"..Salam Ukhuwwah fillah. Selamat datang ke gerbang Salam Sejarah2u. Anda adalah dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan pandangan demi memartabatkan kegemilangan Ummah untuk generasi masa hadapan.." - Isharuddin Ismail -
"Ingat Sejarah..., Ingat SEJARAH2U". :-)
Salam Ukhuwwah buat semua pengunjung Sejarah2u yg dikasihi sekalian. Untuk makluman, set soalan percubaan 2008 Sejarah negeri2 telah ditambah untuk mempersiap dan memantapkan lagi usaha para calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Diharap segala usaha yg tidak seberapa ini dapat diambil manfaat oleh semua dan hanya kpd Allah Swt kita berserah impian (dream) kecemerlangan ini. Ameen..
PM cadang pendedahan kepada murid di sekolah rendah
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan mata pelajaran sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah.
Perdana Menteri berkata, kaedah pengajaran mata pelajaran itu juga perlu dilakukan secara lebih menarik untuk menanam minat pelajar, manakala kurikulum mata pelajaran diperkasakan.
"Sejarah bangsa dan negara kita amat bernilai untuk difahami... kata orang, kita perlu belajar daripada sejarah, jika tidak kita mungkin mengulangi kesilapan lampau.
"Sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Sejarah di Jalan Tun Razak di sini, semalam.
Bangunan milik Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) yang dibina dengan kos RM20 juta siap dibina pada 2003. Turut hadir pada majlis itu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.
Abdullah yang juga Presiden PSM berkata, pembelajaran sejarah di sekolah rendah perlu kerana lazimnya pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya memasuki alam pekerjaan, tidak terdedah kepada mata pelajaran sejarah.
"Apabila mereka ikuti sains, maka sains yang diikuti sehingga ke universiti dan bekerja... tak terdedah kepada yang lain," katanya.
Hishammuddin yang ditemui kemudian bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, dan berkata pengenalan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah adalah sebahagian transformasi pendidikan yang sedang dirintis kementerian menjelang 2010 melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
"Cara bagaimana mata pelajaran itu disuntik pada peringkat kurikulum sedang dirintis, termasuk perbincangan dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dengan mengambil kira kekangan termasuk guru," katanya.
Subjek Sejarah dimasukkan dalam UPSR KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila subjek itu diajar secara khusus bermula pada Tahun 3 pada 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu sedang dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah yang dijangka akan beroperasi, dua tahun lagi.
Mengecapi negara Malaysia yang merdeka mencapai usia 51 tahun, adalah satu perkara yang patut kita raikan dan banggakan kerana pelbagai kemajuan telah dapat kita capai dan nikmati bersama. Kini, Malaysia merupakan sebuah negara yang disegani di dunia. Namun, melihat institusi kehakiman kita yang masih di dalam paradigma lapuk kerana merujuk Common Law Inggeris menggambarkan kita seolah-olah masih lagi terjajah walaupun kita sebenarnya sudah lama bebas daripada cengkaman mereka.
Benarlah seperti apa yang dinyatakan oleh seorang bekas Ketua Hakim negara kita iaitu untuk kita memansuhkan rujukan kepada Common Law Inggeris daripada undang-undang sivil kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Begitu juga kita melihat semua penganut agama lain di Malaysia dapat melaksanakan ajaran agama mereka dengan sepenuhnya, berbanding dengan umat Islam di Malaysia yang belum boleh melaksanakan sepenuhnya ajaran Islam kerana salah satu yang menjadi lompong adalah Undang-undang Syariah yang masih lagi berada di taraf yang rendah.
Alternatif terbaik bagi mendapat keadilan adalah dengan kembali merujuk kepada undang-undang syariah yang telah lama bertapak di negara kita semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah dua dokumen bertulis yang menunjukkan bahawa Undang-undang syariah termaktub dalam sistem perundangan Melaka dan jajahan takluknya serta dikuatkuasakan berdasarkan kepada fakta sejarah.
Melaka menjadi tumpuan dan masyhur kerana ia adalah pusat penyebaran Islam, pusat pengembangan intelektual umat Islam serantau dan sistem pentadbiran yang diasaskan di atas peraturan dan perundangan Islam. Inilah yang menjadikan Melaka tumpuan pedagang,misi- misi diplomatik negara lain dan para ulama.
