"..Salam Ukhuwwah fillah. Selamat datang ke gerbang Salam Sejarah2u. Anda adalah dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan pandangan demi memartabatkan kegemilangan Ummah untuk generasi masa hadapan.." - Isharuddin Ismail - "Ingat Sejarah..., Ingat SEJARAH2U". :-)
Tuesday, 18 November 2008
Cuti sekolah Oh Cuti sekolah!
Salam ukhuwwah buat semua pengunjung Sejarah2u.
Rasanya masih belum terlambat untuk ust ucapkan selamat cuti sekolah buat semua pelajar di Malaysia (kecuali calon SPM & STPM la yer).
Apa rancangan anda dalam cuti ni? Mungkin ada yang merancang untuk melancong bersama keluarga, mungkin ada yang berhajat nak balik kampung, atau mungkin ada yang lebih selesa berehat santai di rumah sahaja. Apa-apa pun rancangan anda, pastikan ianya memberikan banyak manfaat sepanjang tempoh cuti sekolah ini. Satu lagi, jangan 'manjakan'diri melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, sia-sia dan cenderung negatif.
Seperkara lagi yang lazim berlaku dalam keseronokan menikmati cuti sekolah ni ialah buku-buku pun dicutikan juga..:). Inilah masanya untuk anda mula mengulangkaji asas bagi persediaan tahun depan, terutamanya buku Sejarah di peringkat menengah..hehehe. Jadikan budaya membaca amalan kita ok.
Bercakap tentang cuti juga perkara paling penting yang selalu ramai kita alpa adalah tentang mengurus masa. Dalam sebuah hadis Rasulullah Saw yang maksudnya,"Dua nikmat yang selalu ramai manusia alpa dan leka padanya iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang". Sehubungan itu, adalah sangat bijaksana untuk kita merancang terlebih dahulu jadual percutian kita agar kita tergolong dalam golongan mereka-mereka yang tidak berada dalam kerugian...kerugian di dunia dan kerugian di akhirat. Nau'zubillah.
Dan berbahagialan kepada mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Salam perjuangan
salam ustaz. mula-mula tengok post ni macam jelous pulak dekat adik-adik junior yg 'layan' bercuti sekarang ni. tapi fikir balik, tak lama daaaah kitorang nak cuti. terus tak sekolah dah, haha. 1 Disember. :D
ReplyDeleteSalam Amirul. Betul tuu. Cuti sakan la antum nanti. Tambahan pula peperiksaan dah sampai ke penghujungnya kan. Apa2pun Amirul, bukan persoalan tempoh panjang pendek cuti tu, tapi yang lebih penting apa agenda pengisian utk cuti nanti. Smg enta dapat memanfaatkan cuti kelak dgn melakukan perkara2 yg bermanfaat. Salam e'idul Adha ust ucapkan.
ReplyDelete