Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.
Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya.
Terdapat juga tradisi larangan di masa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.
Di hari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=tbarucina
No comments:
Post a Comment