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah ‘legacy’ peninggalan Kerajaan Melaka yang tak ternilai dan boleh dijadikan asas dalam perlaksanaan syariat Islam di Malaysia masa kini. Ia adalah asas yang kukuh untuk menyemak semula undang-undang barat yang kini dilaksanakan sebagai undang-undang utama di Malaysia. Oleh kerana undang undang syariat telah dikanunkan dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, maka syariat Islamlah yang menjadi landasan kepada sistem perundangan yang pertama jauh sebelum Inggeris mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19M.
Ini juga bermakna Perlembagaan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1957 harus dilihat semula kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana Undang-undang yang bertulis yang bertentangan yang digubal sebelum hari kemerdekaan dengan sendirinya terbatal. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah undang-undang bertulis yang wujud lima kurun dahulu, sekaligus memberi justifikasi yang cukup untuk menyemak Perlembagaan Malaysia dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan syariat yang pernah dikanun dan digunapakai di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hukum Kanun Melaka memperuntukan undang-undang yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah dan pegawai kerajaan,larangan ke atas orang ramai,hukuman keatas kesalahan sivil dan jenayah, undang-undang keluarga, isu-isu berkaitan ibadat dan muamalat yang dijelaskan dengan terperinci dan peraturan yang berkaitan dengan pertanian. Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan perlayaran dan perkapalan serta tanggungjawab Laksamana, peraturan pelayaran dan perdagangan, hukuman ke atas kesalahan jenyah atau pelanggaran undang-undang Islam dan juga perkara-perkara berkaitan dengan tindak tanduk ketua-ketua perkapalan.
Dari sudut lain pula peruntukan undang-undang setempat memberi ruang kepada hakim berdasarkan budi bicara untuk memutuskan samada mengikut hukum syara’ atau hukum adat. Dengan ini, hakim akan mengambil kira kesan-kesan sosial yang mungkin timbul jika hukum syariat dilaksanakan sepenuhnya. Penggubal Hukum Kanun Melaka mengambil pendirian berkecuali dengan harapan para hakim menjatuhkan hukuman setimpal berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Apabila Islam datang ke Nusantara, tradisi dan adat mengalami satu proses rasionalisasi dan turut diguna pakai dalam perlaksanaan hukum dan undang-undang. Ungkapan ini jelas tergambar kepada perbilangan di bawah:
Adat bersendi hukum, Hukum bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah.
Jika Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ditulis pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1424-1444) dan terdapat dalam bentuk manuskrip, ada satu lagi teks undang-undang yang lebih tua iaitu Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M. Ia wujud sebagai bukti tunggal tanpa sokongan manuskrip.
Bukti sejarah dari Melaka dan Kuala Berang,Terengganu membawa kepada beberapa kesimpulan. Pertama, pemerintahan Islam berdiri bersama dengan Undang-undang Syariah. Samada Undang-undang itu dilaksanakan sebahagian atau bercampur-campur dengan Undang-undang adat, ia tetap membuktikan bahawa hukum-hakam syara’ merupakan aspek perundangan negeri yang penting.
Kedua, peruntukan-peruntukan Undang-undang Islam yang turut meliputi kesalhan jenyah menunjukkan Negeri-negeri di Tanah Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang membanggakan apabila syariat di daulatkan lebih dari 500 tahun lalu. Kini setelah Tanah Melayu melepasi fasa penjajahan, Undang-undang Syariah dipinggirkan dan diganti dengan Undang-undang Sivil yang diwarisi dari penjajah British. Ketiga, perlaksanaan Undang-undang Islam berlaku dalam sebuah negeri kosmopolitan. Melaka adalah Pelabuhan Utama dan Pusat Perdagangan Antarabangsa yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa dan agama. Namun, hanya satu Undang-undang yang digunapakai untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan pedagang asing. Kuala Berang juga dikenalpasti sebagai pelabuhan penting yang dikunjungi oleh pedagang asing dari China dan Barat.
Ini adalah hujah yang penting bagi menyokong perlaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia. Masyarakat majmuk dan kepelbagaian kaum sama sekali bukan alasan untuk tidak melaksanakan Undang-undang Islam,bahkan ia menjadi sebab yang cukup baik untuk melaksanakannya.
Syukur ke hadrat Allah Swt di atas segala limpahan nikmat dan rahmatnya yang tidak putus-putus ke atas kita. Berlalu Ramadhan, kini menjelma Syawal mendatangi kita. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan salam ei'dulfitri buat semua pengunjung sejarah2u yang dikasihi.
