata beliau.Kerajaan China membiayai beberapa projek pemulihan masjid berkenaan, yang dianggap antara masjid paling terkenal di dunia sejak 1949.Pada 2005, kerajaan menyumbangkan 25 juta Yuan bagi melaksanakan kerja pembaikan dan pembesaran Masjid Niujie projek terbesar seumpamanya setakat ini termasuk membina semula Dewan Wanita.Sementara itu, Imam Wilayah Ningxia, Ding Guobao, 42, yang ditemui di masjid berkenan Jumaat lepas, berkata pelawat Islam ke China pasti berminat mengunjungi wilayah kediamannya, yang merupakan antara kawasan paling ramai penduduk Islam di negara ini."Wilayah kami mempunyai lebih dua juta penduduk Islam, banyak masjid dan restoran makanan halal."Wilayah kami juga terkenal kerana sinseh dan kaligrafi," kata Ding, yang akan berlepas ke Mesir bagi menghadiri satu mesyuarat berkaitan Islam.Sekumpulan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian bahasa Mandarin di Beijing Foreign Studies University dan sekumpulan petugas lapangan terbang dari Pulau Pinang adalah antara umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid itu minggu lepas. Sumber: BERNAMA
Pengunjung ke Melaka akan disambut dengan slogan, "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia" yang tertera pada pintu gerbang memasuki negeri ini di Lebuh raya Ayer Keroh-Jalan Tun Razak.Apa yang ada di seluruh Malaysia, ada di Melaka. Tidak keterlaluan kata-kata itu jika dilihat pelbagai perkara yang ditawarkan kepada pengunjung dari segi kemudahan awam, tempat kunjungan, pusat membeli belah, hotel, institusi pendidikan, pantai, pulau dan pelbagai lagi.Dari segi perpaduan dan penerimaan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum, daripada zaman pedagang Cina dan India, hinggalah ke zaman kesultanan Melaka, penjajah dan era sebelum dan selepas merdeka.Kini, keluarga Baba Nyonya, masyarakat Portugis, Chitti, selain Melayu, Cina dan India hidup dalam suasana aman damai di tengah-tengah kesibukan Melaka dikunjungi pelawat domestik dan pelancong asing.
Melaka yang akan dinobatkan negeri maju pada Oktober ini telah diiktiraf oleh Unesco sebagai Bandar raya Warisan Dunia.Seramai 8.9 juta pelancong melawat Melaka pada 2009, manakala pada 2008, seramai 7.4 juta orang pelancong telah melawat negeri ini.Melaka terkenal dengan aset sejarah peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis dan Belanda, yang terletak kebanyakannya di sekitar Bandar Hilir.Terdapat lebih 20 muzium termasuk Muzium Baba Nyonya dan Muzium Chitti, yang boleh menceritakan secara terperinci khazanah sejarah ini.Pelbagai taman disediakan untuk dilawat tetamu negeri ini selain Zoo Melaka, iaitu Taman Mini Malaysia dan Asean, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Taman Botanikal Melaka, Kampung Buku Malaysia Melaka, Muzium Lebah, Taman Seribu Bunga, yang kesemuanya terletak di sekitar Ayer Keroh.Produk pelancongan lain yang patut dilawati ialah menyusuri sungai Melaka dengan bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Eye On Malaysia, Duck Tour, Water Taxi dan Kompleks Planetarium.Kapal dagang dari seberang,Sarat muatan kayu meranti,Dari jauh tuan puan datang,Orang Melaka sedia menanti.
JIKA aksi pertarungan dirakam secara gerak perlahan, adalah mudah untuk melihat mengapa Muay Thai - Thai Kick Boxing - dianggap sebagai seni mempertahan diri yang mengancam dan antara yang paling digeruni di dunia.Bersama pilihan untuk menggunakan lapan anggota, peninju Muay Thai menggunakan buku lima, siku, lutut dan kaki untuk melakukan serangan yang kemungkinan lebih mengancam berbanding pisau atau pistol.Sementara seni mempertahan diri yang lain menggunakan dua titik sentuhan (sebagai contoh buku lali dalam tinju) dan empat titik (sebagai contoh kedua-dua tangan dan kaki dalam seni mempertahan diri berorientasi sukan seperti wusyu), Muay Thai mempunyai lapan titik sentuhan.Seorang peninju Muay Thai terlatih menggunakan tumbukan, sepakan, serangan dengan siku dan lutut yang boleh membawa maut.Asal usul Muay Thai, yang bermakna 'seni lapan anggota' boleh dikesani di medan perang Thailand pada abad ke-15.Pahlawan-pahlawan Thai menggunakan lapan anggota menggantikan pedang dan kayu semasa bertarung tanpa senjata.Ia kini telah menjadi sukan kebangsaan Thailand dan mempunyai banyak persamaan dengan seni mempertahankan diri yang lain seperti Tomoi di Malaysia, Muay Lao di Laos dan Pradal serey di Kemboja.Hari ini, teknik-teknik yang boleh mematahkan tulang dalam Muay Thai digunakan di seluruh dunia bermula dengan pihak tentera Thailand hinggalah CIA, dan telah mencetuskan inspirasi bagi filem dan bilangan besar peminat seni ini di Malaysia.
Acropolis merupakan pusat pentadbiran, agama dan pertahanan negara kota Yunani. Ia terletak di kawasan yang tinggi (biasanya di atas sebuah bukit) yang lebih strategik dari segi keselamatan. Acropolis dikelilingi oleh bangunan bandar dan kawasan kediaman penduduk.