Tidak lupa juga buat sesiapa sahaja yang telah menyambut raya selepas berpuasa enam di bulan Syawal yang banyak kelebihannya dalam membentuk diri menjadi insan yang lebih muttaqin, wara', soleh dan musleh selepas berlalunya sesi tarbiyyah di madrasah Ramadhan yang lalu.
Saya juga mengambil kesempatan ini sesuai dengan sambutan hari raya peringkat sekolah di bumi SMIAAG yang akan diadakan pada hari jumaat ini bersamaan 10 Syawal. Kepada semua warga SMIAAG, ibu bapa dan warga alumni walau di mana berada..dengan ingatan tulus ikhlas, sejarah2u mengucapkan Selamat Hari Raya Ei'dulfitri. Semoga sambutan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran diiringi perasaan penuh keinsafan dalam menagih redhoNya. InsyaAllah.
Sebarang pertanyaan/komen/cadangan boleh diajukan melalui :
a)"Ruang Sembang-sembang" dalam blog ini b) Emel ke; sejarah2u@gmail.com c) Whatsapp/Telegram/Sms ke : 013-2202776 d) Fb: Isharuddin bin Ismail
e) Twitter : @IsharuddinDC
f) Instagram : isharuddinismail
Anda dicadangkan memanfaatkan blog ini dengan tujuan mengulangkaji, membuat latihan dan menambah ilmu pengetahuan. Latihan yang telah siap bolehlah dihantar melalui sebarang media perantaraan samada diemel atau melalui medium whatsapp/ telegram untuk semakan @ ulasan;
Semua latihan ini adalah untuk menggarap potensi dan usaha bersama bagi merencana kejayaan anda. Anda pasti boleh..
Menempuh cabaran alaf mendatang, Sejarah perlu dilihat dalam konteks kontemporarinya. Perkembangan dan signifikannya dalam menyantuni peradaban ummat adalah amat penting dan sentiasa relevan sepanjang zaman.
Justeru, Salam Sejarah bermatlamat mengenengahkan potensi dan memartabatkan Sejarah sebagai satu mekanisme pendorong ke arah menjana satu generasi qudwah berkualiti yang akhirnya mampu pula menjana ke arah kebangkitan dan kebangunan tamadun ummah yang tiada tolok bandingannya. In Shaa Allah
Sambungan HSP Ting 5 HSP Sejarah Tingkatan 5 HSP Sejarah Tingkatan 4 ( Sambungan ) HSP Sejarah Ting 4 HSP Sejarah Ting 3 HSP Sejarah Ting 2 Kajian Sejarah Tempatan Ting 1, 2 dan 3
Gerak Gempur SPM
Percubaan Terangganu; Struktur & Esei Percubaan Kedah 2007: Struktur & Esei Percubaan Kedah 2007: Objektif Bahan Peningkatan Sejarah SPM Skor Sejarah SPM A1: Ting 4 Skor Sejarah SPM A1: Ting 5 studi kertas 2..01 studi kertas 2..02 studi kertas 2..03 studi kertas 2..04
Extract from a speech by Carly Fiorina, CEO of Hewlett-Packard.
There was once a civilization that was the greatest in the world.
It was able to create a continental super-state that stretched from ocean to ocean, and from northern climes to tropics and deserts. Within its dominion lived hundreds of millions of people, of different creeds and ethnic origins.
One of its languages became the universal language of much of the world, the bridge between the peoples of a hundred lands. Its armies were made up of people of many nationalities, and its military protection allowed a degree of peace and prosperity that had never been known. The reach of this civilization’s commerce extended from Latin America to China, and everywhere in between.
And this civilization was driven more than anything, by invention. Its architects designed buildings that defied gravity. Its mathematicians created the algebra and algorithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for space travel and exploration.
Its writers created thousands of stories. Stories of courage, romance and magic. Its poets wrote of love, when others before them were too steeped in fear to think of such things.
When other nations were afraid of ideas, this civilization thrived on them, and kept them alive. When censors threatened to wipe out knowledge from past civilizations, this civilization kept the knowledge alive, and passed it on to others.
While modern Western civilization shares many of these traits, the civilization I’m talking about was the Islamic world from the year 800 to 1600, which included the Ottoman Empire and the courts of Baghdad, Damascus and Cairo, and enlightened rulers like Suleiman the Magnificent.
Although we are often unaware of our indebtedness to this other civilization, its gifts are very much a part of our heritage. The technology industry would not exist without the contributions of Arab mathematicians. Sufi poet-philosophers like Rumi challenged our notions of self and truth. Leaders like Suleiman contributed to our notions of tolerance and civic leadership.
And perhaps we can learn a lesson from his example: It was leadership based on meritocracy, not inheritance. It was leadership that harnessed the full capabilities of a very diverse population–that included Christianity, Islamic, and Jewish traditions.
This kind of enlightened leadership — leadership that nurtured culture, sustainability, diversity and courage — led to 800 years of invention and prosperity.
In dark and serious times like this, we must affirm our commitment to building societies and institutions that aspire to this kind of greatness. More than ever, we must focus on the importance of leadership– bold acts of leadership and decidedly personal acts of leadership.
The full text of this speech can be found at the Hewlett-Packard website at:
It was delivered on 26 September 2001 in Minneapolis, Minnesota at a conference whose theme was: "TECHNOLOGY, BUSINESS AND OUR WAY OF LIFE: WHAT'S NEXT"
' Pada hari ini dalam tahun 1985, Y.B. Dato’ Chin Hon Ngian telah merasmikan Pusat Kesihatan Besar Badang, Kota Bharu yang dibina dengan harga RM2.1 juta. Pusat Kesihatan Badang tersebut merupakan Pusat Kesihatan Besar yang ketiga dan dibina dengan rekabentuk baru serta lebih besar daripada pusat-pusat kesihatan yang lain. Pembinaan Pusat Kesihatan Besar tersebut tel...'
' Pada hari ini dalam tahun 1967, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah merasmikan pembukaan penempatan orang asli di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Tanah dan Galian, Dato’ Haji Abdul Rahman Ya’kub dan Menteri Besar Selangor Dato’ Harun Idris. ...'
' Pasukan Pertahanan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan keamanan di dalam negara ini. Kemampuan pasukan askar kita telah terbukti kewibawaan pada zaman darurat dahulu. Kemampuan menghapus kegiatan dan kezaliman Komunis (1948-1960) menjadikan pasukan askar wira negara. Di atas jasa yang ditunjukan itu, pada hari ini 3 November 1962, Pasukan Pertama Askar ...'
'Batalion Pertama Pasukan Tentera Persekutuan telah ditubuhkan di Taiping pada 2 September 1952. Penubuhannya adalah atas inisiatif Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, ketika itu. Pasukan ini pernah berjuang menentang pengganas- pengganas komunis di Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Pahang. Antara kejayaan cemerlang...'
'Pada hari ini 3.11.1984, Kompleks Pembinaan dan Perkhidmatan Keretapi di perkarangan MSE Pasir Gudang, Johor telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri telah melahirkan rasa gembiranya di atas kejayaan MSE membina koc-koc keretapi dengan kerjasama Korean Ship Building and Engineering Corporation. Pembinaan koc-koc moden oleh...'
Alunan suara merdu Mendesir ,merayu... Meminta belas bibir telinga si hamba yang layu Yang kekontangan dek turutkan nafsu
Wahai hamba yang lalai.. Hayatilah.. Selamilah.. Setiap bait indah yang diungkap Pastinya mengundang insaf di hati Menerbitkan rasa kerdil.. Di sisi ilahi yang maha agung
Wahai hamba yang lalai.. Sucikan noda hitam dari hati Yang kian bercambah hari demi hari Indahkan hatimu dengan kalimah agung ini
Hiasi taman ruhmu dengan bunga-bunga iman Biarkan hatimu ditemani kedamaian Disuntik ketenangan dan kemenangan Tanda kegagalan syaitan Yang tanpa jemu merisik hati yang kekosongan
Inilah detik waktu yang dinanti Hari kemenangan yang sukar diimpi Rebahnya syaitan di kaki Membawa sejuta erti Pada diri yang mencari
Abadikan mukjizat ini di hati Ingatlah.. Al-quran sebagai mukjizat dari Ilahi Bisa... Menjahit hati yang rongak Menenangkan gundah di hati Mengairi tubir mata..... Si hamba yang keinsafan
Hayya,hayya...al-muslimun Bangkitlah.. Sedarlah.. Usah biarkan hatimu dilitupi mendung kemungkaran Sinarilah hatimu dengan cahaya al-quran Sebelum mentari kehidupan terbenam selamanya Tanda tertutupnya pintu taubat Allahu Akbar!